omniture

Dave Aude juara carta Billboard dengan Rekod Hit #1 ke-100 beliau

Dave Aude
2014-11-12 09:18 106

HOLLYWOOD, California, 12 November 2014 /PRNewswire/ -- Pencapaian ini memperlihatkan kemuncak pertama kerja berterusan dalam kehidupan seseorang yang berkerjaya. Meraih tiga atau empat kemenangan #1 ialah pencapaian yang membezakan seorang penerbit/pengadun semula daripada yang lain. Dengan itu, kejayaan DJ, penerbit dan juru cicip adun semula Dave Aude (Aweday) yang mencapai 100 hit #1 pada carta Billboard yang belum pernah berlaku sebelum ini tidak boleh diperkecil.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141110/157696

Dave telah menghasilkan dan mengadun semula lagu untuk artis jualan-platinum seperti Madonna, Beyonce, Katy Perry, Rihanna serta U2, antara lain.

Juara carta ke-100 milik Dave ialah "Angel", lagu diadun semula yang dihasilkan beliau untuk Yoko Ono. Dave dan Yoko telah menjalin hubungan kerjasama sejak sekian lama dan Dave telah mengadun semula sembilan hit #1 untuk Yoko seorang sahaja. Artis kegemaran Dave ialah John Lennon dan ia merupakan penghormatan untuk beliau kerana dapat menghasilkan begitu banyak lagu hit untuk pasangan John itu. Rob Stevens, berserta ONO, yang bertanggungjawab menghasilkan bahan tarian Yoko Ono sebagai penerbit eksekutif, berkata, "Dave ialah penyumbang penting, dan amat sensitif serta berkemahiran terhadap lagu hit ONO."

Selena Gomez mengaitkan kejayaan kerjaya muzik beliau dengan Dave. Sebagaimana yang dipetik, "Selepas adunan semula yang beliau lakukan untuk 'Naturally', saya amat menggemari kebolehan beliau menjadikan lagu saya LEBIH BAIK!"

Salah satu lagu hit beliau yang paling diingati ialah adunan semula lagu "Send Your Love" untuk Sting, yang diputuskan oleh Sting untuk dimasukkan sebagai lagu terakhir bagi album "Sacred Love."

Ketika ditanya bagaimana beliau mampu mencipta begitu banyak lagu hit, Dave berkata, "Kuncinya adalah dengan mengekalkan integriti lagu tersebut. Ia bukan tentang saya. Ia tentang artis tersebut."

Dave beroleh lagu #1 kesembilan beliau sebagai seorang artis bersama penyanyi kegemaran beliau sepanjang zaman, Andy Bell daripada Erasure. Andy berkata, "Dave Aude ialah pakar bidang beliau, dan saya berasa amat sukacita kerana dapat mencipta sesuatu yang menakjubkan bersama beliau."

Di samping tugas mengadun semula yang dilakukan kini, Dave berada di studio bersama MALEA yang menyatakan: "Dave ialah bakat tersendiri, yang sangat istimewa."

Dave turut dicalonkan untuk anugerah Grammy, merupakan ahli lembaga penasihat Los Angeles Recording School, serta duta jenama untuk pemalam WAVES.com. Dave juga merupakan pengasas bersama khidmat muzik baharu yang dikenali sebagai 'Share the Mix LLC', yang akan dilancarkan pada musim bunga 2015.

Dave mengurus Audacious Records, yang ditubuhkan pada tahun 2006. Audacious merupakan Label Tarian Bebas #1 di Billboard pada akhir tahun 2013.

Dave dan isteri beliau, Gretchen, sedang menantikan cahaya mata ketiga pada awal tahun 2015.

http://www.daveaude.com/epk/

https://www.facebook.com/DaveAudeMusic

https://twitter.com/daveaude

https://soundcloud.com/daveaude

Untuk Pertanyaan Pengurusan: 
Jonnie Forster 
4 Sound 
Jonnie@4SoundLA.com 
www.4soundla.com

Perhubungan Akhbar: 
MVA Entertainment Group 
info@mvaentertainment.com 
www.mvaentertainment.com

Source: Dave Aude
Related Links:
Keywords: Entertainment Music Awards