omniture

SunEdison Jalin Kerjasama Dengan AboitizPower Bangunkan Hingga 300 Megawatt Tenaga Suria Berskala Utiliti di Filipina

SunEdison, Inc.
2014-11-13 02:55 137

- Perkongsian Eksklusif 3 Tahun bersama Pengeluar Kuasa Bebas yang Diniagakan Secara Terbuka di Filipina

BELMONT, California, 13 November 2014 /PRNewswire/ -- SunEdison, Inc. (NYSE: SUNE), pengeluar teknologi suria terkemuka dan penyedia perkhidmatan tenaga suria, mengumumkan hari ini syarikat tersebut telah memeterai perjanjian rangka kerja bersama Aboitiz Renewables, Inc., syarikat subsidiari yang dimiliki sepenuhnya Aboitiz Power Corporation (AboitizPower). Persetujuan tersebut merasmikan hasrat mereka untuk bersama-sama meneroka, membangunkan, membina dan turut mengendalikan sehingga 300 megawatt projek jana kuasa fotovoltan suria berskala utiliti di Filipina bagi tempoh tiga tahun akan datang.

"Ini merupakan perkongsian yang ideal," kata Ahmad Chatila, ketua pegawai eksekutif SunEdison. "AboitizPower mempunyai pengalaman yang luas dalam projek besar bagi pasaran kuasa di Filipina, manakala SunEdison pula mempunyai teknologi suria bertaraf dunia dan juga keupayaan pelaksanaan yang unggul. Kami bersama-sama berkedudukan baik untuk menyediakan tenaga suria yang berkesan daripada segi kos kepada penduduk Filipina dengan segera."

"Kami tetap meneroka sumber tenaga baharu, dan perjanjian eksklusif bersama SunEdison ini merupakan pencapaian penting dan pertambahan yang dialu-alukan kepada portfolio tenaga boleh diperbaharui sedia ada kami," kata Erramon I. Aboitiz, ketua pegawai eksekutif Aboitiz Power Corp. "Pengetahuan kami yang mendalam tentang pasaran tempatan, berserta rekod prestasi terbukti dan teknologi canggih SunEdison, akan membolehkan kami mencapai matlamat kami dengan pantas."

Perkongsian bersama Aboitiz Renewables bertujuan untuk membangunkan projek kuasa suria berskala utiliti yang pertama dalam siri projek seumpamanya di Filipina bermula pada tahun 2015. Ini diikuti dengan urusan yang serupa oleh SunEdison di India dan China dengan memanfaatkan kemampuannya secara berterusan untuk menggunakan penyelesaian tenaga suria yang berkesan daripada segi kos bagi memenuhi keperluan kuasa yang semakin meningkat dalam pasaran kuasa yang berkembang dan yang baru muncul.

Latar Belakang SunEdison

SunEdison merupakan peneraju global dalam mengubah kaedah penghasilan, pengedaran dan juga pemilikan tenaga. SunEdison menghasilkan teknologi suria dan membangunkan, membiayai, memasang dan turut mengendalikan loji kuasa suria teragih, menyediakan perkhidmatan dan tenaga elektrik dengan harga boleh diramal untuk para pelanggan perumahan, komersil, kerajaan serta utiliti. SunEdison turut menyediakan pengurusan aset sepanjang masa, memantau dan melaporkan perkhidmatan untuk beratus-ratus sistem suria di seluruh dunia melalui Pusat Operasi Boleh Diperbaharui (ROC) milik syarikat. SunEdison mempunyai beberapa pejabat di Amerika Utara, Eropah, Amerika Latin, Afrika, India dan juga Asia. Saham biasa SunEdison disenaraikan di Bursa Saham New York melalui simbol "SUNE". Untuk mengetahui lebih lanjut layari www.sunedison.com.

Latar Belakang AboitizPower

AboitizPower merupakan peneraju negara bagi industri kuasa Filipina, aktif dalam penjanaan, pengedaran, jualan tenaga runcit, dan juga perdagangan serta kecekapan tenaga. Portfolio penjanaan 2,210 megawatt masa kininya terdiri daripada loji minyak, arang batu, hidro dan geoterma. Ia turut komited untuk membina projek 2,000 megawatt tambahan dalam lima tahun akan datang. AboitizPower turut mencari peluang perluasan pada peringkat antarabangsa di Asia Tenggara, terutamanya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui.

ARI merupakan syarikat pemegangan bagi pelaburan AboitizPower dalam penjanaan tenaga boleh diperbaharui.

Ketahui lebih lanjut dengan melayari www.aboitizpower.com

Beberapa perkara yang dibincangkan dalam siaran akhbar ini ialah kenyataan pandang ke hadapan, termasuk untuk meneroka, membangun, membina dan turut mengendalikan sehingga 300 megawatt projek jana kuasa fotovoltan suria pada skala utiliti di Filipina bagi tempoh tiga tahun akan datang; menyediakan tenaga suria yang berkesan daripada segi kos kepada penduduk Filipina; serta membangunkan projek kuasa suria berskala utiliti pertama dalam siri projek seumpamanya di Filipina bermula pada tahun 2015. Kenyataan berkenaan melibatkan risiko dan ketidakpastian tertentu yang boleh menyebabkan keputusan sebenar jelas berbeza daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan. Risiko dan ketidakpastian yang mungkin wujud termasuklah perubahan dalam keperluan kawal selia berkenaan dan insentif bagi penghasilan kuasa suria; dan juga keadaan ekonomi serta perniagaan umum, termasuk sifat bermusim industri, dan lain-lain risiko yang dinyatakan dalam fail SunEdison dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat. Kenyataan pandang ke hadapan ini memperlihatkan penilaian SunEdison setakat tarikh siaran akhbar ini. Walau bagaimanapun, SunEdison menafikan apa-apa niat atau kewajipan untuk mengemas kini kenyataan pandang ke hadapan ini.

Source: SunEdison, Inc.
Related Stocks:
NYSE:SUNE
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities Joint ventures