omniture

Wiski Scotch JOHNNIE WALKER® akan Memberi 250,000 Kilometer Perjalanan Pulang Selamat Seluruh Dunia Sebagai Sebahagian daripada Inisiatif Amalan Minum dengan Berhemah Semasa Musim Perayaan

Johnnie Walker
2014-12-05 21:19 194

EDINBURGH, Scotland, 5 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada program amalan minum secara berhemah sedunia Join the Pact,  JOHNNIE WALKER, Wiski Scotch (Scotch Whisky)[1] terunggul dunia, hari ini berkata ia akan memberikan 250,000 kilometer perjalanan pulang yang selamat di seluruh dunia semasa musim perayaan bagi menggalakkan orang ramai agar tidak memandu semasa mabuk.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141204/720033-a)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141204/720033-b)(Gambarhttp://photos.prnewswire.com/prnh/20141204/720033-c)     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141204/720033-d)(Gambarhttp://photos.prnewswire.com/prnh/20141204/720033-e)

Di Edinburgh, Mika Häkkinen, bekas pemandu Formula 1 dan Duta Amalan Minum Secara Berhemah Global JOHNNIE WALKER menyertai pemandu Formula 1 McLaren Mercedes 2014 Jenson Button serta Kevin Magnussen untuk membantu merasmikan kempen yang akan dijalankan di Edinburgh dan juga di lebih 60 buah bandar lain seluruh dunia.

Join the Pact sudah pun mengumpul ikrar daripada lebih 1.4 juta orang agar tidak memandu semasa mabuk dan dalam bulan September, JOHNNIE WALKER mengumumkan matlamat untuk mendapatkan tambahan lima juta ikrar persendirian lagi dalam masa empat tahun akan datang.

Semasa musim perayaan ini, JOHNNIE WALKER akan membantu orang ramai pulang dengan selamat melalui pelbagai inisiatif bersama penyedia pengangkutan tempatan. Di Edinburgh, JOHNNIE WALKER bekerjasama dengan Lothian Buses untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma kepada para pengunjung pesta ria Hogmanay di bandar itu semasa malam sebelum Tahun Baharu.

Bercakap semasa pelancaran itu, David Gates, Ketua Jenama Teras Premium Diageo Global, berkata: "Pelibatan JOHNNIE WALKER dalam Formula 1 melalui perkongsian bersama McLaren Mercedes telah memberi jenama ini platform yang dipercayai bagi menjalankan program amalan minum secara berhemah yang sangat berkesan yang telah memberi impak sebenar di seluruh dunia. Ini telah pun berterusan selama hampir satu dekad dan persetujuan kami baru-baru ini bersama kumpulan Formula One untuk menjadi Wiski Rasmi Formula 1 akan membenarkan kami memperluaskan program ini ke kawasan-kawasan baharu.

"Seruan kami bagi Join the Pact agar tidak minum semasa mabuk sangat relevan terutamanya pada masa kini apabila jutaan orang di seluruh dunia sedang merancang untuk bersantai dan menikmati musim perayaan ini. Melalui pengaktifan program ini di lebih 60 buah bandar dalam tempoh beberapa minggu seterusnya, kami berharap dapat menyediakan 250,000 kilometer perjalanan pulang yang selamat di rantau ini.

"Di Diageo, kami mengambil komitmen untuk menggalakkan amalan minum secara berhemah dengan sangat serius. Kami benar-benar berharap semua orang akan menyertai Pakatan tersebut dan menjadikannya sebagai komitmen umum semasa musim perayaan ini."

Dalam satu mesej bersama yang dikeluarkan pada acara hari ini, Duta Amalan Minum Secara Berhemah Global JOHNNIE WALKER Mika Häkkinen, bersama Jenson Button dan Kevin Magnussen, berkata: "Kita semua tahu yang memandu kereta Formula 1 memerlukan seseorang berada dalam kawalan, sepanjang masa. Join the Pact merupakan satu komitmen untuk kekal berada dalam keadaan terkawal dan mengutamakan keselamatan diri sendiri, para penumpang, serta orang lain lebih daripada segala-galanya. Ia adalah pilihan yang menjamin agar semua orang boleh menikmati musim perayaan ini serta pulang ke rumah dengan selamat – kami menyeru kepada semua agar membuat pilihan itu dan sertai Join the Pact agar tidak memandu semasa mabuk."

Sewaktu majlis perasmian itu, ketiga-tiga pemandu menunjukkan kemahiran kawalan mereka dan menumpangkan pemenang pertandingan, media, serta tetamu khas di pusat bandar Edinburgh dalam kereta super Caparo T1 berjenama JOHNNIE WALKER serta dua buah kereta sport McLaren MP4-650S.

