omniture

itslearning Lancar Program Rakan Kongsi Saluran Global

itslearning dengan sukacitanya mengumumkan Program Saluran Global untuk penyelesaian perisian berasaskan awan miliknya.
itslearning
2014-11-10 15:00 97

BERGEN, Norway, 10 November 2014 /PRNewswire/ -- Pemberitahuan ini turut mengumumkan pelantikan Helge Rognstad oleh syarikat sebagai Pengarah Rakan Kongsi Global baharu.

Helge Rognstad mengulas, "Perisian-sebagai-Perkhidmatan (SaaS) dengan pantas mengubah pendekatan yang digunakan oleh sekolah dan universiti untuk menangani cabaran pengajaran mereka. Peralihan ini mewujudkan peluang baharu agar pihak penjual dapat memperluas portfolio perkhidmatan mereka dan menjana aliran pendapatan tetap."

Program Rakan Kongsi Saluran itu, yang akan dilancarkan secara besar-besaran beberapa bulan lagi, menawarkan tiga klasifikasi peringkat rakan kongsi berbeza yang menyediakan ganjaran untuk rakan kongsi mengikut pelaburan mereka dalam sumber yang dikhususkan dan komitmen jualan tahunan.

Rakan kongsi saluran akan dapat menjual langganan tahunan kepada itslearning, termasuk mendapat ganti rugi secara tetap (tahunan) jika mereka kekal dalam penjualan pembaharuan. Rakan kongsi juga mempunyai peluang untuk beroleh pendapatan daripada integrasi dan latihan, selain mendapatkan dan membina kumpulan pelanggan tetap yang sedia membeli produk dan perkhidmatan tambahan.

Pada peringkat kemasukan tiada keperluan jualan minimum yang diperlukan untuk menjadi penjual itslearning. Walau bagaimanapun, Rognstad berkata syarikat tersebut menggalakkan rakan kongsi jualan SaaS untuk mendaftar pada peringkat Perak atau Emas bagi mendapatkan kelebihan tambahan, termasuk wakil sokongan jualan yang dikhususkan, selain sokongan teknikal pilihan.

"Kami dapat lihat rakan kongsi berminat dengan penyelesaian SaaS kami sebagai peluang untuk maju merentasi pelbagai perkhidmatan yang boleh mereka masukkan ke dalam tawaran pelanggan," kata Rognstad.

"Pada masa yang sama, perkhidmatan SaaS kami amat menarik untuk para penjual kerana perkhidmatan awan adalah sesuai untuk para pelanggan mereka dan membantu rakan kongsi untuk mengadakan perbualan bersama para pelanggan tentang cara untuk membantu mereka menambah baik mobiliti pengajaran serta membolehkan kaedah pengajaran sosial."

Para penjual yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Program Saluran itslearning boleh menghubungi Pengarah Rakan Kongsi Global Helge Rognstad melalui partners@itslearning.com.

Latar Belakang itslearning

itslearning merupakan platform pembelajaran berasaskan awan yang digunakan oleh berjuta-juta individu di serata dunia. Ia boleh didapati pada setiap tahap pendidikan, bermula daripada sekolah rendah hinggalah universiti, bagi membantu para guru menjadikan pendidikan lebih menarik dan berharga untuk generasi pelajar masa kini. Kami menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan, daripada sesi latihan ringkas kepada projek pelaksanaan besar-besaran. Ketahui lebih lanjut di http://www.itslearning.eu.

Hubungi
Helge Rognstad
Pengarah Rakan Kongsi Global itslearning
Emel: Helge.Rognstad@itslearning.com
Talian: +47-46748303

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141110/714426

Source: itslearning
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Education Higher Education Internet Technology Multimedia/Online/Internet Web Site Licensing/marketing agreements New products/services