omniture

Kemajuan dalam pengelektrikan kenderaan komersial: CATL Perkenal Sistem Bateri TECTRANS Revolusioner

Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
2024-09-18 16:29 178

HANOVER, Jerman, 18 September 2024 /PRNewswire/ -- Di IAA Transportation 2024, Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL), peneraju global bagi inovasi teknologi tenaga baharu melancarkan sistem bateri TECTRANS rintis, bagi merevolusikan sektor pengangkutan komersial.

CATL booth
CATL booth

TECTRANS menonjolkan lonjakan kuantum dalam teknologi bateri untuk kenderaan komersial, menawarkan ketumpatan tenaga yang belum pernah berlaku sebelum ini, keupayaan pengecasan yang lebih pantas dan ketahanan yang dipertingkat. Sistem inovatif ini bersedia untuk mentransformasikan landskap kenderaan komersial elektrik, menyediakan kepada pengendali pengangkutan dengan jarak lanjutan, masa henti yang berkurangan, keberkesanan kos yang dioptimumkan dan kecekapan keseluruhan yang lebih baik.

Ketumpatan Tenaga Tiada Tandingan, Pengecasan Pantas dan Jangka Hayat: Masa Depan Trak dan Bas Elektrik

Untuk trak tugas berat, CATL memperkenalkan dua produk rintis: TECTRANS - T Edisi Pengecasan Super Pantas dan TECTRANS - T Edisi Hayat Panjang. Edisi Pengecasan Super Pantas membawakan kadar pengecasan puncak 4C yang luar biasa, membolehkan pengecasan 70% hanya dalam tempoh 15 minit. Keupayaan pengecasan yang pantas ini meminimumkan masa henti kenderaan dan memaksimumkan kecekapan operasi untuk pengendali pengangkutan.

TECTRANS - T Edisi Hayat Panjang menetapkan penanda aras industri baharu dengan jangka hayat yang luar biasa sehingga 15 tahun atau 2.8 juta kilometer. Ketahanan ini adalah amat penting untuk sifat operasi komersial yang mendesak, terutamanya dalam senario frekuensi tinggi, intensif tenaga seperti operasi pelabuhan dan pengangkutan pukal.

Kedua-dua edisi trak menawarkan jarak pemanduan yang mengagumkan sehingga 500 kilometer, memenuhi pelbagai keperluan operasi bermula daripada penghantaran pelabuhan jarak dekat kepada pengangkutan jarak jauh.

CATL TECTRANS - Edisi Bas ialah penyelesaian bateri termaju untuk pengangkutan penumpang jarak jauh, membawakan ketumpatan tenaga yang utama dalam industri iaitu 175Wj/kg, yang tertinggi untuk kimia LFP yang digunakan dalam aplikasi bas. Reka bentuk kompaknya menawarkan keupayaan jarak jauh dan penggunaan tenaga yang rendah, lantas meningkatkan kefleksibelan susun atur kenderaan. Sistem pengurusan terma termaju mengekalkan prestasi optimum merentas pelbagai iklim, mengurangkan perbezaan suhu dalaman sebanyak 50% dan menjamin jangka hayat panjang walaupun dalam keadaan yang melampau.

Pada bulan Julai tahun ini, CATL melancarkan penyelesaian trak ringannya di China, meluaskan portfolio TECTRANS untuk merangkumi rangkaian aplikasi kenderaan komersial yang lebih luas. Penyelesaian ini menawarkan ketumpatan tenaga yang dipertingkat dan keupayaan pengecasan pantas, lalu memenuhi keperluan unik penghantaran bandar dan logistik batu terakhir.

Akin Li, Presiden Eksekutif CATL Overseas Business, menonjolkan keandalan luar biasa bateri CATL dalam pelbagai persekitaran yang mencabar: "Bateri kami membuktikan keandalan dan prestasinya dalam keadaan yang melampau, bermula dengan beroperasi dalam suhu melebihi 45°C di Qatar dan Dubai hingga mampu bertahan suhu - 35°C di negara-negara Artik seperti Norway dan Sweden. Pelancaran Tectrans dan barisan produk menunjukkan komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk memacu peralihan tenaga melalui inovasi yang berterusan."

Teknologi canggih Memacu Pengelektrikan Kenderaan Komersial

Kebimbangan utama yang dihadapi oleh industri kenderaan komersial dalam peralihannya ke arah pengelektrikan ialah masa, kos dan jarak pengecasan semula. Tectrans bersedia untuk mencipta nilai lebih banyak pengangkutan komersial dengan menggabungkan beberapa teknologi termaju yang menyumbang kepada prestasi unggulnya dalam ketumpatan tenaga tinggi, keupayaan pengecasan yang pantas dan hayat kitaran yang dilanjutkan.

