omniture

Lebih Banyak Pensijilan Milestone Diberikan kepada EMC, HP Workstation, NetApp, Promise Technology serta Seneca

Integrasi video Milestone dengan komponen Infrastruktur IT diuji, dibuktikan dan didokumentasikan bagi tujuan saling kendali dan konfigurasi dioptimumkan
Milestone Systems
2014-11-13 17:00 114

COPENHAGEN, Nov. 13, 2014 /PRNewswire/ -- Milestone Systems, syarikat platform terbuka bagi perisian pengurusan video (VMS) IP, telah melaporkan sepenuhnya pensijilan prestasi lima lagi penyelesaian Rakan Kongsi Penyelesaian Milestone dengan komponen infrastruktur IT seperti pelayan, storan serta produk stesen kerja. Syarikat yang menerima proses yang komprehensif dengan keputusan yang didokumentasikan ini ialah EMC, HP Workstation, NetApp, PROMISE Technology dan juga Seneca.

http://photos.prnewswire.com/prnh/20130916/639134

Platform pelanggan, storan, pelayan serta infrastruktur IT merupakan bahagian penting yang membentuk rangkaian penggunaan pengurusan video. Oleh itu, apa-apa kesalahan perhitungan pelayan atau keperluan penyimpanan akan memberi kesan terhadap kejayaan operasi sistem, yang menyebabkan gangguan sistem dan berlakunya masa henti. Bagi menangani masalah ini, Milestone bekerjasama secara rapat dengan vendor infrastruktur IT bagi memastikan sistem mereka dapat dioptimumkan untuk portfolio perisian XProtect® Milestone, membantu implementasi yang akan ditentukan, dibina dan disediakan sebagai sistem yang optimum untuk setiap keadaan teknikal pelanggan.

Pensijilan Penyelesaian Milestone untuk produk infrastruktur IT mengesahkan komponen tersebut sebagai saling kendali dan berprestasi optimum dengan VMS XProtect. Proses pensijilan menyediakan dokumentasi bagi kualiti dan kematangan terbukti penyelesaian tersebut sebagai jaminan terhadap integriti sistem dan perbezaan daripada komponen yang tidak disahkan.

"Integrator dan para pengguna akhir dapat membangunkan penyelesaian dengan penuh yakin apabila merujuk data konfigurasi yang diuji daripada proses pensijilan Milestone. Bukti yang didokumentasikan itu menerangkan bagaimana penyelesaian video ini beroperasi dalam parameter ujian prestasi yang maksimum," kata Christian Bohn, Naib Presiden Perikatan Strategik di Milestone Systems. "Kami telah melaksanakan pensijilan integrasi ini selama beberapa tahun, dan pensijilan tambahan ini akan terus membina kepercayaan terhadap penyelesaian Milestone dalam kalangan rakan kongsi serta para pelanggan."

Setiap projek pensijilan terdiri daripada tiga fasa, dimulakan dengan dua senario ujian penanda aras dan ujian prestasi yang maksimum. Statistik daripada Pelayan Rakaman XProtect Milestone dikumpulkan bagi menilai prestasi sebagai platform untuk rakaman video. Data dan dapatan yang dianalisis dibentangkan dalam laporan penuh berserta butiran konfigurasi sistem ujian dan juga ringkasan.

Ujian ini mengenal pasti integrasi sistem tersebut memenuhi nilai ambang prestasi minimum yang dianggarkan berdasarkan penanda aras yang ditetapkan untuk amalan terbaik. Pensijilan tersebut juga menilai jumlah maksimum kamera, pada kadar bingkai tertentu, resolusi dan juga kodek yang boleh disokong oleh pelayan serta sistem storan. Laporan ringkasan daripada Pensijilan Penyelesaian merangkumkan konfigurasi optimum bagi sistem pemantauan dengan menggunakan VMS XProtect Milestone bersama produk rakan kongsi penyelesaian itu. Ini mengandungi binaan penyelesaian, keputusan prestasi, maklumat 'use-case', konfigurasi sistem yang terperinci bagi komponen VMS XProtect serta produk rakan kongsi penyelesaian tersebut.

Keputusan pensijilan Milestone adalah sah untuk kitar hayat produk yang diuji. Pilihan pensijilan semula pada setiap tahun menandakan setiap kali versi baharu diperkenalkan oleh Milestone atau rakan kongsinya, dokumentasi akan membuktikan integrasi tersebut masih kekal serasi dan dioptimumkan.

Pencari Penyelesaian Milestone memberikan banyak pilihan aplikasi pihak ketiga yang serasi dengan VMS XProtect. Pensijilan juga diguna pakai untuk Rakan Kongsi Penyelesaian Milestone yang menghasilkan perisian atau pemalam peranti bagi tujuan integrasi dengan portfolio perisian XProtect.

Latar Belakang Milestone Systems

Ditubuhkan pada tahun 1998, Milestone Systems merupakan pemimpin industri di seluruh dunia dalam perisian pengurusan video IP platform terbuka, dan kini beroperasi sebagai syarikat tunggal dalam Canon Group. Teknologi Milestone mudah diuruskan, andal dan terbukti dalam beribu-ribu pemasangan pelanggan, menyediakan pilihan yang fleksibel dalam perkakas rangkaian dan integrasi dengan sistem lain. Dijual melalui rakan kongsi di lebih 100 negara, penyelesaian Milestone membantu organisasi mengurus risiko, melindungi orang ramai dan aset, mengoptimumkan proses serta mengurangkan kos. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.milestonesys.com.

Source: Milestone Systems
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet New products/services