omniture

XCMG Raikan Festival Pelanggan ke-6 bersama Pelanggan Global, Pamerkan Inovasi dalam Pembinaan Mampan dan Pintar

XCMG Machinery
2024-05-23 17:19 43

XUZHOU, China, 23 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Lebih 1,200 penjual peralatan pembinaan, pembeli dan kontraktor dari lebih 60 negara berhimpun di Xuzhou, China sempena Festival Pelanggan XCMG tahunan kali ke-6, di samping tempat-tempat luar negara iaitu di Jerman, Turki, Jepun dan banyak lagi. Acara ini menonjolkan pencapaian terkini XCMG dalam pembuatan pintar melalui pameran komprehensif lebih seratus unit peralatan di tempat ujian komprehensif syarikat ini, di Xuzhou, China.

 
XCMG Celebrates the 6th Customer Festival with Global Clients, Showcasing Innovations in Sustainable and Intelligent Construction.

Festival ini menandakan satu peristiwa penting untuk XCMG Machinery ("XCMG", SHE: 000425), salah satu pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia dengan sejarah selama 81 tahun. Pengerusi Yang Dongsheng menekankan komitmen syarikat untuk menerajui teknologi kejuruteraan dan mencipta masa depan yang lebih baik melalui inovasi peralatan. "XCMG akan terus menghayati visi misi kami iaitu 'Memperkasa Masa Depan Kukuh' dengan menggalakkan secara bersungguh-sungguh aplikasi teknologi kecerdasan buatan," kata Yang Dongsheng.

Mempamerkan Penyelesaian Peralatan Termaju

Tumpuan utama festival pada tahun ini ialah demonstrasi keupayaan peralatan termaju XCMG merentas pelbagai senario, termasuk penolakan tanah dan pembinaan jalan raya. Ditonjolkan dengan ketara ialah jentolak D360 generasi baharu mereka dan dozer pacuan tinggi D200H yang beroperasi bersama-sama perata tanah GR1905T untuk kerja asas; penggelek gelendong tunggal XS125 untuk pemadatan; dan mesin kitar semula sejuk yang inovatif seperti XLZ2303S yang mempamerkan penyelesaian pembinaan bersepadu.

Memacu Pembangunan Mampan dengan Produk Tenaga Baharu

Satu sorotan penting ialah pengenalan hampir tiga puluh produk tenaga baharu merentas sepuluh kategori, termasuk jentera jalan raya, peralatan tolak tanah, kren, peralatan pengendalian bahan dan platform kerja udara. Kren hibrid XCT25G5_1HEV menunjukkan contoh peralihan ini ke arah kemampanan dengan keupayaannya untuk bertukar antara mod elektrik tulen, lanjutan jarak dan pemalam, mencapai lebih 40% penjimatan bahan api.

Festival ini turut menyaksikan pelancaran dan penghantaran besar-besaran kren semua rupa bumi eksport terbesar China kepada pelanggan Amerika Selatan yang direka khusus untuk pemasangan kuasa angin—XCA3000BR—menunjukkan keupayaan mengangkat yang tiada tandingan dalam segmen industrinya.

Pengalaman Interaktif dan Pemahaman Pembuatan Pintar  

Hadirin berpeluang untuk terlibat secara langsung dengan jentera berteknologi tinggi melalui demonstrasi dinamik yang melibatkan pengendalian kren luar jalan, antara model-model tenaga baharu yang lain. Di samping itu, pelanggan global diundang untuk meneroka barisan pengeluaran pintar secara langsung, menyaksikan dari dekat bagaimana proses pembuatan pintar merevolusikan kecekapan pengeluaran.

Selain mempamerkan produk rintis yang direka bentuk demi kecekapan dan berciri mesra alam sekitar, seperti kren hibrid XCT25G5_1HEV, XCMG menunjukkan usahanya untuk melonjak ke hadapan dalam mengurangkan jejak karbon dan dalam masa yang sama meningkatkan prestasi operasi.

Untuk butiran lanjut mengenai festival tahunan ini, sila kunjungi https://www.facebook.com/XCMGGroup atau www.xcmgglobal.com

Over 1,200 construction equipment dealers, buyers and contractors from more than 60 countries gathered in Xuzhou, China, for the 6th annual XCMG Customer Festival.
Over 1,200 construction equipment dealers, buyers and contractors from more than 60 countries gathered in Xuzhou, China, for the 6th annual XCMG Customer Festival.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Environmental Products & Services Green Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Railroads and Intermodal Transportation Transportation General Manufacturing