omniture

Penyelesaian logistik di-tapak AMR sehenti Syrius Technology diperkenalkan di CeMAT South East Asia 2024

Syrius Technology
2024-05-23 17:30 36

SINGAPURA, 23 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Mulai 15 hingga 17 Mei, Pameran Teknologi Logistik dan Pengangkutan Singapura (CeMAT South East Asia) telahpun diadakan secara besar-besaran. Syrius Technology mempamerkan penyelesaian AMRnya yang inovatif untuk pengendalian logistik dalaman, mendemonstrasikan kelebihan inovasi teknologi dan produknya serta menggamit perhatian penuh daripada acara ini!

Sebagai hab logistik global yang utama, Singapura sentiasa memiliki infrastruktur logistik yang terkemuka di dunia dan pengalaman praktikal. Justeru itu, pasaran Singapura merupakan "batu uji" untuk kekuatan teknikal dan keupayaan penghantaran bagi syarikat-syarikat teknologi logistik. Di pameran ini, Syrius Technology memfokuskan kepada permintaan pasaran tempatan, mempamerkan produk AMR siri FlexSwift dan FlexPorter, berserta penyelesaian logistik di-tapak sehenti, menawarkan produk AMR yang lebih sesuai dan pilihan penyelesaian untuk pelanggan di Singapura dan Asia Tenggara.

Di pameran ini, Syrius Technology mempamerkan produk istimewanya yang direka bentuk untuk "kilang pintar" - AMR siri FlexPorter. Di samping itu, mereka mendemonstrasikan penyelesaian logistik di-tapak untuk pengangkutan geganti bermula daripada bahan mentah ke luar kepada gudang sisi talian. Dalam penyelesaian ini, robot mudah alih autonomi FlexPorter DO menggunakan struktur pengangkat untuk membawa dan mengangkut bahan mentah ke kawasan pengedaran, diikuti oleh robot mudah alih autonomi FlexPorter GO yang menyelesaikan tugas pengangkutan geganti sisi talian. Selain itu, robot pembantu memungut-sambil-mengisih FlexSwift memfokuskan untuk mendemonstrasikan penyelesaian "gudang pintar" yang meningkatkan kecekapan pemenuhan pesanan melalui "pungutan zon dinamik". Dalam penyelesaian ini, dilengkapi dengan aplet AMR yang dibangunkan sendiri oleh Syrius Technology, AMR FlexSwift menyelesaikan operasi pungutan bahan mentah daripada "pasar raya bahan" ke barisan pengeluaran.  

AMR siri FlexPorter dan siri FlexSwift yang dipamerkan di pameran ini kedua-duanya menampilkan teknologi navigasi SLAM gabungan pelbagai sensor, termasuk penglihatan laser dan mesin, mengekalkan kestabilan dalam kedudukan dan navigasi, kefleksibelan dalam perancangan laluan dan ketepatan dalam kawalan pergerakan biarpun dalam persekitaran yang kompleks secara dinamik. Ciri-ciri yang fleksibel, adaptif dan jitu menjadikan AMR Syrius Technology menonjol antara produk-produk yang serupa, menambah lebih banyak lagi kepada kecemerlangan pameran ini.

Sebagai peneraju global dalam teknologi AMR, Syrius Technology mempunyai pemahaman yang mendalam tentang "kilang pintar" dan "gudang pintar". Pada masa depan, kami akan terus menyediakan penyelesaian bernilai tinggi kepada lebih ramai pelanggan pembuatan dan penggudangan, seterusnya membantu mencapai transformasi dan penaiktarafan digital serta pintar dengan cekap.


 

Source: Syrius Technology
Keywords: Transportation New products/services Trade show news Cloud Computing / Internet of Things