omniture

Penginovasi Muda Paling Hebat dalam Dunia Arab akan Ditentukan pada Acara Kemuncak Stars of Science Secara Langsung pada hari Sabtu di MBC4

Qatar Foundation and MBC4
2014-11-14 10:22 94

DOHA, Qatar, 14 November 2014  /PRNewswire/ -- Empat remaja yang berjaya menawan hati penonton daripada seluruh dunia Arab akan bertanding bagi merebut gelaran penginovasi paling hebat di rantau itu dalam acara kemuncak secara langsung Stars of Science, program TV "realiti didik hibur" terbitan Yayasan Qatar di MBC4. Kedudukan peserta akhir Thieab Al Dossary dari Bahrain, Sultan AlSubhi dari Oman, Rania Bou Jaoudeh dari Lebanon serta Mohammed Al Housani dari Qatar akan ditentukan melalui undian daripada orang ramai serta pertimbangan pihak juri pada acara kemuncak yang disiarkan secara langsung dari studio Stars of Science di Doha melalui MBC4 pada hari Sabtu, 15 November 2014 pada jam 8:00 malam KSA / 5:00 petang GMT.

Untuk melihat Siaran Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/English/72762593-stars-of-science-live-finale/

Para penonton dari seluruh dunia boleh menghantar undian melalui SMS atau melalui talian tetap kepada nombor berbeza mengikut negara dan syarikat pembawa mudah alih. Pada acara kemuncak yang disiarkan secara langsung itu, para peserta akhir akan ditentukan kedudukan masing-masing melalui undian yang diterima daripada orang ramai dan juga pertimbangan pihak juri. Layari http://www.starsofscience.com/English/Vote bagi mengetahui kaedah untuk mengundi.

Stars of Science, kini pada musim keenamnya, mewujudkan persaingan dalam kalangan penginovasi melalui pertandingan untuk merealisasikan idea mereka. Dua belas calon berusia 18 hingga 30 tahun berhimpun di Doha, Qatar, tempat mereka dibimbing oleh pakar bidang kejuruteraan dan reka bentuk bertaraf dunia di Qatar Science & Technology Park (QSTP). Daya tahan, kebijaksanaan serta semangat berpasukan setiap penginovasi diuji dalam siri cabaran sepanjang rancangan itu sambil mereka membangunkan ciptaan mereka daripada konsep kepada pengkomersilan dengan matlamat utama untuk mendapatkan pembiayaan bagi projek mereka.

Pembangunan, pusingan penyingkiran dan maklum balas daripada juri selama berbulan-bulan telah menghasilkan beberapa prototaip paling hebat yang pernah dilihat di Stars of Science. Thieab Al Dossary, dikenali oleh para penonton sebagai "The Intellectual," berharap ciptaan Gelang Komunikasi Taktil beliau, yang memperkaya pengalaman multimedia dengan menyampaikan denyutan disegerakkan kepada lengan pengguna, akan menjadikan beliau pemenang pertama dari Bahrain. "The Strategist", Sultan AlSubhi pula bersaing untuk menjadi pemenang pertama dari Oman menerusi ciptaan Pencuci Robotik Tempat Wuduk, yang merupakan peranti robotik yang mencuci kawasan mengambil wuduk secara automatik di kemudahan solat dan masjid.

Rania Bou Jaoudeh dari Lebanon, dikenali sebagai "The Planner", mampu menjadi pemenang wanita pertama Stars of Science menerusi ciptaan beliau, Pengorek Biji Zucchini Automatik, yang dapat mengurangkan banyak masa dan kerja yang menyukarkan bagi menyediakan makanan ruji Arab. Mohammed Al Housani yang dikenali sebagai "The Scientist" berharap dapat memperoleh gelaran kedua untuk Qatar melalui ciptaan Sistem Tenaga Suria Cekap, yang direka untuk menukarkan cahaya matahari kepada tenaga dengan lebih baik.

HUBUNGI: Taylor Bossung or Hanane Rougani, T + 974 44364385

For more information please visit:

Website ‐ http://www.starsofscience.com
Facebook ‐ https://www.facebook.com/StarsofScienceTV
Twitter ‐ https://twitter.com/starsofscience
Youtube‐ http://www.youtube.com/user/Starsofsciencetv
Instagram‐ starsofsciencetv

Source: Qatar Foundation and MBC4
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Television Awards MultiVu Audio MultiVu Photo MultiVu Video New products/services