  • Untuk bas dan koc, menggunakan reka bentuk katod ketumpatan tenaga tinggi dan tekan tinggi pada tahap mikro meningkatkan ketumpatan tenaga dengan ketara, manakala pengedap berbentuk U dan inovasi struktur sudut draf sifar menghasilkan peningkatan 22% dalam ketumpatan tenaga volumetri dibandingkan dengan generasi sebelumnya.
  • Untuk bas dan koc juga, elektrolit membawakan reka bentuk molekul aditif rintis dan keupayaan pembentukan filem yang jitu, menghasilkan antara muka ultra-stabil dan meningkatkan hayat perkhidmatan sel dengan ketara.
  • Untuk edisi pengecasan super pantas TECTRANS - T, bagi menangani perbezaan suhu yang kompleks dalam pek bateri, sistem saluran aliran yang direka dengan teliti mencapai kawalan yang tepat ke atas pelbagai zon terma, mengurangkan separuh perbezaan suhu dalaman dengan jayanya.
  • Hayat perkhidmatan yang panjang untuk bateri trak tugas berat dicapai dalam pelbagai aspek. Permukaan bahan anod diubah suai untuk meningkatkan kereaktifan dan selanjutnya menyekat tindak balas sampingan, seraya memudahkan penghantaran ion litium dan mencapai lanjutan jangka hayat lebih 20% untuk bateri. Untuk bahan katod, CATL menyepadukan bahan aktif kestabilan struktur tinggi dengan bahan kaya litium, meningkatkan bukan sahaja ketumpatan tenaga bahkan kestabilan kitaran.

"Sebagai peneraju industri global, CATL komited untuk menerobos sempadan apa yang mungkin dicapai dalam pengangkutan elektrik," kata Akin Li, Presiden Eksekutif CATL Overseas Business. "TECTRANS ialah kemuncak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) kami yang meluas dan mewakili satu langkah ke hadapan yang penting dalam pengelektrikan kenderaan komersial. Kami teruja untuk mempamerkan teknologi ini di IAA Transportation dan mendemonstrasikan cara ia akan mempercepatkan peralihan global kepada pengangkutan mampan."

Pengelektrikan Mampan Pengangkutan Jalan Raya

Di IAA Transportation pada tahun ini, CATL mempamerkan pelbagai jenis sel dan pek yang disesuaikan untuk senario aplikasi yang berbeza, termasuk trak, bas, kapal dan jentera pembinaan.

Sambil menyediakan produk dan perkhidmatan yang selamat, andal dan kos efektif kepada pelanggan untuk menyokong cita-cita iklim global, CATL juga komited terhadap amalan mampan sepanjang kitaran hayat bateri. Ia beraspirasi untuk mencapai sifar bersih dalam operasi pembuatan bateri menjelang tahun 2025 dan dalam seluruh rantaian bekalan bateri menjelang tahun 2035. Pencapaian ini akan membantu mengurangkan lebih daripada 40% emisi sepanjang jangka hayat kenderaan elektrik. Setakat ini CATL mencapai keneutralan karbon di sembilan kilang.

Syarikat ini menubuhkan tujuh hab industri kitar semula utama di peringkat global, dengan subsidiarinya Brunp Recycling mencapai kadar pemulihan lebih 99.6% untuk nikel, kobalt serta mangan dan 91% untuk litium. Dengan kapasiti untuk memproses 270,000 tan bateri terpakai setiap tahun, CATL membuka laluan untuk bateri yang dibuat sepenuhnya daripada bahan kitar semula, mengurangkan dengan ketara keperluan untuk operasi perlombongan baharu.

Akin Li, Executive President of CATL Overseas Business
Akin Li, Executive President of CATL Overseas Business

 

Aleksej Krükov, Chief Engineer of CATL Overseas Business
Aleksej Krükov, Chief Engineer of CATL Overseas Business

 

CATL TECTRANS - Bus Edition
CATL TECTRANS - Bus Edition

 

CATL TECTRANS - T
CATL TECTRANS - T

 

CATL TECTRANS - L
CATL TECTRANS - L

 

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited (CATL)
Related Stocks:
Shenzhen:300750
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Transportation Trucking and Road Transportation New products/services Trade show news