omniture

POSCO E&C Dilantik sebagai Kontraktor EPC Pilihan untuk Projek Pelabuhan 1 Bilion AUD di Australia

- Telah menandatangani Memorandum Persefahaman berturutan dengan Adani Mining, sekutu syarikat infrastruktur terbesar India di Australia
- 'T0' akan mempunyai kapasiti 40 tan metrik setahun pada peringkat permulaan, dengan pertambahan kepada 70 tan metrik setahun dalam fasa keduanya
POSCO E&C
2014-12-25 10:05 253

SEOUL, Korea Selatan, 25 Disember 2014 /PRNewswire/ -- POSCO E&C (Ketua Pegawai Eksekutif: Tae-Hyun Hwang) mengumumkan syarikat itu dilantik sebagai kontraktor Kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) Pilihan bagi terminal baharu, Terminal Zero (T0) di pelabuhan Abbot Point, berhampiran Bowen, dengan nilai kontrak dianggarkan sekitar 1 bilion dolar Australia.

POSCO E&C (Ketua Pegawai Eksekutif: Tae-Hyun Hwang) dilantik sebagai kontraktor Kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) Pilihan bagi terminal baharu, Terminal Zero (T0) di pelabuhan Abbot Point, berhampiran Bowen, dengan nilai kontrak dianggarkan sekitar 1 bilion dolar Australia. Gambar di atas menunjukkan lokasi Projek tersebut.
POSCO E&C (Ketua Pegawai Eksekutif: Tae-Hyun Hwang) dilantik sebagai kontraktor Kejuruteraan, Pemerolehan dan Pembinaan (EPC) Pilihan bagi terminal baharu, Terminal Zero (T0) di pelabuhan Abbot Point, berhampiran Bowen, dengan nilai kontrak dianggarkan sekitar 1 bilion dolar Australia. Gambar di atas menunjukkan lokasi Projek tersebut.

Ia merupakan Memorandum Persefahaman berturutan dengan anak syarikat Australia Adani Group, Adani Mining, selepas dilantik pada Julai lalu, sebagai kontraktor EPC pilihan bagi Rel Basin Galilee Utara (NGBR) Adani sepanjang 388km yang menghubungkan lombong Carmichael dengan pelabuhan Abbot Point, dengan nilai kontrak dianggarkan kira-kira 2 bilion dolar Australia.

Pembinaan T0 merupakan langkah penting bagi memastikan eksport arang batu berkualiti tinggi dan menjimatkan kos dari lombong seperti Carmichael di Galilee dapat dipasarkan di pasaran seluruh Asia secara berdaya saing, serta secara besar-besaran. T0 akan mempunyai kapasiti 40 tan metrik setahun pada peringkat awal, dengan pertambahan kepada 70 tan metrik setahun pada fasa keduanya.

Adani Group, pembangun kuasa, pelabuhan dan infrastruktur swasta bersepadu terbesar di India, kini mengendalikan kemudahan penjanaan kuasa dengan saiz keseluruhan 9,240MW. Ia turut memiliki 8 pelabuhan persendirian, termasuk Pelabuhan Mundra di India yang merupakan pelabuhan kemasukan paling besar bagi arang batu di dunia.

Ketua Adani di Negara Australia dan Ketua Pegawai Eksekutif Perlombongan Jeyakumar Janakaraj berkata perjanjian itu mencerminkan kerjasama berhasil yang telah dijalinkan dengan NGBR, serta kepercayaan yang telah terbentuk antara kedua-dua syarikat semasa kerjasama itu.

"Memorandum Persefahaman ini merupakan yang terkini dalam beberapa pengumuman baharu yang membawa projek lombong, rel dan pelabuhan bersepadu lebih dekat kepada arang batu pertama pada 2017. POSCO E&C merupakan rakan kerjasama yang terbukti dan dipercayai, serta kami mengalu-alukan peluang ini untuk mempertingkatkan kerjasama kami bersama mereka. Daripada perspektif kami, keputusan POSCO E&C untuk melabur dalam infrastruktur penting ini mencerminkan keyakinan yang dimiliki pemain tahap satu dalam komponen utama projek kami seperti peluasan pelabuhan tersebut," kata En. Janakaraj.

"Sepanjang lima bulan lalu, Adani dan POSCO E&C telah memperkukuhkan serta membina perhubungan penuh kepercayaan dan juga hormat mereka melalui usaha sama mereka dalam Projek Rel. Hasilnya, saya amat berbesar hati mengatakan perhubungan ini kini dilanjutkan kepada Projek Terminal Zero Adani di Pelabuhan Abbot Point," kata Ketua Pegawai Eksekutif POSCO E&C Tae-Hyun Hwang, "POSCO E&C mempunyai sejarah panjang dalam menyiapkan projek yang berjaya di dunia dan kami memberikan sepenuh usaha kami bagi menyiapkan projek Rel dan Pelabuhan yang berjaya untuk rakan kerjasama kami yang bersemangat serta inovatif, Adani."

Sebagai salah satu kontraktor EPC terkemuka di Korea, POSCO E&C mempunyai pengalaman dalam beberapa projek pembinaan pelabuhan serupa di dalam negara dan antarabangsa,  termasuk Kemudahan Penyimpanan Arang Batu & Pengendalian Bahan Mentah POSCO di Pohang serta Gwang-yang, Korea dan juga Pelabuhan Antarabangsa Cai-Mep di Vietnam. POSCO E&C sedang berkembang menjadi penyedia kemudahan keseluruhan global sebenar dengan melaksanakan  Sistem PEPCOM (Perancangan, Kejuruteraan, Pemerolehan, Pembinaan dan Operasi & Penyelenggaraan) untuk projek-projek di seluruh dunia.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20141223/8521407727

 

 

 

Source: POSCO E&C
Keywords: