SHANGHAI, 17 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Bakery China ke-26, dianjurkan secara bersama oleh China Association of Bakery and Confectionery Industry (CABCI) dan Bakery China Exhibitions Co., Ltd., dijadualkan berlangsung mulai 21 hingga 24 Mei 2024, di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai. Tahun ini, pameran ini akan menggunakan 12 dewan pameran NECC, meliputi kawasan seluas 320,000 meter persegi. Lebih 2,200 jenama yang terkemuka dari hampir 30 negara dan wilayah akan mempamerkan produk terkini mereka. Lebih seratus persidangan, forum, acara tematik dan pertandingan dengan pandangan daripada ratusan pemimpin perniagaan dan pakar pembuat kek dan roti. Dijangkakan bahawa pameran ini akan menerima anggaran 400,000 kunjungan, mewakili lebih 130 negara dan wilayah.
Bakery China, pameran profesional yang terbesar dalam industri pembuatan kek dan roti global, diiktiraf sebagai platform unggul untuk menembusi pasaran China. Setiap edisi pameran memperkenalkan beribu-ribu produk, teknologi, perkhidmatan, penyelesaian dan model perniagaan baharu, lantas menjadikannya hab inovasi yang rancak. Bakery China mengkhusus untuk mencipta platform perniagaan dan perdagangan profesional yang meliputi seluruh rantaian bekalan industri. Sorotan bagi tahun 2024:
- Dengan peserta pameran antarabangsa yang merangkumi lebih 20% daripada jumlah keseluruhan, kawasan pameran antarabangsa bersedia untuk berkembang sebanyak lebih 50%, termasuk pavilion negara dari negara-negara terkenal seperti Itali, Jepun dan banyak lagi, menambah kepada rangkaian tawaran yang pelbagai.
- Lebih 7,000 pengunjung antarabangsa telahpun membuat prapendaftaran, meningkat tiga kali ganda daripada angka kehadiran sebelumnya. Perkhidmatan Pemadanan Perdagangan Antarabangsa yang diperluaskan akan disediakan di Dewan Antarabangsa 2.1, menyediakan perkhidmatan yang dipertingkat untuk golongan profesional industri global.
- Dengan lebih 20 kategori, pameran ini akan mempamerkan landskap industri keseluruhan dan peluang pembangunan berasaskan kepada Ramuan, Peralatan dan Zon Penyelesaian Pembungkusan. Tahun ini, pameran ini akan memperkenalkan zon baharu termasuk bakeri prabuatan, Jenama OEM & Persendirian, produk tenusu, bakeri sihat dan bakeri tambah. Zon Produk Tenusu akan menampilkan penyertaan daripada hampir seratus jenama produk tenusu yang terkemuka seperti Lactalis, Nestle dan Arla.
- Tiga zon baharu akan diperkenalkan bagi menyokong pembangunan kuasa produktif berkualiti baharu dalam industri ini. Zon-zon ini termasuk "Inovasi Bakery China, Kuasa Bakery China" bagi produk & teknologi inovatif, Demonstrasi Kes bagi Pembangunan Industri Mampan serta Trend Data Raya Industri.
- Demi kemudahan pengunjung, iBakeryChina merupakan platform dalam talian digital termaju yang mengintegrasikan perniagaan dengan lancar - pertanyaan dan tawaran, inovasi industri, pertukaran ilmu, trend dan pandangan serta perkhidmatan pameran. Dengan lebih 4,000 pembekal berdaftar dan perhubungan dengan lebih 500,000 pembeli, iBakeryChina menawarkan berpuluh-puluh ribu SKU. Bakery China 2024 akan memperkenalkan Sistem Navigasi Dalaman @iBakeryChina, bagi meningkatkan pengalaman pengguna.
Di samping itu, pameran ini akan menganjurkan acara-acara menarik, seperti Festival Bakeri Prabuatan ke-6, menyatukan lebih 300 jenama rantaian bekalan dan mempamerkan lebih daripada 1000 produk dan teknologi baharu, bagi menonjolkan trend dan pandangan pasaran yang terkini. Bakery China akan terus berkembang sebagai sebuah ekosistem, membolehkan komuniti pembuat kek dan roti global berkongsi idea inovatif serta menjalin hubungan komersial yang berharga.