omniture

/C O R R E C T I O N -- Hitachi Asia Ltd/

Hitachi Asia Ltd
2024-09-09 16:29 16

Dalam siaran berita, Hitachi Young Leader Initiative (HYLI) 2024: Memperkasa Pemimpin Masa Depan demi Hari Esok yang Lestari, dikeluarkan pada 30 Julai 2024 oleh Hitachi Asia Ltd melalui PR Newswire, kami dinasihatkan oleh syarikat bahawa pada perenggan kedua, mereka ingin memberikan maklumat tambahan berkenaan microgrid di Nusa Penida. Mikrogrid ini dikendalikan oleh PT Indonesia Power dan PT Hitachi Sakti Energy Indonesia (dirujuk sebagai "Hitachi Energy" dalam siaran akhbar) membantu dalam pelaksanaan pasang atur. Siaran berita lengkap yang diperbetul adalah seperti berikut:

Hitachi Young Leader Initiative (HYLI) 2024: Memperkasa Pemimpin Masa Depan demi Hari Esok yang Lestari

DENPASAR, Indonesia, 9 September 2024 /PRNewswire/ -- Menumpukan kepada tema, "Penghijauan Bersama: Keterangkuman & Kemampanan", HYLI 2024 melabuhkan tirai dengan jayanya melalui beberapa siri perbincangan yang mantap antara penceramah terkemuka dan pemimpin belia. Program kepimpinan belia ini menghimpunkan 32 pemimpin belia yang cemerlang dari Jepun dan negara-negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam. Para delegasi membincangkan cabaran global untuk mencapai matlamat pembangunan mampan 2023 yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Terkenal dengan inisiatif kemampanan, projek mesra alam dan warisan budaya yang kaya, edisi ke-17 HYLI diadakan di Bali. Bali juga merupakan lokasi kepada mikrogrid Nusa , dipasang atur oleh Hitachi Energy dalam consortium bersama PT Surya Energi Indotama sebagai pameran tenaga hijau semasa Sidang Kemuncak G20 di Bali pada tahun 2022. Dikendalikan oleh PT Indonesia Power, microgrid di Nusa Penida menyediakan tenaga yang lebih bersih kepada 10,000 rumah, menyokong peralihan tenaga Indonesia. Inisiatif ini mempamerkan usaha untuk mengurangkan kebergantungan pada bahan api fosil dan mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui.

Tahun ini, program empat hari ini menonjolkan aspek-aspek kritikal dalam pembangunan mampan melalui empat sesi pleno yang bertenaga: Kesihatan & Kesejahteraan yang Baik, Tenaga Bersih Mampu Milik, Ketaksamaan yang Dikurangkan, serta Bandar & Komuniti Mampan

Pengerusi Hitachi Asia Ltd., En. Kojin Nakakita berkata: "Selaras dengan kepercayaan Hitachi, memberi inspirasi dan memupuk generasi pemimpin yang seterusnya merupakan salah satu daripada banyak cara oleh Hitachi menyumbang kembali kepada masyarakat. Rasa terdorong apabila menyaksikan delegasi muda di HYLI ini membincangkan idea dengan harapan dapat mewujudkan dunia yang lebih lestari. Saya percaya HYLI akan membuka lebih banyak peluang kepada penginovasi sosial ini bagi membentuk masa depan yang lebih inklusif."

Menandakan budaya para delegasi yang pelbagai, Pokok Tabebuia ditanam di mikrogrid Nusa Penida yang mana para delegasi berpeluang melihat secara langsung operasinya untuk membawakan tenaga bersih ke pulau. Memilih Tabebuia untuk menghiasi mikrogrid Hitachi di Nusa Penida melambangkan keindahan, pembaharuan dan kebingkasan, mencerminkan perjalanan dunia menuju masa depan yang lebih mampan, 

"Pengalaman selama empat hari ini benar-benar sesuatu yang luar biasa. Saya bukan sahaja berpeluang untuk berkenalan dengan rakan-rakan baharu, bahkan ia turut meluaskan pandangan saya. Setiap sesi panel, bengkel dan perbincangan, berserta lawatan ke mikrogrid Hitachi di Nusa Penida, menonjolkan bagaimana teknologi dapat membekalkan tenaga bersih dengan berkesan demi masa depan lestari.

Di samping itu, sesi bimbingan memberi pandangan berharga untuk mengaplikasikan pemikiran kritis bagi mengatasi cabaran untuk mencapai SDG," kata En. Seyya Viriya dari Indonesia, Udayana University di Bali.

Seorang alumni Indonesia daripada HYLI ke-3 pada tahun 1999, Dr. Agung Wicaksono, yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Pendanaan dan Pelaburan Nusantara, ibu kota baharu Indonesia, berbicara bersama pelajar mengenai kepentingan kemampanan dan kepimpinan sebagai konsep penting untuk generasi muda mencapai kecemerlangan dalam set kemahiran mereka.

"Bagi membina masa depan yang berkembang maju, kita harus menerapkan nilai-nilai kemampanan dan kepimpinan dalam kalangan belia kita. Prinsip-prinsip ini penting untuk membangunkan kemahiran yang diperlukan bagi mengharungi dan mencapai kecemerlangan dalam dunia yang sentiasa berkembang," tambah Dr. Agung.

Sejak penubuhannya pada tahun 1996, HYLI memberi peluang kepada lebih 400 pelajar untuk memperluas perspektif mereka dan memperjuangkan nilai-nilai Asia serta persefahaman silang budaya. Program ini, yang diadakan dua tahun sekali, berfungsi sebagai platform yang luar biasa untuk pelajar universiti yang berbakat berbincang secara aktif mengenai isu-isu global yang utama bersama para penceramah terkemuka.

HUBUNGI:
Mohammad Syaban
Pengurus Akaun
Weber Shandwick Indonesia
msyaban@webershandwick.co.id
+6281364388936

Source: Hitachi Asia Ltd
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electrical Utilities Electronic Design Automation Environmental Products & Services Green Technology Utilities