omniture

Kisah Menyayat Hati tentang Robohnya Tembok Berlin

Berlin Partner fur Wirtschaft und Technologie
2014-11-11 20:44 106

BERLIN, 11 November 2014 /PRNewswire/ -- Berlandaskan slogan "25 Tahun – 25 Kisah" kempen pemasaran ibu negara itu jadi Berlin menjemput usahawan Berlin untuk menceritakan kisah syarikat mereka sendiri dan untuk menjelaskan bagaimana kejatuhan Tembok Berlin mempengaruhi pembangunan syarikat mereka. Pasukan editorial telah memilih 25 kisah terbaik daripada 180 penyertaan. "Matlamat kami adalah untuk memberikan wajah kepada semua syarikat itu dan untuk memperkenalkan semua kisah mereka kepada orang ramai," kata Melanie Bähr, Pengarah Urusan Berlin Partner.

"Sejak robohnya Tembok Berlin, Berlin telah membangun menjadi metropolis yang inovatif dan dinamik yang menarik bakat dari seluruh dunia," jelas Dr. Stefan Franzke, Pengarah Urusan Berlin Partner.

Salah satunya merupakan kisah Wolfgang M. Sacher, Rakan Kongsi Urusan GO!. "Time Magazine di New York menghubungi saya pada pagi 10 November 1989 dan bertanya jika kami boleh bawa gulungan filem yang ditangkap pada malam sebelumnya oleh jurugambar majalah itu dari Berlin ke New York – untuk dijadikan muka hadapan isu Isnin berikutnya," kata Sacher. Lalu bermulalah perlumbaan menentang masa.

Semasa zaman Republik Demokratik Jerman, Petra Hoyer secara sulit telah menjual cerut Havana dan fesyen buatan sendiri. Sehinggalah hari ibu tunggal berusia pertengahan 20-an itu menghadapi keputusan yang paling penting seumur hidupnya. "Selepas kejatuhan Tembok Berlin, semuanya jadi tunggang-terbalik. Saya perlu buat keputusan pantas sama ada saya patut mencari kerja tetap atau memulakan perniagaan sendiri," kata Hoyer. Hari ini syarikat beliau adalah yang terbesar seumpamanya yang dikendalikan wanita di Jerman timur. Bagaimana ia berkembang seperti itu dan bagaimana Hoyer mampu berjaya dalam dunia yang didominasi lelaki dan kadangkala penuh kepayahan itu boleh dibaca di sini: http://www.be.berlin.de/petra-hoyer

Kisah syarikat lain: http://www.be.berlin.de/25stories

Maklumat perhubungan:
Annabell Noll
Jurucakap
Tel +49-30-46302-599
annabell.noll@berlin-partner.de

Source: Berlin Partner fur Wirtschaft und Technologie
Keywords: Banking/Financial Service Publishing/Information Service