BANGALORE, India, 12 Januari 2015 /PRNewswire/ --
Pertumbuhan hasil mata wang tetap suku tahun ketiga sebanyak 2.6% berbanding suku tahun sama tahun sebelumnya; 7.9% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya
Hasil yang dilaporkan berjumlah $ 2,218 juta; pertumbuhan sebanyak 0.8% berbanding suku tahun sama tahun sebelumnya; 5.6% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya
Margin pengendalian sebanyak 26.7%; peningkatan sebanyak 60 mata asas berbanding suku tahun sama tahun sebelumnya; 170 mata asas berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya
Untung bersih berjumlah $ 522 juta; pertumbuhan sebanyak 2.2% berbanding suku tahun sama tahun sebelumnya; 12.7% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya
Pertumbuhan jumlah sebanyak 4.2% berbanding suku tahun sama tahun sebelumnya (terbaik dalam tempoh tiga tahun); 11.0% berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya
Garis panduan hasil tahun kewangan 2015 dikekalkan pada 7%-9% mengikut kadar pertukaran mata wang pada 30 September
Sorotan Kewangan
Hasil terkumpul di bawah Piawaian Laporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) bagi suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2014
Suku tahun yang berakhir pada 31 Disember 2014
Sorotan Lain
"Kami teruja dengan beberapa hasil mengagumkan semasa suku tahun ketiga. Strategi "diperbaharui dan baharu" kami, mendapat sambutan baik daripada para pelanggan dan ekosistem kami dan kami sudah pun melihat penggunaan awalnya," kata Dr. Vishal Sikka, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan. "Berdasarkan prestasi kami yang kukuh, kami sedang menguatkan lagi usaha kami untuk mendalamkan lagi pelibatan kakitangan, ekosistem pelanggan dan mengukuhkan asas kami untuk pendidikan sambil kami membina syarikat perkhidmatan generasi seterusnya yang menginovasi untuk pertumbuhan tekal yang menguntungkan."
"Sewaktu suku tahun ini, kami melihat pertumbuhan jumlah yang menyeluruh, peningkatan penggunaan , dan penambahan pelanggan yang banyak," kata U. B. Pravin Rao, Ketua Pegawai Operasi. "Kami telah membuat 100% bayaran balik boleh ubah untuk suku tahun ketiga dan kami telah melihat penurunan lagi dalam penyusutan hasil daripada pelbagai inisiatif yang diambil dalam beberapa suku tahun sebelum ini."
"Pertumbuhan hasil kami yang berturutan dalam suku tahun ketiga menerima kesan buruk sehingga mencecah 1.8% berikutan peningkatan nilai USD mengatasi mata wang utama lain," kata Rajiv Bansal, Ketua Pegawai Kewangan. "Kami telah membuat pelaburan yang diperlukan, dengan mengambil kira keutamaan jangka pendek dan aspirasi jangka masa panjang."
Sorotan Perniagaan
Sewaktu suku tahun ini, kami telah merancang dan melaksanakan secara aktif unsur yang diperlukan untuk merealisasikan strategi kami untuk memperbaharui teras dan menginovasi ke dalam sempadan baharu, berdasarkan budaya pembelajaran dan kreativiti.
Kami melihat tarikan dan penerimaan yang kuat bagi strategi kami bersama para pelanggan, ketika kami terus melabur dalam perkongsian strategik, pendidikan, dan automasi.
Dana Inovasi
Syarikat itu telah menambah lagi dana inovasinya daripada nilai semasa $ 100 juta menjadi $ 500 juta bagi menyokong ciptaan ekosistem rakan kongsi strategik global. Modal itu akan digunakan untuk melabur ke dalam syarikat baharu seluruh dunia yang menginovasi dalam bidang seperti AI, Automasi, Internet Perkara, Kolaborasi, dan Rekaan.
Anugerah dan Pengiktirafan
Melangkaui Perniagaan
Infosys telah menguntukkan INR 254 karor ($ 40 juta) untuk tahun kewangan 2015 bagi Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang sebahagian besarnya dijalankan melalui Yayasan Infosys, cabang amal mereka. Infosys dan anak syarikatnya menderma $ 10 juta dan $ 31 juta kepada Yayasan Infosys serta Spark-IT masing-masing untuk suku tahun dan sembilan bulan yang berakhir pada 31 Disember 2014.
Yayasan Infosys terlibat dalam beberapa program yang bertujuan untuk mengurangkan kebuluran, menggalakkan pendidikan, meningkatkan kesihatan, membantu pembangunan luar bandar, menyokong bidang seni, dan membantu fakir miskin. Spark-IT merupakan program tiga bulan yang dilancarkan oleh Yayasan itu, bagi mempertingkat tahap kemahiran lulusan kejuruteraan yang menganggur di negara itu. Ia telah menguntukkan INR 20 karor ($ 3 juta) untuk program ini, yang akan membantu melatih 3,000 lulusan dalam tahun fiskal 2015.
