omniture

Pameran Kereta Macau ke-4 Dibuka

Acara Darat-Udara-Laut terbesar di Rantau Asia Pasifik
China National Automotive Industry International Corporation
2014-11-12 10:04 81

MACAU, 12 November 2014 /PRNewswire/ -- Eksposisi Kereta Antarabangsa Keempat China (Macau) yang sekian lama dinantikan telah diadakan di Ekspo Cotai di The Venetian Macau bermula pada 7 November hingga 9 November 2014.

Ekspo tahun ini dihoskan bersama oleh Persatuan Konvensyen & Pameran Macau, Nam Kwong (Group) Company Limited dan China National Machinery Industry Corporation, serta dianjurkan oleh Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Nam Kwong (Group), China National Automotive Industry International Corporation dan juga Perkhidmatan Pemasaran dan Promosi Utama berpangkalan di Macau, serta dianjurkan bersama oleh Persatuan China Eropah untuk Kerjasama Ekonomi dan Teknikal, Persatuan Peniaga Motor Macau dan juga Persatuan Kereta Am Macau-China.

Pameran seluas 62,000 kaki persegi itu menghimpunkan lebih 90 jenama kereta utama dari 15 negara dan wilayah di serata dunia serta mempamerkan lebih 400 kenderaan. Lebih 30 sidang kemuncak atasan dan acara turut dihoskan secara serentak. Ekspo tersebut berjaya menarik 165,000 pengunjung dan juga lebih 200 wakil media dari seluruh dunia. Statistik menunjukkan ekspo ini berjaya memecah beberapa rekod kehadiran, antaranya melibatkan sektor konvensyen dan pameran di Macau.

Acara tersebut turut menghimpunkan pengeluar kereta dari serata dunia. Peserta pameran dari China termasuklah Dongfeng Motor, Chang'an Automobile, GAC Motor, Beiqi, SAIC Motor, JAC, China North Industries Group, Great Wall Motors, Brilliance Auto, Zhengzhou Yutong Bus serta Shenzhen Wuzhoulong Motors. Jenama import yang dipamerkan di acara tersebut pula terdiri daripada Audi, BMW, Mercedes Benz, Volkswagen, Toyota, Jaguar, Land Rover, Lexus, Nissan, Honda, Ford, Renault, Volvo, Kia, Alfa Romeo, Fiat, Mazda, Jeep, Subaru, Hyundai, Mini dan juga Smart. Di samping itu, Perikatan Industri Kenderaan Elektrik Perusahaan Milik Negara China, bersama lapan pembuat kenderaan tenaga baharu milik negara yang terkemuka, antaranya FAW dan Potevio, turut terlibat dalam ekspo tahun ini. Jenama mewah dan RV yang dipamerkan di acara tersebut termasuklah Pagani, Bentley, Lamborghini, Mitsuoka, George Patton, Tesla, Central Europe RV, King Long Coach, Jinguan Shenglu, SKYWARD, Farid RV, Caravelair, Mercedes-Benz Viano, Aiwei RV, ABT serta Euro-Tec. Selain itu, kereta sport berprofil tinggi yang baru direka oleh Pagani membuat kemunculan sulungnya.

Empat belas pengedar kereta dari Hong Kong dan Macau turut mempamerkan seluruh koleksi model importnya. Model rahsia terkini BMW dan Audi S1 turut diperkenalkan.

Di samping itu, lebih 30 acara kebudayaan bertemakan kenderaan turut diadakan. Pada masa yang sama, pihak penganjur turut menjadi tuan rumah Pesta Import dan Eksport Kapal Layar Antarabangsa China (Macau) ke-4 selain Pameran Penerbangan Perniagaan Macau ke-3, secara kolektif bertemakan "Perhimpunan Unggul", menjadikannya acara darat-udara-laut terbesar di rantau Asia Pasifik.

Source: China National Automotive Industry International Corporation
Keywords: Auto Machine Tools, Metalworking and metallurgy Trade show news