HAMBURG, Jerman, 12 November 2014 /PRNewswire/ --
- Projek terbesar seumpamanya di Eropah dan Amerika Syarikat
Tembaga telah terbukti mempunyai ciri antimikrob dan dapat mengurangkan secara signifikan kuman berbahaya seperti bakteria, kulat serta virus. Pemegang pintu ialah permukaan yang paling kerap disentuh di hospital. Sampel rawak terkini di hospital telah dilakukan melibatkan pemegang pintu baharu ini yang diperbuat daripada aloi tembaga tuangan pejal, yang menunjukkan terdapat hampir dua pertiga pengurangan kuman. Hal ini amat penting terutamanya untuk para pesakit di kawasan berisiko tinggi seperti unit rawatan rapi dan bilik berasingan.
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141029/713470-a )
(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141029/713470-b )
"Melalui penggunaan beratus-ratus pemegang pintu buatan tembaga bagi mencegah jangkitan, kini kami berjaya mencipta kejayaan baharu bagi topik kebersihan yang penting, sekali lagi memperlihatkan peranan utama kami dalam membanteras dan mengurangkan kuman berbahaya, terutamanya patogen dengan rintangan terhadap berbilang ubat," kata Dr. Thomas Wolfram, jurucakap pasukan pengurusan Kumpulan untuk Asklepios Kliniken Hamburg.
"Tangan diketahui merupakan pembawa utama patogen. Oleh itu, pemegang pintu memainkan peranan penting sebagai permukaan yang paling kerap disentuh. Di sinilah bahan tembaga antimikrob memainkan peranannya," jelas Dr. med. Susanne Huggett, pengarah perubatan bagi makmal besar MEDILYS Asklepios di Hamburg. "Berdasarkan pemeriksaan mengejut yang dilakukan pada musim panas 2014, menurut laporan yang dikemukakan adalah dijangkakan dalam keadaan sehari-hari di hospital, penggunaan pemegang pintu buatan tembaga dapat mengurangkan jumlah kuman sebanyak lebih 50 peratus berbanding penyebaran kuman pada pemegang pintu biasa."
"Kesedaran tentang kesan tembaga untuk membasmi kuman telah diketahui sejak zaman Mesir purba lagi ketika pemerintahan Firaun. Sebagai contoh, pada ketika itu, cip tembaga digaulkan di dalam salap untuk membunuh kuman pada luka. Dengan bantuan sains moden, kita dapat mula memahami bagaimana tembaga dapat memberi kesan ini," kata Dr. Anton Klassert, pengurus perniagaan Institut Tembaga Jerman. Memandangkan terdapatnya peningkatan pembiakan bakteria, kulat dan juga virus, pengetahuan selama berabad-abad lamanya itu kini mendapat perhatian yang meluas.
Gambar boleh diperoleh melalui epa european pressphoto agency ( http://www.epa.eu/ ) dan sedia dimuat turun secara percuma di: http://www.presseportal.de/pm/65048/asklepios-kliniken?keygroup=bild
Rujukan silang: Maklumat tambahan boleh didapati di http://www.presseportal.de/pm/65048/asklepios-kliniken?keygroup=dokument
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Asklepios Kliniken
Bahagian Komunikasi Korporat dan Pemasaran
Talian: +49(0)40-18-18-82-66-36
E-mel: presse@asklepios.com