omniture

CUHK kenal pasti biopenanda mikrobium usus baharu permudah diagnosis kecelaruan spektrum autisme

The Faculty of Medicine of The Chinese University of Hong Kong
2024-07-12 14:34 7

Kajian klinikal rintis menunjukkan modulasi mikrobiom usus mengurangkan gejala kebimbangan  

HONG KONG, 12 Julai 2024 /PRNewswire/ -- Fakulti Perubatan (CU Medicine) Chinese University of Hong Kong (CUHK) menjalankan kajian kohort yang besar dalam kalangan 1,627 orang kanak-kanak dengan dan tanpa kecelaruan spektrum autisme (ASD) dan menemui perubahan dalam empat kingdom spesies mikrob usus dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami ASD. Menggunakan pembelajaran mesin, mereka membangunkan panel 31 multikingdom dan penanda fungsian yang menunjukkan prestasi diagnostik yang tinggi untuk ASD dan berpotensi besar menjadi alat diagnostik klinikal. Penemuan ini diterbitkan dalam Nature Microbiology. Dalam satu kajian rintis, para penyelidik juga mendapati bahawa modulasi mikrobiom usus dapat membantu mengurangkan gejala kebimbangan dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami ASD, lantas memperkenalkan kemungkinan paradigma terapeutik baharu untuk kondisi berkenaan.

CU Medicine research team has developed a panel of 31 multikingdom and functional markers to facilitate diagnosis of autism spectrum disorder (ASD). In a pilot clinical study, the researchers also showed that modulation of the gut microbiome alleviated symptoms of anxiety in children with ASD, introducing the possibility of a new therapeutic paradigm for the condition. (From left) Dr Oscar Wong Wing-ho, Professor Francis KL Chan, Professor Siew Ng and Dr Su Qi.
CU Medicine research team has developed a panel of 31 multikingdom and functional markers to facilitate diagnosis of autism spectrum disorder (ASD). In a pilot clinical study, the researchers also showed that modulation of the gut microbiome alleviated symptoms of anxiety in children with ASD, introducing the possibility of a new therapeutic paradigm for the condition. (From left) Dr Oscar Wong Wing-ho, Professor Francis KL Chan, Professor Siew Ng and Dr Su Qi.

Penanda mikrob usus multikingdom permudah diagnosis ASD

ASD ialah keadaan perkembangan saraf yang dicirikan oleh ketakmampuan dalam komunikasi sosial dan tingkah laku yang terbatas dan berulang. Faktor-faktor genetik dan persekitaran menyumbang kepada patogenesis ASD namun bukti baru muncul menunjukkan bahawa tutur silang yang terganggu antara mikrobiom usus dan sistem saraf pusat, yang digelar paksi usus-otak, boleh menyumbang kepada perkembangan ASD.

Para penyelidik CU Medicine melakukan penjujukan metagenomik pada sampel najis daripada 1,627 orang kanak-kanak dengan atau tanpa ASD, berumur satu hingga 13 tahun. Pasukan ini menganalisis sampel najis dan data klinikal termasuk diet, ubat-ubatan dan komorbiditi serta mengenal pasti panel penanda mikrobiom usus baharu termasuk 14 arkea, 51 bakteria, tujuh kulat, 18 virus, 27 gen mikrob dan 12 laluan metabolik yang telah diubah dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami ASD. Menggunakan pendekatan pembelajaran mesin, mereka kemudiannya membangunkan model diagnostik tak invasif baharu berdasarkan kepada panel 31 multikingdom dan penanda fungsian yang menunjukkan ketepatan diagnostik yang tinggi untuk ASD.

Dr Su Qi, Penolong Profesor Penyelidik di Jabatan Perubatan dan Terapeutik, berkata, "Kajian kami mendapati bahawa panel 31-mikrobiom mempunyai kepekaan 94% dan kekhususan 93% untuk diagnosis ASD dan mengekalkan kepekaan 91% bagi kanak-kanak daripada kohort hospital bebas dan kohort komuniti lebih muda bermula dari 1-6 tahun."

Profesor Siew Ng, Profesor Croucher dalam Sains Perubatan, Pengarah Microbiota I-Center (MagIC) dan New Cornerstone Investigator menambah, "Diagnosis ASD adalah sesuatu yang mencabar dan memerlukan penilaian perkembangan berkala terhadap kanak-kanak yang menunjukkan tanda-tanda perkembangan sosial dan bahasa yang atipikal. Diagnosis seringkali tertangguh terutamanya dalam kalangan kanak-kanak lebih muda yang mungkin hanya mengalami gejala ringan dan ini boleh membawa kepada intervensi tertangguh. Hal ini, berdasarkan pengetahuan kami, merupakan kajian pertama yang menunjukkan keteguhan dan utiliti biopenanda tak invasif untuk mendiagnosis dan meramalkan ASD merentas umur, jantina dan persekitaran yang berbeza."

Modulasi mikrobiom usus mengurangkan hipersensitiviti deria dan gejala kebimbangan dalam ASD

Baru-baru ini pasukan penyelidik CU Medicine menyelesaikan kajian klinikal rintis untuk menyelidik penggunaan modulator mikrobiom usus yang bertujuan untuk meningkatkan kelimpahan asid γ-Aminobutirik (GABA) dalam kalangan kanak-kanak yang mengalami ASD. GABA ialah neurotransmiter yang mana, apabila sudah habis, boleh dikaitkan dengan hipersensitiviti deria dan kebimbangan. Seramai 30 orang kanak-kanak berumur 4- 11 tahun yang mengalami ASD telah direkrut untuk menerima formula sinbiotik baharu SCM06 selama 12 minggu.

Dr Oscar Wong Wing-ho, Penolong Profesor di Jabatan Psikiatri, berkata "Penemuan awal menunjukkan bahawa kanak-kanak dengan ASD yang menerima intervensi sinbiotik SCM06 menunjukkan pengurangan 15-20% keseluruhan dari segi gejala deria dan kebimbangan mereka. Tiada peristiwa mudarat yang serius berlaku. Memandangkan terdapat terapeutik yang terhad untuk ASD dan sesetengah ubat mempunyai kesan sampingan, keputusan kami adalah sesuatu yang menggalakkan dan mencadangkan bahawa modulasi mikrobiom usus mewakili pendekatan yang baharu dan selamat untuk ASD. Kami akan menjalankan kajian terkawal rawak yang lebih besar bagi mengesahkan penemuan ini."

Profesor Francis KL Chan, Profesor Perubatan dan Terapeutik Choh-Ming Li serta Pengarah bersama MagIC, menyimpulkan, "Kajian kami menunjukkan bahawa biopenanda mikrobiom najis boleh menjadi alat diagnostik dan ramalan tak invasif yang menggalakkan untuk ASD dan modulasi mikrobiom usus mempunyai potensi besar bagi menjadi modaliti rawatan baharu untuk ASD. Pendekatan terapeutik ini memberi harapan bagi membantu ibu bapa mengurus masalah mood anak-anak mereka."

Source: The Faculty of Medicine of The Chinese University of Hong Kong
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Handicapped/Disabled Survey, Polls & Research DEI Page