omniture

Amec Foster Wheeler - kuasa baharu dalam kejuruteraan global, penyiapan projek, sokongan aset, peralatan kuasa serta khidmat nasihat diperkenalkan dan pasukan kepimpinan disahkan

Amec Foster Wheeler
2014-11-14 11:19 245

- Hasil skop tahunan 2013 sebanyak £5.5 bilion(1) dan buku pesanan sebanyak £6.3 bilion(2)

- Tenaga kerja tergabung berkemahiran tinggi seramai lebih 40,000 di 50 negara

- Bertapak kukuh dalam sektor minyak dan gas

- Pasukan pengurusan untuk empat unit perniagaan disahkan

LONDON, 14 November 2014 /PRNewswire/ -- Amec Foster Wheeler plc hari ini mengumumkan pembentukan kuasa baharu dalam kejuruteraan global, penyiapan projek, sokongan aset, peralatan kuasa serta khidmat nasihat berikutan penyelesaian gabungan AMEC plc dan Foster Wheeler AG bernilai £5 bilion.

Syarikat baharu itu, Amec Foster Wheeler, mempunyai tenaga kerja berkemahiran tinggi seramai lebih 40,000 di lebih 50 negara, hasil skop tahunan 2013 sebanyak £5.5 bilion(1) dan buku pesanan sebanyak £6.3 bilion(2) .Syarikat tergabung itu patut telah menjana untung dagang pro-forma sebanyak £521 juta pada tahun 2013.

Amec Foster Wheeler mereka bentuk, menyediakan dan turut mengekalkan aset infrastruktur strategik dan rumit merentasi pelbagai pasaran. Ia mempunyai tapak yang kukuh sepanjang rantai nilai minyak dan gas darat dan luar pesisir – daripada penghasilan, sehinggalah pemprosesan, pengewangan gas, aliran tengah, penyulingan minyak serta bahan kimia.

Amec Foster Wheeler turut merupakan pemain utama dalam pasaran perlombongan, tenaga bersih, penjanaan tenaga, alam sekitar dan juga infrastruktur, menggunakan skalanya yang bertambah untuk meluaskan dan merapatkan hubungan pelanggan. Tambahan lagi Amec Foster Wheeler merupakan pereka, pembuat serta pembekal terkemuka untuk sistem dandang canggih bagi pasaran penjanaan kuasa dan perindustrian.

Kombinasi ini mengukuhkan lagi kedudukannya yang sudah sedia mantap di Amerika Utara dan Eropah dan mempertingkat lagi kehadirannya yang sudah mantap dalam pasaran pertumbuhan Timur Tengah, Asia serta Amerika Latin. Amec Foster Wheeler mempunyai kehadiran pasaran dan prospek penembusan yang lebih berakar umbi dan juga akan menikmati sebaran pelanggan yang lebih luas antara syarikat minyak bebas serta syarikat minyak kebangsaan dunia.

Berdasarkan angka pro-forma tahun 2013, 56 peratus daripada hasilnya datang daripada minyak dan gas, 19 peratus datang daripada tenaga bersih, 9 peratus daripada alam sekitar dan infrastruktur, 8 peratus daripada divisyen Global Power, dan 8 peratus daripada perlombongan.

Pengendalian kejuruteraan dan penyiapan projek akan diuruskan melalui tiga unit perniagaan geografi: Negara Benua Amerika, Eropah Utara & Komanwel Negeri Bebas: Afrika, Timur Tengah, Asia & Eropah Selatan. The Global Power Group, perniagaan peralatan kuasa mereka akan beroperasi merentasi semua kawasan geografi.

Empat unit perniagaan ini akan disokong oleh fungsi strategi global dan pembangunan perniagaan – bertumpu pada pembangunan strategi pasaran dan serantau, pengurusan hubungan pelanggan serta pemerolehan perniagaan, dan juga fungsi penyiapan projek – bagi menjamin dan memacu kecemerlangan projek dan memanfaatkan bakat dan pengalaman global Amec Foster Wheeler. Pusat Pelaksanaan Nilai Tinggi dan Pusat Kepakaran akan menyokong aktiviti ini.

