omniture

Xinhua Silk Road: Pameran perdagangan perkhidmatan China dorong kemakmuran bersama antara perniagaan global

Xinhua Silk Road
2024-09-16 08:49 10

BEIJING, 16 September 2024 /PRNewswire/ -- Bertemakan "Perkhidmatan Global, Kemakmuran Bersama," Pameran Antarabangsa China untuk Perdagangan Perkhidmatan 2024 (CIFTIS) dibuka di Beijing pada hari Khamis dan menarik penyertaan daripada 85 negara dan organisasi antarabangsa serta lebih 450 syarikat Fortune Global 500 dan juga syarikat yang terkemuka dalam pelbagai industri.

Lebih daripada 100 acara, termasuk forum tematik, mesyuarat, persidangan promosi projek dan acara sampingan, akan diadakan secara berturut-turut dan lebih 200 pencapaian inovasi bersepadu akan dikeluarkan.

Selepas penaiktarafan kualiti pada tahun 2020, pameran perdagangan perkhidmatan menyaksikan pengaruh dan perhatian yang semakin meningkat, menjadi kebaikan awam antarabangsa yang penting dalam memupuk kerjasama dalam sektor perkhidmatan dan perdagangan perkhidmatan serta memainkan peranan penting dalam memperluas keterbukaan, memperdalam kerjasama dan menerajui inovasi.

Sejak tahun 2012, lebih daripada 900,000 peserta pameran dari 197 negara dan wilayah telah mengambil bahagian dalam acara ini.

Menurut timbalan datuk bandar Beijing Sima Hong, kelebihan dan ciri-ciri dalam perdagangan perkhidmatan negara-negara yang mengambil bahagian dan organisasi-organisasi antarabangsa akan dipamerkan di kawasan pameran khas di Pusat Konvensyen Kebangsaan China serta kawasan pameran khas turut disediakan di Taman Shougang, satu lagi tempat untuk CIFTIS, untuk negara-negara asing memperlihatkan ciri-ciri budaya dan pelancongan mereka.

Photo taken on September 11, 2024 shows the interior of the China National Convention Center exhibition area of the 2024 China International Fair for Trade in Services. (Xinhua/Ju Huanzong)
Photo taken on September 11, 2024 shows the interior of the China National Convention Center exhibition area of the 2024 China International Fair for Trade in Services. (Xinhua/Ju Huanzong)

Teknologi, produk dan senario baharu berhubung paparan 3D mata kasar, pemanduan autonomi, budaya digital dan pelancongan, pendidikan pintar, sukan pintar dan bidang-bidang lain juga akan dipaparkan semasa CIFTIS pada tahun ini.

Tatkala China mengukuhkan sokongan untuk pembangunan perdagangan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, satu siri dividen polisi dikeluarkan dengan pantas, meningkatkan keyakinan global dan membawa peluang baharu untuk perusahaan yang dibiayai oleh negara asing.

Pasaran Cina penuh kevitalan dan Schneider Electric akan menyesuaikan penyelesaian perkhidmatan yang inovatif untuk pasaran dan menandatangani perjanjian kerjasama dengan rakan kongsi tempatan bagi mencapai keputusan yang saling menguntungkan, kata naib presiden kanan Schneider Electric Xu Shaofeng. Ini merupakan kali kelima syarikat ini mengambil bahagian dalam pameran perdagangan perkhidmatan.

China berpegang teguh untuk menyediakan peluang baharu kepada dunia dengan pencapaian baharu dalam pemodenan Cina, kata Menteri Muda Perdagangan Tang Wenhong, menambah bawaha CIFTIS 2024 dijangka mencapai keputusan yang lebih praktikal kerana ia menggalakkan pemadanan yang tepat dalam segenap aspek.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/342126.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Trade show news