Semasa musim perayaan ini, pengguna boleh membuat ikrar agar tidak memandu semasa mabuk dengan melawat http://www.jointhepact.com atau dengan menghantar tweet menggunakan #GetHomeSafely kepada @JohnnieWalker_.

 [1] IWSR (2013)

Rakaman B-Roll untuk pengumuman Join the Pact JOHNNIE WALKER dan pemanduan hebat boleh dimuat turun di: https://vimeo.com/album/3159579 

Maklumat untuk Editor

Join the Pact JOHNNIE WALKER akan menyediakan 250,000 kilometer perjalanan pulang dengan selamat di lebih 60 buah bandar termasuklah:

  • Amerika Syarikat – lebih 50 buah bandar
  • Sao Paulo
  • Recife
  • Santos
  • Brasilia
  • London
  • Manchester
  • Leeds
  • Edinburgh
  • Manila

Latar Belakang Join the Pact

JOHNNIE WALKER sangat mementingkan amalan minum dengan berhemah dan menangani isu ini melalui kempen Join the Pact, bersama Mika Häkkinen sebagai Duta Amalan Minum Dengan Berhemah Global. Join the Pact menyeru para pengguna di semua tempat berikrar agar tidak memandu semasa mabuk dengan menandatangani satu pakatan. Sejak 2006 Mika telah mengetuai inisiatif seruan tindakan ini, yang telah diaktifkan seluruh dunia, dan telah mengumpul lebih sejuta tanda tangan.

Mika telah melawat lebih 40 buah negara di lima benua, bercakap dengan ramai anggota media, pegawai kerajaan, pihak berkepentingan, dan para pengguna bagi memberikan maklumat penting melalui pengalaman JOHNNIE WALKER yang unik.

Latar Belakang JOHNNIE WALKER

JOHNNIE WALKER merupakan Wiski Scotch Campuran (Blended Scotch Whisky)[1] yang terkemuka di dunia. Diasaskan di Scotland pada tahun 1820, JOHNNIE WALKER menjadi salah satu jenama yang benar-benar global, menjangkau 120 buah negara dalam tempoh 100 tahun selepas penubuhannya. Hari ini jenama itu boleh didapati di lebih 180 buah negara, sebagai tanda penghormatan kepada wawasan dan cita-cita rintis keluarga Walker yang telah mengilhamkan kemajuan serta pencapaian terunggul selama hampir dua abad.

Rasa yang berani dan pekat merupakan teras JOHNNIE WALKER. Rangkaiannya terdiri daripada adunan unik, setiap satunya dengan ciri dan sejarahnya yang tersendiri, merupakan hasil warisan adunan selama hampir 200 tahun: JOHNNIE WALKER RED LABEL, JOHNNIE WALKER BLACK LABEL, JOHNNIE WALKER DOUBLE BLACK, JOHNNIE WALKER GOLD LABEL RESERVE, JOHNNIE WALKER PLATINUM LABEL DAN JOHNNIE WALKER BLUE LABEL. Di samping itu, THE JOHNNIE WALKER EXPLORERS' CLUB COLLECTION, rangkaian adunan yang dicipta untuk pengembara global, boleh didapati secara eksklusif di cawangan kedai pelancongan seluruh dunia.

Latar Belakang Diageo

Diageo merupakan peneraju global bagi minuman beralkohol dengan koleksi jenama mengagumkan bagi pelbagai kategori spirit, bir dan wain. Jenama ini termasuklah Johnnie Walker, Crown Royal, JεB, Buchanan's, wiski Windsor dan Bushmills, vodka Smirnoff, Cîroc serta Ketel One, Captain Morgan, Baileys, Don Julio, Tanqueray dan juga Guinness.

Diageo merupakan sebuah syarikat global, dan produk-produk kami dijual di lebih 180 buah negara seluruh dunia. Syarikat ini tersenarai dalam Bursa Saham London (DGE) dan Bursa Saham New York (DEO). Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Diageo, kakitangan kami, jenama kami, dan prestasi, lawati kami di http://www.diageo.com. Lawati sumber amalan minum secara berhemah global Diageo, http://www.DRINKiQ.com, untuk maklumat, inisiatif, dan cara untuk berkongsi amalan terbaik.

Raikan kehidupan setiap hari, di mana-mana sahaja.

SUMBER  Johnnie Walker

Source: Johnnie Walker
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Food/Beverages Sports Corporate Social Responsibility