Melapor kepada Ketua Eksekutif Samir Brikho, Presiden Kumpulan (lihat biografi dalam nota kepada editor di bawah) untuk empat unit perniagaan itu ialah:

  • Simon Naylor (Negara Benua Amerika);
  • John Pearson (Eropah Utara & Komanwel Negeri Bebas);
  • Roberto Penno (Afrika, Timur Tengah, Asia & Eropah Selatan);
  • Gary Nedelka (Global Power Group)

Pasukan Kepimpinan seramai 10 orang diketuai:

  • Ian McHoul (Ketua Pegawai Kewangan);
  • Jeff Reilly (Presiden Kumpulan Strategi & Pembangunan Perniagaan);
  • Jon Nield (Pengarah Penyiapan Projek Kumpulan);
  • Will Serle (Pengarah Sumber Manusia Kumpulan); dan
  • Alison Yapp (Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Syarikat).

Samir Brikho, Ketua Eksekutif Amec Foster Wheeler berkata: "Melalui penubuhan syarikat baharu kami, kami memantapkan warisan yang dibanggakan, kemahiran dan juga hubungan pelanggan bagi dua perniagaan yang sedia berjaya dan dihormati ramai. Amec Foster Wheeler beroperasi di lebih 50 negara seluruh dunia, dalam pasaran pengguna akhir kuat dan sepanjang rantai nilai. Dengan pasukan pengurusan kami yang mantap dan tenaga kerja yang berbakat, kami bukan sahaja dapat memberi khidmat yang lebih baik kepada pelanggan kami, tetapi boleh juga menawarkan peluang kerjaya yang lebih baik kepada kakitangan kami yang berkemahiran tinggi. Saya bangga dapat memimpin perniagaan tergabung ini menuju fasa pertumbuhan baharu."

Saham American Depositary Shares Amec Foster Wheeler akan mula didagangkan di Bursa Saham New York hari ini berdasarkan status 'apabila dikeluarkan' di bawah nama singkatan AMFW. Saham biasa syarikat itu disenaraikan dalam Bursa Saham London manakala nama singkatannya pula akan berubah daripada AMEC kepada AMFW dalam pasaran UK yang akan dibuka esok, Jumaat, 14 November.

Nota kepada editor:

Nota kaki
(1): Hasil skop kecuali pemerolehan tokokan AMEC dan pemerolehan serah semua Foster Wheeler. Hasil skop pro-forma 2013 telah disediakan di bawah polisi perakaunan IFRS dan AMEC
(2): AMEC dan Foster Wheeler (skop sahaja, ditukarkan kepada Sterling semasa kadar penutupan hujung tahun) sebagai buku pesanan terlapor, ditambah bersama

Amec Foster Wheeler (www.amecfw.com) mereka bentuk, menyediakan dan turut mengekalkan aset strategik dan rumit untuk para pelanggannya merentasi sektor tenaga global dan sektor berkaitan.

Dengan hasil skop tahunan sebanyak £5.5 bilion dan lebih 40,000 kakitangan di lebih 50 negara, syarikat itu beroperasi merentasi seluruh industri minyak dan gas – daripada penghasilan sehinggalah penyulingan, pemprosesan dan juga pengagihan produk terbitan – serta dalam pasaran perlombongan, tenaga bersih, penjanaan kuasa, farmaseutikal, alam sekitar dan infrastruktur.

