DUBAI, UAE, 5 November 2014 /PRNewswire/ --
Tumpuan terhadap pengetahuan, rangkaian & khidmat sokongan untuk ahli & menetapkan amalan terbaik industri
Bagi perhimpunan kali kedua sejak pelancaran World FZO berbilang hala di Dubai awal tahun ini, Lembaga Pengarah mengumumkan Pertubuhan tersebut telah berjaya melepasi sasaran 100 keahlian, dengan pengesahan anggota ke-103 baru-baru ini, termasuk 70 ahli yang mengundi dan juga 33 ahli bersekutu dari 30 negara di seluruh dunia.
Para pembuat keputusan dari serata dunia yang berhimpun, turut membincangkan tentang arah aliran ekonomi zon bebas pada peringkat global dan keperluan terhadap penyelidikan serta rancangan berasaskan pengetahuan untuk mewujudkan persekitaran yang positif bagi menyokong kepelbagaian, pergerakan FDI serta peluang pertumbuhan untuk syarikat besar selain perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang beroperasi di zon bebas.
Berkenaan majlis tersebut, Pengerusi WFZO, Dr. Mohammed Alzarooni berkata: "Sejak ditubuhkan pada Mei tahun ini, kami berjaya melancarkan program bantuan berbilang pasaran dan berbilang pihak berkepentingan bertujuan untuk berhubung dengan zon bebas dari serata dunia untuk memastikan jenis dan tahap sokongan yang mereka perlukan berkaitan dengan pengetahuan dan risikan tentang industri, perangkaian untuk pembangunan perniagaan serta pengurusan operasi. Maklum balas yang kami terima adalah amat positif memandangkan zon bebas menggalakkan fleksibiliti dan kebolehan pasukan utama selain khidmat nasihat pakar daripada ahli lembaga, dan juga struktur rasmi WFZO pada peringkat global.
Pada masa yang sama, kami berjaya berhubung dengan pelbagai pemimpin perniagaan, pembuat dasar serta pihak berpengaruh untuk mengadakan dialog berkaitan dengan amalan terbaik daripada segi pengendalian, perundangan, kawal selia dan juga tadbir urus yang dapat membantu peranan Zon Bebas serta meningkatkan impak dan juga sumbangannya terhadap ekonomi tempatan serta ekonomi global."
Ahli lembaga pengarah memilih untuk melantik Ahli Lembaga baharu, En. Juan Pablo Rivera. En. Rivera kini merupakan Presiden Zona Franca Bogotá Amerika Selatan dan bertanggungjawab memantau pembangunan dan pelaksanaan rancangan strategik zon tersebut. Di samping itu, lembaga itu turut melantik Martin Ibarra sebagai Naib Pengerusi baharu bagi Pertubuhan tersebut, menggantikan mendiang En. Pellerano.
Lembaga tersebut juga membincangkan strategi tiga tahun untuk menetapkan standard sedunia bagi perkongsian data dan pengetahuan, perangkaian serta perkhidmatan untuk zon ahli. "Strategi tiga tunggak kami, yang berdaya maju, akan membolehkan World FZO menyediakan pengetahuan serta pandangan strategik kepada setiap anggotanya menerusi penyelidikan dan analisis data, serta menggalakkan pembangunan perniagaan dan juga peluang perkongsian untuk setiap ahli, di samping turut menyokong pihak berkepentingan dan juga ahli dengan alatan proprietari serta sistem tadbir urus untuk memajukan pembangunan kesemua zon bebas dan juga entiti zon bebas berkaitan dengan World FZO," kata Dr. Samir Hamrouni, Ketua Pegawai Eksekutif, World FZO.
Untuk maklumat tentang WFZO, sila hubungi:
Tim Heath
Pengurus Pemasaran dan Komunikasi
Tim.heath@worldfzo.org
http://www.worldfzo.org
Tel: +971-4-2045471
Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Noha Habib atau Kevin Cole
Capital MSL
wfzo@capitalmsl.com
Telefon bimbit: +971-(0)4-367-6139
SUMBER World Free Zones Organization