Rangka Tindakan untuk Pertumbuhan Jenama mewujudkan rangka kerja untuk pengutamaan pemasaran.
SINGAPURA, 17 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Kantar, syarikat data pemasaran dan analitis yang terkemuka di dunia, hari ini memperkenalkan Rangka Tindakan untuk Pertumbuhan Jenama, satu analisis terhadap lebih daripada 6.5 bilion titik data sikap dan pembeli global dari dekad yang lalu. Penerokaan selama setahun ini mendedahkan secara empirik pemacu utama bagi pertumbuhan jenama dan menyediakan rangka kerja pembuatan keputusan untuk pemasar bagi mengawal dengan lebih baik pendorong pertumbuhan yang membentuk masa depan jenama mereka.
Rangka Tindakan ini merupakan hasil daripada kolaborasi antara pakar Kantar, pemimpin industri dan hasil kerja analitis lanjutan yang menggabungkan aset data BrandZ dan Worldpanel unik daripada Kantar. Semua tertumpu kepada satu soalan 'Bagaimanakah pemasar dapat memacu pertumbuhan dengan lebih baik?'. Ia membuktikan bahawa jenama berkembang dengan menjadi berbeza secara bermakna kepada lebih ramai orang. Jenama-jenama yang berbeza secara bermakna kepada lebih ramai orang mengawal 5X penembusan pasaran pada hari ini dan mempunyai kelebihan sebenar dalam pertumbuhan penembusan dalam tempoh dua tahun akan datang. *
Bagi mencapai perbezaan yang bermakna, tiga Pemecut Pertumbuhan (Growth Accelerators) dan rangka kerja pembuatan keputusan yang disyorkan oleh Kantar kepada pemasar untuk diaktifkan ialah:
Rangka Tindakan membina dan meningkatkan penyelidikan industri sedia ada mengenai bagaimana jenama berkembang. Ia membuktikan dengan penting bahawa walaupun pertumbuhan penembusan pasaran adalah sangat penting, memfokuskan semata-mata kepada hal ini tidak cukup untuk memacu secara holistik pertumbuhan jenama, hasil dan margin yang mampan. Analisis Kantar menekankan peranan pembezaan – bukan sahaja sifat yang tersendiri – dalam menjalin hubungan mental yang kuat antara pengguna dan jenama serta mempertahankan kuasa penentuan harga.
Dalam memperkenalkan Rangka Tindakan untuk Pertumbuhan Jenama, Jane Ostler, Naib Presiden Eksekutif Kepimpinan Pemikiran Kantar dan ketua projek Rangka Tindakan, mengulas:
"Rangka Tindakan Kami untuk Pertumbuhan Jenama menetapkan standard baharu bagi pemahaman dan kecemerlangan pemasaran yang strategik. Setiap pemimpin pemasaran boleh menggunakan rangka kerja ini bagi menilai kedudukan kompetitif jenama mereka sendiri dan kemudian membentuk respons strategik dan keutamaan pelaburan pemasaran mereka.
Buat kali pertama di mana-mana sahaja, kami menggabungkan sedekad penyelidikan jenama berkaitan sikap dengan tingkah laku pembeli sebenar bagi memahami dengan lebih holistik impak ketara pemasaran terhadap pertumbuhan. Antara elemen-elemen lain, kami melihat hubungan emosi dalam pengiklanan adalah sangat penting. Apabila dioptimumkan, ia membina pembezaan dan mempengaruhi pengguna terhadap sesuatu jenama, lalu meningkatkan jualan dan kesetiaan.
Pemecut Pertumbuhan kami yang baru didedahkan akan, berdasarkan naluri, berasa dikenali oleh Ketua Pegawai Pemasaran. Walau bagaimanapun, ia kini disokong dengan bukti baharu yang boleh dinyatakan kuantitinya tentang impaknya ke atas pertumbuhan jenama dan hasil. Kesemua ini merupakan kebenaran sejagat yang boleh digunakan oleh setiap jenama untuk memfokuskan strategi mereka dan mendapatkan belanjawan untuk aktiviti impak tertinggi mereka."
"Di Heineken, kami bekerjasama dengan Kantar berhubung sistem panduan jenama dan memerhatikan pembezaan yang bermakna selama beberapa tahun ini. Ini membantu kami untuk benar-benar memahami bagaimana kami dapat memacu pertumbuhan bagi jenama-jenama kami," ulas Tony Costella, Pengarah Pandangan Pengguna & Pasaran Global di Heineken. "Jenama seperti Heineken berada pada tahap yang sangat berbeza dalam pasaran-pasaran yang berbeza di seluruh dunia, maka dengan menggunakan Rangka Kerja Berbeza dan Menonjol yang Bermakna, kami berupaya untuk benar-benar mendalami pemacu pembezaan yang bermakna bagi memahami dan berhubung dengan kumpulan pengguna tertentu yang menyampaikan pertumbuhan jenama dalam pasaran-pasaran yang berbeza."
TAMAT
Latar Belakang Kantar:
Kantar ialah perniagaan data pemasaran dan analitis yang terkemuka di dunia serta rakan kongsi jenama yang amat diperlukan untuk syarikat-syarikat yang terunggul di dunia. Kami menggabungkan data sikap dan tingkah laku yang paling bermakna dengan kepakaran mendalam serta analitis lanjutan untuk membongkar cara orang ramai berfikir dan bertindak. Kami membantu pelanggan memahami apa yang berlaku serta mengapa dan bagaimana untuk membentuk strategi pemasaran yang dapat membentuk masa depan mereka.