omniture

Pesta Canton ke 116 - "Inovasi Terus Menarik Pembeli Antarabangsa Kembali untuk Lebih Lagi"

Canton Fair
2014-12-09 09:29 79

GUANGZHOU, China, 9 Disember, 2014 /PRNewswire/ -- Memandangkan ia terus dihargai para pengunjung, Pesta Canton kekal berusaha menyediakan platform terkini bagi perdagangan. Edisi ke-116, yang melabuhkan tirai di Guangzhou pada 4 November, tidak terkecuali, dengan para penganjur berinovasi dalam topik pameran, promosi acara, pertukaran maklumat dan perkhidmatan lain.

Acara dua kali setahun itu menarik 186,104 pembeli luar negara dari lebih 200 buah negara, penurunan hanya lebih sedikit daripada 1% berbanding sesi ke-115. Walaupun nilai keseluruhan urusniaga eksport yang disempurnakan pada acara itu menurun sedikit berbanding tahun sebelumnya sebanyak USD 29.16 bilion, nilai transaksi dengan negara-negara ASEAN, Korea Selatan dan Hong Kong SAR semuanya meningkat.

Seperti biasa, Pesta Canton mendapat ulasan positif daripada pelbagai pembeli antarabangsa.

"Anda boleh mendapatkan segalanya di sini," kata Javier Salama, seorang pembeli untuk Suka Home Style, pemborong peralatan dapur dari Argentina. "Saya telah menghadiri pesta dagangan di negara lain dan menghadapi kesukaran mendapatkan barangan tetapi di Pesta Canton, saya sentiasa mendapat apa yang saya inginkan."

Lebih 1,300 syarikat rangkaian antarabangsa menghadiri Pesta itu, termasuk 102 daripada 250 peruncit utama dunia pada 2013. Antaranya lima daripada 10 peruncit utama global: Wal-mart, Tesco, Carrefour, Home Depot dan Target. Satu model baharu untuk menyepadukan pavilion antarabangsa dan kebangsaan diterima baik, dengan pavilion antarabangsa menarik 551 buah syarikat daripada 45 buah negara serta wilayah. Bahagian pameran baharu berkaitan produk tenaga dan haiwan peliharaan juga mendapat perhatian.

Dengan para penganjur sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kesan alam sekitar Pesta Canton, sesi ke-116 menyaksikan pelaksanaan sepenuhnya Rancangan Pembangunan Hijau. Jumlah rak pameran hijau yang digunakan pempamer meningkat lebih 15 peratus berbanding sesi lalu dengan bilangan hampir 40,000, sementara sisa papan dan pencemar daripada fasa 1 serta fasa 2 menurun dengan ketara berbanding sesi terdahulu.

Kepelbagaian produk yang dipamerkan di Pesta itu juga adalah tiada tandingannya. Kevin Douglas dari Jamaica, Ketua Pegawai Eksekutif Kevi Virgin Hair yang menghadiri Pesta itu buat kali pertama, ingin mendapatkan sambungan rambut dan barangan seperti pengering rambut serta syampu.

"Pilihan dan kualiti produk China yang dijual di sini adalah berkualiti terbaik," kata Douglas. "Saya pasti akan ke sini lagi."

Penganjur pesta kini merancang untuk edisi ke-117 Pesta Canton, yang dijadualkan bermula pada 15 April, 2015.

Sebarang maklumat lanjut sila lawati: http://www.cantonfair.org.cn/en/index.asp

Source: Canton Fair
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news