Sewaktu suku tahun itu, Infosys menderma $ 2 juta kepada Institute for Advanced Study (IAS) untuk mewujudkan Dana Infosys yang akan digunakan bagi menyokong saintis jemputan dan cendekiawan memajukan penyelidikan mereka di institut terkenal seluruh dunia di Princeton, New Jersey itu. Melalui dana ini, setiap tahun, dua cendekiawan daripada empat Fakulti di Institut itu akan menerima sokongan yang berkaitan dengan semua aspek pelantikan akademik dan kehidupan komuniti yang merupakan aspek unik serta asas penting bagi pengalaman di Institute for Advanced Study itu.
Suku tahun ini, Infosys memperbanyak aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) mereka dalam negara-negara Benua Amerika melalui cabang amal mereka, Yayasan Infosys, Amerika Syarikat. Ia akan menumpukan kepada usaha menjadikan pendidikan sains komputer berkualiti disediakan dengan meluas dan mudah diakses merentasi komuniti di negara-negara Benua Amerika. Syarikat itu juga turut mengumumkan pelantikan Puan Sudha Murty, Puan Vandana Sikka dan Encik Sandeep Dadlani sebagai pemegang amanah Yayasan Infosys Amerika Syarikat. Perbelanjaan asal untuk Yayasan Infosys, Amerika Syarikat, adalah $ 5 juta setahun.
Perubahan dalam pengurusan
Syarikat itu mengumumkan Encik Parvatheesam Kanchinadham, Ketua Pegawai Risiko & Pematuhan serta Setiausaha Syarikat, akan meninggalkan syarikat berkuat kuasa 10 Januari 2015. Encik Parvatheesam telah bersama syarikat itu selama 12 tahun lepas dan telah menyumbang dalam pelbagai bidang. Syarikat mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas sumbangan beliau.
Encik David Kennedy, Ketua Peguam, akan mengambil alih peranan Ketua Pegawai Pematuhan. Encik Manikantha A.G.S., akan menjadi Setiausaha Syarikat sementara.
Latar Belakang Infosys Ltd
Infosys merupakan peneraju global dalam khidmat rundingan, teknologi, khidmat luar, dan perkhidmatan generasi seterusnya. Kami membolehkan pelanggan, yang berada di lebih 50 buah negara, kekal selangkah ke hadapan dalam trend perniagaan baharu dan mengatasi prestasi pesaing. Kami membantu mereka berubah dan berjaya dalam dunia yang sedang berubah dengan mencipta secara bersama penyelesaian terkini yang menggabungkan maklumat strategik dengan kecemerlangan pelaksanaan.
Lawati http://www.infosys.com untuk melihat bagaimana Infosys (NYSE: INFY), dengan hasil tahunan sebanyak US$ 8.25 bilion dan lebih 165,000 kakitangan membantu perusahaan memperbaharui syarikat mereka sambil turut mencipta saluran baharu bagi menjana nilai.
Perlindungan Selamat
Beberapa kenyataan dalam siaran akhbar ini berkenaan prospek pertumbuhan masa hadapan kami adalah kenyataan pandang ke hadapan berkenaan jangkaan perniagaan masa hadapan kami yang bertujuan untuk melayakkannya sebagai 'perlindungan selamat' di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Swasta 1995, yang melibatkan beberapa risiko dan ketidakpastian yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada seperti yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan itu. Risiko dan ketidakpastian yang berkaitan dengan kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, risiko dan ketidakpastian berkenaan ketidakstabilan dalam pendapatan, turun naik dalam kadar tukaran asing, kemampuan kami untuk mengurus pertumbuhan, persaingan sengit dalam perkhidmatan IT termasuk faktor-faktor yang mungkin akan memberi kesan kepada kelebihan kos kami, peningkatan upah di India, kemampuan kami untuk menarik dan mengekalkan para profesional berkepakaran tinggi, masa dan kos berlebihan pada kontrak kerangka dengan harga dan masa tetap, kepadatan pelanggan, kekangan imigrasi, kepadatan segmen industri, kemampuan kami untuk menguruskan operasi antarabangsa kami, pengurangan permintaan untuk teknologi dalam bidang tumpuan penting