omniture

Eksekutif SimCorp Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Milestone

Milestone Systems
2014-11-11 20:08 112

COPENHAGEN, Denmark, 11 November 2014 /PRNewswire/ -- Kenneth Hune Petersen ialah Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran baharu bagi penyedia perisian pengurusan video IP terkemuka pada peringkat global

Milestone Systems, syarikat platform terbuka dalam perisian pengurusan video (VMS) IP, mengumumkan Kenneth Hune Petersen sebagai Ketua Pegawai Jualan & Pemasaran yang baharu. Beliau akan bertugas di ibu pejabat global syarikat itu di Denmark dan sebagai ahli Pasukan Pengurusan Eksekutif, dan akan melapor diri terus kepada Ketua Pegawai Eksekutif Lars Thinggaard.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134

Selama 17 tahun lepas, Petersen telah bekerja dengan SimCorp, jawatan terkini beliau adalah sebagai Naib Presiden Kanan, Ketua Jualan Global. Beliau bertanggungjawab untuk kepimpinan jualan bagi membangunkan rantau Nordic dan juga telah menghabiskan masa selama sepuluh tahun di Amerika Syarikat, memajukan unit perniagaan negara benua Amerika untuk SimCorp. Beliau mempunyai sijil Sarjana Sains dalam Ekonomi daripada Universiti Copenhagen.

"Kenneth bersemangat dan banyak memberi inspirasi tentang kepimpinan dan pembangunan perniagaan. Beliau akan menjadi penambahan yang hebat untuk terus memperluas aktiviti kami yang telah menjadikan Milestone jelas sebagai organisasi jualan dan pemasaran yang berkuasa. Reputasi kami terbina kerana kami sentiasa menggalakkan penyelesaian inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan kami, dan kami terus menaikkan tanda aras dalam industri kami untuk kolaborasi. Kami akan terus mengembangkan perniagaan kami secara menguntungkan bersama-sama. Tugas Kenneth adalah untuk mempercepat perkembangan ini melalui kepimpinan dan kekuatan beliau sebagai kawan berhujah dan jurulatih. Beliau akan membantu kami meneruskan peranan kami sebagai perapat jurang antara pelanggan kami dengan teknologi," kata Lars Thinggaard, Ketua Pegawai Eksekutif Milestone Systems.

Pautan muat turun untuk foto: http://download.milestonesys.com/PR/Management/Kenneth Hune Petersen

Latar Belakang Milestone Systems

Setelah ditubuhkan pada tahun 1998, Milestone Systems merupakan pemimpin industri di seluruh dunia dalam perisian pengurusan video IP platform terbuka dan kini beroperasi sebagai syarikat tunggal dalam Canon Group. Teknologi Milestone mudah diurus, andal serta terbukti dalam beribu-ribu pemasangan pelanggan, menyediakan pilihan lentur dalam perkakasan rangkaian dan juga penyepaduan dengan sistem lain. Dijual melalui rakan kongsi di lebih 100 negara, penyelesaian Milestone membantu organisasi mengurus risiko, melindungi individu dan aset, mengoptimumkan proses serta mengurangkan kos. Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.milestonesys.com.

Sumber: Milestone Systems

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Personnel announcements