Biografi Presiden Kumpulan

  • Simon Naylor, Presiden Kumpulan, Negara Benua Amerika
    Dilantik sebagai Presiden Kumpulan AMEC Negara Benua Amerika pada Oktober 2012. Sebelum ini beliau merupakan Presiden Natural Resources Americas, pada ketika itu beliau memimpin pertumbuhan kedudukan pendahulu AMEC dalam Perlombongan, Minyak & Gas serta Pasir Minyak sejak Ogos 2007. Sejak menyertai AMEC pada tahun 1993 beliau telah bertugas sepanjang kitar hayat projek, daripada rundingan hingga kejuruteraan dan pengurusan projek. Sebelum menyertai AMEC, Simon merupakan pengurus projek di ABB Global. Pengalaman beliau termasuklah pembangunan projek, sokongan aset, strategi, pengurusan hubungan pelanggan dan juga kepimpinan pengendalian.
  • John Pearson, Presiden Kumpulan Eropah Utara & Komanwel Negeri Bebas
    Dilantik sebagai Presiden Kumpulan, AMEC Eropah pada Oktober 2012, manakala sebelum itu beliau merupakan Pengarah Urusan, Natural Resources Eropah serta Afrika Barat. John menyertai AMEC pada tahun 1990 dan telah menjawat pelbagai jawatan dalam kejuruteraan dan pengurusan projek, termasuk mengetuai projek Minyak & Gas AMEC dan aliran perniagaan sokongan aset AMEC pada peringkat global. Beliau merupakan Pengerusi Bersama Oil & Gas UK.
  • Roberto Penno, Presiden Kumpulan Asia, Timur Tengah, Afrika & Eropah Selatan
    Dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global E&C Group Foster Wheeler pada tahun 2013, sebelum ini beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Rantau Asia Pasifik Global E&C Group Foster Wheeler. Selama lebih 25 tahun beliau berkhidmat dengan Foster Wheeler, beliau telah memegang pelbagai jawatan dalam syarikat itu, termasuk pengarah urusan Jualan Global, Pemasaran dan Perancangan Strategik; pengarah pengendalian komersil Foster Wheeler Asia Pasifik; serta jawatan kanan lain dalam pengurusan unit pengendalian, jualan dan juga pengurusan komersil di Eropah, Asia dan AS.
  • Gary Nedelka, Presiden Kumpulan Global Power Group
    Berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Power Group Foster Wheeler sejak Januari 2009, manakala sebelum itu beliau merupakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Foster Wheeler North America Corp. Gary menyertai Foster Wheeler pada tahun 1979 dan telah memegang pelbagai jawatan dalam pengendalian komersil dan pengurusan kejuruteraan, termasuk sebagai Presiden dan Pengurus Besar syarikat beroperasi Foster Wheeler di China.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Pengumuman ini mengandungi kenyataan yang merupakan "kenyataan pandang ke hadapan". Kenyataan pandang ke hadapan termasuklah sebarang kenyataan yang berkaitan dengan keputusan masa hadapan pengendalian kumpulan lebih besar itu dan biasanya dapat dikenal pasti daripada penggunaan perkataan seperti "percaya", "jangka", "menduga", "berniat", "menganggar", "akan", "mungkin", "terus", "patut", dan sebarang perkataan lain yang mirip. Kenyataan pandang ke hadapan tertakluk kepada pelbagai risiko dan ketidakpastian, kebanyakannya sukar diramal dan biasanya di luar kawalan AMEC, yang mungkin boleh menyebabkan keputusan dan perkembangan sebenar sangat berbeza daripada yang dinyatakan, atau dibayangkan atau diunjurkan, oleh kenyataan pandang ke hadapan itu.

AMEC tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang kenyataan pandang ke hadapan setelah tarikh ini bagi menyesuaikan kenyataan berikut berdasarkan keputusan sebenar, bagi mencerminkan kejadian keputusan yang dijangka atau sebaliknya.

Pengumuman ini termasuklah angka pro-forma yang belum diaudit dan oleh itu tertakluk kepada perubahan.

MAKLUMAT PENTING:

Tawaran untuk membeli semua syer berdaftar yang dikeluarkan dan diterbitkan untuk Foster Wheeler AG ("Tawaran") telah dibuat oleh AMEC plc ("Pembuat Tawaran") melalui AMEC International Investments BV, syarikat subsidiari milik penuh Pembuat Tawaran.

