-- Lumia 535 menampilkan lima pengalaman Microsoft yang disertakan secara percuma, paparan 5-inci yang luas serta kamera hadapan 5MP.
REDMOND, Washington, 12 November 2014 /PRNewswire/ -- Microsoft Corp. mengumumkan pada hari Isnin, Microsoft Lumia 535 dan telefon pintar Lumia 535 Dwi SIM akan menggunakan sistem pengendalian Windows Phone 8.1 terkini, membawakan pengalaman Microsoft terkini pada harga yang lebih berpatutan.
Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20000822/MSFTLOGO
Dengan tawaran lima pengalaman hebat Microsoft yang disertakan, kamera hadapan 5-megapiksel bersudut lebar serta paparan 5-inci yang luas – kesemuanya pada harga yang berpatutan – Lumia 535 dan Lumia 535 Dwi SIM membantu orang ramai untuk melakukan lebih banyak perkara yang mereka mahukan, pada harga lebih rendah:
"Lumia 535 dicipta melalui cadangan '5x5x5' kami," kata Jo Harlow, naib presiden korporat Phones di Microsoft. "Inovasi harus boleh didapati untuk semua, dan kami berusaha melakukannya melalui perkhidmatan Microsoft bersepadu terbaik yang disertakan dan yang kreatif, kamera hadapan 5MP bersudut luas serta skrin qHD 5-inci yang besar – kesemuanya pada harga yang berpatutan."
Lumia 535 dan Lumia 535 Dwi SIM akan dikeluarkan secara besar-besaran dalam beberapa pasaran utama pada bulan November dan boleh didapati dalam pilihan warna hijau terang, jingga terang, putih, kelabu gelap, sian serta hitam. Harga bagi Lumia 535 dan Lumia 535 Dwi SIM adalah berbeza mengikut pasaran dan pengendali. Namun begitu, harga runcit yang dianggarkan adalah sekitar 110 euro sebelum cukai dan subsidi.
Latar Belakang Microsoft Devices
Microsoft Devices Group terdiri daripada perkakas yang memenangi anugerah yang digunakan oleh lebih satu bilion individu di serata dunia, termasuk telefon pintar dan tablet Lumia, telefon mudah alih Nokia, perkakas Xbox, Surface, produk Perceptive Pixel serta aksesori.
Latar Belakang Microsoft
Ditubuhkan pada tahun 1975, Microsoft (Nasdaq "MSFT") ialah peneraju sedunia daripada segi perisian, perkhidmatan, peranti serta penyelesaian yang membantu orang ramai dan perusahaan merealisasikan potensi sebenar mereka.