omniture

Ijazah Sarjana Sains HES-SO dalam Perniagaan Hospitaliti Global

Ecole hoteliere de Lausanne
2014-12-08 20:00 172

LAUSANNE, Switzerland, 8 Disember 2014 /PRNewswire/ -- Ecole hoteliere de Lausanne (EHL), Conrad N. Hilton College di University of Houston serta Sekolah Pengurusan Hotel dan Pelancongan (SHTM) di The Hong Kong Polytechnic University (PolyU) bergabung tenaga untuk menawarkan program pengajian Ijazah Sarjana baharu dalam bidang Perniagaan Hospitaliti Global.

Wakil-wakil daripada tiga universiti utama dalam pengurusan hospitaliti itu dan rakan-rakan kongsi industri menyertai satu persidangan hari ini untuk melancarkan program Ijazah Sarjana Sains HES-SO dalam Perniagaan Hospitaliti Global.

Para pelajar pertama yang bakal memperoleh manfaat daripada program tersebut akan bermula pada September 2015 dan akan meluangkan satu semester di setiap kampus di tiga buah benua, iaitu di Lausanne, Hong Kong serta Houston. Program yang pertama seumpamanya yang benar-benar global ini akan menyediakan para pelajar dengan pemahaman yang luas tentang pasaran dunia dan mengalami sendiri budaya setempat.

Dibangunkan bersama pemimpin-pemimpin dalam industri perhotelan, pelancongan dan perkhidmatan, kurikulum tersebut menawarkan pelibatan profesional tanpa tandingan hasil daripada mandat perundingan sebenar (projek Capstone), pensijilan profesional dan lawatan lapangan perniagaan ke hab pelancongan di seluruh dunia.

Program yang padat dan mencabar ini bakal menawarkan para pelajar terpilih dengan pengalaman sekali seumur hidup.

Dapatkan maklumat lanjut di:
http://www.ehl.edu/en/new-master-science-hes-so-global-hospitality-business

@EHLnews @PolyU @HiltonCollege

#Master_Hospitality

Hubungi: 
Meloney Brazzola
Pengurus Komunikasi
meloney.brazzola@ehl.ch
Telefon +41-21-785-17-96
Faks +41-21-785-11-21

SUMBER  Ecole hoteliere de Lausanne

Source: Ecole hoteliere de Lausanne
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Hotels and Resorts Travel New products/services