Bahan ini adalah untuk tujuan makluman sahaja dan tidak patut dianggap sebagai atau sebahagian daripada tawaran untuk menjual atau permintaan untuk tawaran membeli atau melanggan sebarang sekuriti, dan dilarang sebarang jualan sekuriti dalam apa jua bidang kuasa yang melaluinya tawaran, permintaan pembelian atau jualan sebegitu akan menyalahi undang-undang jika dibuat sebelum pendaftaran atau kelayakan di bawah undang-undang sekuriti bagi apa-apa bidang kuasa sedemikian. Bahan ini bukan tawaran sekuriti untuk dijual ke dalam Amerika Syarikat. Tiada tawaran sekuriti patut dibuat dalam Amerika Syarikat kecuali menurut pendaftaran di bawah Akta Sekuriti AS 1933, atau jika ada pengecualian daripadanya.

Sehubungan dengan Tawaran ini, Pembuat Tawaran telah memfailkan kenyataan pendaftaran pada Borang F-4 (seperti dalam pindaan), yang turut disertai prospektus, dan kenyataan Tawaran Tender pada Tawaran Tender Berjadual ("Tawaran Tender Berjadual"). Tawaran ini telah dibuat secara eksklusif menggunakan, dan tertakluk kepada, terma dan syarat yang telah dinyatakan dalam, dokumen tawaran yang mengandungi dan menyatakan terma dan syarat Tawaran ("Dokumen Tawaran") serta surat pemindahan dan borang penerimaan ("Borang Penerimaan") yang telah diberikan kepada Foster Wheeler AG, yang difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat ("SEC") dan dipos kepada pemegang saham Foster Wheeler AG.

Pengeluaran, penerbitan atau pengedaran bahan ini dalam bidang kuasa tertentu mungkin dilarang oleh undang-undang dan oleh itu orang perseorangan dalam bidang kuasa yang melaluinya bahan ini dikeluarkan, diterbitkan, atau diedarkan patut ambil maklum dan mematuhi larangan tersebut.

PEMEGANG SAHAM FOSTER WHEELER AG DIGESA UNTUK MEMBACA SEMUA DOKUMEN BERHUBUNG TAWARAN INI APABILA IA DIKELUARKAN KELAK (TERMASUK SEMUA BAHAN KEPILAN PADANYA) KERANA IA MENGANDUNGI MAKLUMAT PENTING TENTANG TAWARAN ITU.

Dokumen Tawaran, Tawaran Tender Berjadual dan dokumen berkaitan lain yang difailkan oleh Pembuat Tawaran dan Foster Wheeler AG boleh didapati dalam talian secara percuma di laman web SEC www.sec.gov. Bahan yang difailkan dengan SEC boleh juga didapati secara percuma di laman web Pembuat Tawaran, www.amec.com atau di laman web Foster Wheeler www.fwc.com, masing-masing.

Walaupun Tawaran ini telah dibuat kepada semua pemegang saham biasa Foster Wheeler AG, bahan ini tidak patut dianggap sebagai tawaran atau permintaan dalam sebarang bidang kuasa yang melaluinya tawaran atau permintaan sebegitu menyalahi undang-undang. Tawaran ini tidak dibuat, dan deposit tidak akan diterima, dalam apa jua bidang kuasa yang menerusinya pembuatan atau penerimaan seperti yang tersebut itu tidak mematuhi undang-undang bidang kuasa tersebut. Namun begitu, Pembuat Tawaran itu boleh, mengikut budi bicaranya sendiri, mengambil tindakan tersebut sekiranya dianggap perlu untuk membuat Tawaran tersebut dalam bidang kuasa tersebut.

 

Hubungi: Amec Foster Wheeler: Julian Walker: +44 (0) 207 429 7503; Frank Stokes: +44 (0) 7712 008356; Lauren Gallagher: +1 602 757 3211; Untuk Pelabur: Rupert Green: +44 (0) 207 429 7508; Brunswick Group, Michael Harrison/Stuart Donnelly/Simon Maine: +44 (0)207 404 5959; Maverick (Kanada), Paula Morrison: +1 416 640 5525 x 234

 

Source: Amec Foster Wheeler
Related Stocks:
Frankfurt:FWI LSE:AMEC LSE:AMFW NASDAQ:FWLT OTC:AMEZY
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Oil/Energy