omniture

AUTOCRYPT Dilantik sebagai Penyedia Perkhidmatan Teknikal Kelulusan Jenis Kenderaan untuk UN R155/156

Autocrypt Co., Ltd.
2024-06-26 09:00 28

AUTOCRYPT menjadi syarikat pertama dari rantau APAC diperakui untuk menyediakan penilaian keselamatan siber bagi Kelulusan Jenis Kenderaan meliputi lebih 60 negara anggota UNECE WP.29, termasuk Kesatuan Eropah, UK, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Vietnam

SEOUL, Korea Selatan, 26 Jun 2024 /PRNewswire/ -- Dengan Peraturan UN 155 dan 156 berkuat kuasa pada Julai 2024, kesemua kenderaan yang dijual di negara anggota WP.29 harus lulus penilaian keselamatan siber untuk menerima Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA). Sebagai salah satu penyedia keselamatan siber automotif yang terkemuka di dunia, AUTOCRYPT dilantik secara rasmi oleh RDW—lembaga kenderaan dan badan kelulusan Belanda—sebagai penyedia Perkhidmatan Teknikal yang diluluskan untuk ujian keselamatan siber.

"Perkhidmatan Teknikal" atau "TS" ialah istilah yang digunakan oleh Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Eropah (UNECE) untuk merujuk kepada syarikat dan organisasi yang diperakui secara rasmi untuk menjalankan ujian dan penilaian kenderaan. Keputusan ujian ini disemak sebagai sebahagian daripada proses VTA.

AUTOCRYPT memperoleh pelantikannya sebagai penyedia Perkhidmatan Teknikal, disebabkan terutamanya oleh kepakarannya dalam keselamatan siber automotif yang sejajar dengan piawaian industri. Piawaian keselamatan siber untuk kenderaan diperkenalkan sekitar tahun 2020 dan AUTOCRYPT membangunkan alat dan penyelesaian ujian yang mematuhi kedua-dua ISO/SAE 21434 dan Peraturan UN 155/156 sejak itu.

"Sebagai penyedia TS keselamatan siber pertama untuk UN R155 dan 156 daripada APAC, kami tidak sabar-sabar untuk menyokong OEM di seluruh dunia bagi mendapat kelulusan jenis, seterusnya mempersiapkan kenderaan mereka untuk pasaran," kata Duksoo Kim, Ketua Pegawai Eksekutif AUTOCRYPT.

Designasi Perkhidmatan Teknikal diberikan tepat pada masanya, memandangkan pusat ujian keselamatan siber termaju AUTOCRYPT, Labs 414, dijadualkan dibuka pada Julai 2024. Pusat serba baharu ini akan berfungsi sebagai kemudahan khusus untuk Perkhidmatan Teknikal AUTOCRYPT—AutoCrypt TS, serta rangkaian komprehensif perkhidmatan pengesahan dan ujian keselamatan sibernya. Di samping itu, ia akan mendorong projek-projek kolaboratif bersama penggiat-penggiat industri utama yang lain.

Latar Belakang Autocrypt Co., Ltd. 

AUTOCRYPT ialah peneraju industri dalam keselamatan siber automotif dan teknologi mobiliti terhubung. Syarikat mengkhusus dalam pembangunan dan penyepaduan perisian dan penyelesaian keselamatan untuk sistem dalam-kenderaan, komunikasi V2X, Plug&Charge dan platform mobiliti, membuka jalan ke arah ekosistem C-ITS yang selamat dan andal dalam era kenderaan perisian tertakrif. AUTOCRYPT turut menyediakan perkhidmatan perundingan dan ujian berserta penyelesaian tersuai bagi pematuhan UN R155/156 dan ISO/SAE 21434.

Source: Autocrypt Co., Ltd.
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Telecommunications Transportation