omniture

Topikal, Pantas dan Mudah Digunakan: dpa Top News untuk Pelanggan Media di Asia

dpa Deutsche Presse-Agentur GmbH
2015-01-07 22:44 101

BERLIN, 7 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Memperkenalkan perkhidmatan baharu untuk pelanggan media di Asia: memanfaatkan rangkaian seluruh dunia koresponden luar negeri Agensi Berita Jerman, dpa kini menyediakan dpa top news dalam format multimedia. Produk tersebut terdiri daripada pakej berita dalam bahasa Inggeris lengkap dengan gambar dan infografik. Pasukan antarabangsa dpa menyatukan 30 item berita terhangat pada setiap hari dalam pakej yang dapat diimport oleh jabatan editorial dengan cepat dan lancar ke dalam sistem pengurusan kandungan mereka melalui API Feed. Atau anda dapat memuat turunnya dengan hanya satu klik tetikus.

"Salah satu kelebihan utama dpa top news adalah penyampaian dalam bentuk pakej berita selain tumpuannya terhadap isu utama setiap hari. Ini membolehkan pelanggan menggunakan dpa top news serta merta – contohnya dengan memasukkannya ke dalam laman sesawang. Penekanan sentiasa diberikan kepada topik dan kisah dengan kepentingan khusus kepada pengguna media di seluruh Asia. Kami juga membuat liputan meluas tentang hal ehwal semasa di Jerman dan negara-negara Eropah lain," kata Ketua Berita Luar Negeri dan Timbalan Ketua Pengarang dpa Michael Ludewig.

dpa top news meliputi spektrum yang luas, terdiri daripada politik antarabangsa sehingga kepada bola sepak dan sukan lain. Bahan berita dihasilkan oleh kakitangan di pusat berita yang beroperasi 24 jam sehari di dpa international di Berlin, Bangkok dan Washington D.C.

Jabatan editorial boleh melesenkan keseluruhan portfolio perkhidmatan dpa international melalui portal http://www.dpa-news.com. Mereka juga boleh menggunakan laman tersebut untuk menghubungi pasukan dpa secara terus. Sekiranya anda berminat melanggan dpa top news atau produk lain daripada dpa international sila berhubung dengan bahagian Pemasaran dan Jualan Antarabangsa dpa di Hamburg (Tel.: +49-40-411332310, emel: internationalsales@dpa.com). Anda juga boleh mengikuti dpa di Twitter: https://twitter.com/dpa_intl.

Agensi Berita Jerman dpa merupakan penyedia berita yang dipercayai, tepat dan bebas dengan kandungan digital serta multimedia untuk memperkasa media. Pelanggan dpa memperoleh manfaat daripada rangkaian global luas koresponden dan pengarang yang dikendalikan oleh agensi berita utama Jerman. Media cetak, stesen radio, penyedia komunikasi dalam talian dan mudah alih di lebih 100 buah negara bergantung pada kecemerlangan kewartawanan ini sepanjang masa. Para pelanggan dpa termasuk parlimen, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan selain perniagaan dan agensi perhubungan awam. Semuanya dapat memperoleh kandungan berita daripada rangkaian luas produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh kumpulan syarikat dpa. http://www.dpa.com

Maklumat perhubungan media
dpa Deutsche Presse-Agentur GmbH
Christian Rowekamp
Ketua Komunikasi Korporat
Tel.: +49-30-2852-31103
E-mel: roewekamp.christian[at]dpa.com

Sumber: dpa Deutsche Presse-Agentur GmbH

Source: dpa Deutsche Presse-Agentur GmbH
Related Links:
Keywords: Advertising Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service New products/services