FREMONT, Calif., 29 Mei 2024 /PRNewswire/ -- Bened Life, peneraju bagi psikobiotik, memulakan pengembangan di seluruh dunia selepas menemui kejayaan di Amerika Syarikat menerusi Neuralli™ MP - probiotik perubatan usus-otak pertama untuk keadaan neurologi. Bened Life kini menyebarkan kasih sayang dan kebahagiaan ke pasaran Asia, Australia dan New Zealand.
Apa "Usus" Anda Beritahu Anda?
Mengalami rasa kecut perut merupakan contoh usus dan otak berkomunikasi melalui paksi usus-otak (GBA) - komunikasi dua hala antara usus dan sistem saraf pusat (CNS), menjelaskan bagaimana mikrobiom di dalam usus memberi kesan ke atas otak. Keadaan neurologi terjadi dengan ketidakselesaan kronik, termasuk isu GI, kebimbangan, gangguan tidur dan kemurungan, yang kelihatan mempunyai ketidakseimbangan mikrobiom usus yang berulang-ulang. Probiotik bukanlah sesuatu yang baharu dalam pasaran, tetapi bukan semua strain adalah setara. Penemuan saintifik menunjukkan bahawa PS128™ ialah psikobiotik baharu (neurobiotik) yang kelihatan dapat mengimbangi "hormon gembira" serotonin dan dopamin, "hormon tekanan" kortisol dan molekul-molekul lain yang mempengaruhi minda, mood serta pergerakan sekali gus mengawal kesihatan usus.
Penemuan Utama dalam Probiotik
Neuralli™ MP, dikuasakan oleh strain unik Lactobacillus plantarum PS128™, merupakan probiotik perubatan AS terkemuka yang menyokong individu yang mengalami gangguan spektrum autisme (ASD), autisme dengan ciri-ciri seperti ADHD, Penyakit Parkinson (PD) dan kemurungan. PS128™ ialah bahan semula jadi yang disahkan sendiri sebagai "umumnya diiktiraf sebagai selamat" (GRAS) dengan 28 paten di 17 negara, disokong oleh 14 kajian klinikal. PS128™ juga merupakan pemenang bagi "Probiotik Terbaik Tahunan pada tahun 2018 & 2021" oleh NutraIngredients Asia.
"Neurobiotik seperti PS128 menunjukkan keupayaan yang menggalakkan untuk bertindak ke atas GBA dan menyokong gangguan perkembangan saraf seperti autisme," kata Dr Jack Gilbert, seorang profesor UCSD yang mana penyelidikannya memfokuskan kepada mikrobiom. "Kami berasa teruja untuk melihat bagaimana kajian masa depan mungkin dapat menumpukan perhatian kepada hasil penting yang dikenal pasti oleh populasi neurodivergen."
Psikobiotik Mesra-usus: Suatu Alternatif Semula Jadi
Semakin ramai orang mula memberi perhatian kepada kesihatan mental dan neurologi. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semasa tahun pertama pandemik COVID-19, kelaziman global bagi masalah kebimbangan dan kemurungan meningkat sebanyak 25%. Menjadi suatu cabaran untuk mencari terapi tambahan yang bukan ubat, terutamanya apabila ia melibatkan penggunaan jangka panjang, yang berpotensi membawa kepada kesan buruk.
Neuralli™ MP menawarkan kualiti terbaik dengan cara yang paling mungkin dicapai. Ia selamat untuk dimakan tanpa kesan sampingan, memberi impak bermakna ke atas individu dan keluarga di seluruh dunia. K T., ibu kepada seorang remaja autistik, berkata "Saya dapat melihat peningkatan yang ketara dari segi keupayaannya untuk mengendalikan tekanan yang biasanya akan mengakibatkan 'meltdown'. Probiotik ini benar-benar kelihatan memberi perubahan untuknya dan saya sangat bersyukur kerana menemui bantuan ini untuknya yang bukan ubat."
Neuralli™ MP menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat dengan bukti saintifik yang kukuh, menyokong individu neurodivergen untuk menjalani kehidupan mereka bagi merealisasikan potensi penuh mereka.
Suatu Tinjauan ke arah Masa Depan
Bened Life komited untuk menyediakan psikobiotik yang disokong oleh sains dan berkualiti tinggi yang membantu kesihatan mental dan neurologi. Dengan satu juta produk terjual dan beratus-ratus ulasan pelanggan, Neuralli™ MP bersedia untuk penampilan sulung Asianya. "Penerokaan ke dalam pasaran Asia merupakan satu pencapaian penting untuk Bened Life. Langkah strategik ini bertujuan untuk memperkenalkan probiotik perubatan usus-otak terkemuka, Neuralli™ MP dan memenuhi keperluan khas pasaran neurodivergen di Asia," kata Frankie Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif Bened Life.
Memilih untuk menyertai perjalanan probiotik yang hebat ini bukan lagi satu fantasi di Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Filipina, Vietnam dan Indonesia apabila Bened Life terus berkembang ke wilayah-wilayah baharu; Neuralli™ MP kini boleh didapati melalui laman web rasmi Bened Life - nikmati penghantaran antarabangsa dari rumah ke rumah dengan satu klik!