omniture

EB Pharma Mengumumkan Perjanjian Lesen untuk Ubat Kajian, Tipifarnib daripada Janssen Pharmaceutica untuk Pembangunan dalam Hepatitis Delta (HDV)

Eiger Bio, Inc.
2014-12-24 00:54 96

PALO ALTO, California, 23 Disember 2014 /PRNewswire/ -- EB Pharma, LLC., anak syarikat Eiger BioPharmaceuticals, Inc., hari ini mengumumkan ia telah melaksanakan perjanjian dengan Janssen Pharmaceutica NV, ("Janssen"), untuk lesen eksklusif, bagi tipifarnib dalam bidang virologi dan satu sebatian sokongan peringkat klinikal yang berkaitan. EB Pharma sedang menjalankan kajian klinikal bagi pesakit yang dijangkiti Hepatitis Delta (HDV) dan akan menilai keberkesanan dan kebolehtahanan tipifarnib sebagai terapi baharu yang berpotensi.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20141221/165715LOGO

"Pendekatan baharu terhadap rawatan HDV ini merupakan kemuncak penyelidikan selama berpuluh tahun," kata Jeffrey Glenn, MD, PhD, Pengasas Saintifik dan Profesor Madya Perubatan, Stanford University. "Saya rasa ia mempunyai potensi untuk mengubah paradigma rawatan bagi jenis hepatitis virus manusia yang paling buruk, dan menawarkan sinar harapan kepada para pesakit ini."

"HDV merupakan jenis hepatitis virus yang paling jarang ditemui namun mempunyai pengakhiran yang paling buruk," kata David Cory, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Eiger. "Kami teruja dapat melesenkan tipifarnib daripada Janssen dan untuk mengkaji terapi baharu yang berpotensi untuk penyakit yang mengancam nyawa ini."

Latar Belakang Tipifarnib
Tipifarnib merupakan perencat aktif oral, peringkat lewat, yang berciri lengkap untuk farnesyl transferase, enzim yang terlibat dalam pengubahsuaian protein melalui proses yang dipanggil pemprenilan. HDV menggunakan proses sel hos di dalam sel hati bagi melengkapkan peringkat penting dalam kitar hayatnya. Tipifarnib merencat langkah pemprenilan replikasi HDV di dalam sel hati dan menyekat kemampuan virus itu untuk membiak. Memandangkan pemprenilan adalah proses hos, dan bukan di bawah kawalan HDV, dan Tipifarnib mencegah pemprenilan, secara teorinya terdapat juga penghalang yang lebih tinggi untuk kerintangan dengan terapi Tipifarnib. Mutasi virus, laluan biasa untuk kerintangan ubat, tidak dijangka akan menjadi laluan berpotensi untuk kerintangan Tipifarnib oleh HDV.

Tipifarnib tidak mendapat kelulusan untuk dijual bagi sebarang arahan.

Latar Belakang HDV

Hepatitis Delta disebabkan oleh jangkitan virus hepatitis D (HDV) dan dianggap sebagai jenis hepatitis virus yang paling serius bagi manusia. Hepatitis D berlaku hanya sebagai jangkitan bersama bagi individu dengan hepatitis B (HBV), membawa kepada penyakit hati yang lebih serius berbanding HBV sahaja, dan dikaitkan dengan fibrosis hati dipercepat, barah hati, serta kegagalan fungsi hati. HDV merupakan penyakit dengan kesan ketara terhadap kesihatan global, menjejaskan kira-kira 15 juta orang seluruh dunia. Kadar kelaziman HDV berubah mengikut tempat. HDV memenuhi syarat untuk Status Yatim di Amerika Syarikat (kurang 200,000 orang), Eropah (kurang 5 dalam 100,000 orang), dan Jepun (kurang 50,000 orang). Di seluruh dunia, jangkitan HDV dilaporkan berlaku dalam kira-kira 4% - 6% daripada pembawa hepatitis B kronik. Di sesetengah tempat di dunia, termasuk sesetengah tempat di China, Rusia, Asia Tengah, Turki, Afrika, dan Amerika Selatan, kadar kelaziman setinggi 40% telah dilaporkan berlaku dalam kalangan pesakit yang dijangkiti HBV.

Latar Belakang EB Pharma

EB Pharma merupakan anak syarikat pegangan swasta Eiger BioPharmaceuticals, Inc., yang memfokus kepada penyelidikan, pembangunan, dan pengkomersilan terapi inovatif dalam hepatitis virus. Syarikat itu memfokus untuk membangunkan Tipifarnib sebagai rawatan untuk Virus Hepatitis Delta (HDV), bentuk hepatitis virus yang paling serius. Tipifarnib tidak mendapat kelulusan untuk dijual. Program penyelidikan EB Pharma tertumpu kepada penemuan terapeutik dan biopenanda molekul kecil bersasaran bagi merawat dan memantau penyakit hati serius.

Pelabur: Jim Shaffer, Eiger Bio, Inc., +1-919-345-4256, jshaffer@eigerbio.com

Source: Eiger Bio, Inc.
Related Links:
Keywords: Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Licensing/marketing agreements