kami, gangguan dalam rangkaian telekomunikasi atau kegagalan sistem, kebolehan kami untuk melengkapkan dan menyepadukan pemerolehan berpotensi dengan berjaya, liabiliti untuk kerosakan atas kontrak perkhidmatan kami, kejayaan syarikat-syarikat yang menerima pelaburan strategik Infosys, penarikan atau penamatan insentif fiskal kerajaan, ketidakstabilan politik dan konflik wilayah, larangan sah dalam pengumpulan modal atau membeli syarikat di luar India dan penggunaan harta intelek kami yang tidak diluluskan, dan keadaan ekonomi biasa yang memberi kesan pada industri kami. Risiko-risiko tambahan yang mungkin boleh memberi kesan terhadap hasil pengendalian kami pada masa hadapan digambarkan dengan lebih terperinci dalam pemfailan kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat termasuk Laporan Tahunan kami pada Borang 20-F untuk tahun fiskal berakhir 31 Mac 2014 serta pada Borang 6-K untuk suku tahun berakhir 30 Jun 2014 dan 30 September 2014. Pemfailan ini boleh didapati di http://www.sec.gov. Dari masa ke masa, Infosys mungkin akan membuat kenyataan pandang ke hadapan tambahan secara bertulis dan lisan, termasuk kenyataan yang terkandung dalam pemfailan syarikat ini dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa serta laporan kami untuk pemegang saham. Tambahan lagi, sila ambil maklum tarikh iklan ini adalah 9 Januari 2015, dan sebarang kenyataan pandang ke hadapan yang terkandung dalam ini adalah berdasarkan andaian yang kami percaya adalah berpatutan setakat tarikh ini. Syarikat ini tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini mana-mana kenyataan pandang ke hadapan yang mungkin akan dibuat oleh syarikat atau wakil syarikat dari masa ke masa melainkan jika diperlukan oleh undang-undang.
Infosys Limited dan anak syarikat |
||
Kunci Kira-kira Terkumpul Ringkas Sementara Tidak Diaudit Setakat |
||
(Dalam juta dolar kecuali data saham ekuiti) |
||
31 Disember 2014 |
31 Mac 2014 |
|
ASET |
||
Aset semasa |
||
Tunai dan kesamaan tunai |
5,080 |
4,331 |
Aset kewangan sedia untuk dijual |
239 |
367 |
Pelaburan dalam sijil deposit |
- |
143 |
Kebolehterimaan daganga |
1,437 |
1,394 |
Hasil belum dibil |
465 |
469 |
Prabayaran dan aset semasa lain |
438 |
440 |
Alat kewangan terbitan |
5 |
36 |
Jumlah aset semasa |
7,664 |
7,180 |
Aset bukan semasa |
||
Harta tanah, loji dan peralatan |
1,385 |
1,316 |
Muhibah |
330 |
360 |
Aset tidak ketara |
45 |
57 |
Aset kewangan sedia untuk dijual |
214 |
208 |
Aset cukai pendapatan tertangguh |
99 |
110 |
Aset cukai pendapatan |
253 |
254 |
Aset bukan semasa lain |
38 |
37 |
Jumlah aset bukan semasa |
2,364 |
2,342 |
Jumlah aset |
10,028 |
9,522 |
LIABILITI DAN EKUITI |
||
Liabiliti semasa |
||
Kebolehterimaan dagangan |
28 |
29 |
Alat Kewangan Terbitan |
5 |
- |
Liabiliti cukai pendapatan semasa |
421 |
365 |
Deposit pelanggan |
4 |
6 |
Hasil tidak terperoleh |
139 |
110 |
Kewajipan faedah kakitangan |
165 |
159 |
Peruntukan |
71 |
63 |
Liabiliti semasa lain |
962 |
792 |
Jumlah liabiliti semasa |
1,795 |
1,524 |
Liabiliti bukan semasa |
||
Liabiliti cukai pendapatan tertangguh |
8 |
11 |
Liabiliti bukan semasa lain |
10 |
54 |
Jumlah liabiliti |
1,813 |
1,589 |
Ekuiti |
||
Modal saham- INR 5 ($0.16) nilai tara 1,200,000,000 (600,000,000) saham ekuiti diluluskan, dikeluarkan dan diterbitkan 1,142,805,132 (571,402,566), nilai bersih 5,667,200 (2,833,600) saham perbendaharaan setakat 31 Disember 2014 (31 Mac 2014), masing-masing |
109 |
64 |
Saham premium |
659 |
704 |
Perolehan dikekalkan |
9,592 |
8,892 |
Komponen ekuiti lain |
(2,145) |
(1,727) |
Jumlah ekuiti usaha pemegang ekuiti syarikat |
8,215 |
7,933 |
Kepentingan bukan mengawal |
- |
- |
Jumlah ekuiti |
8,215 |
7,933 |
Jumlah liabiliti dan ekuiti |
10,028 |
9,522 |
Infosys Limited dan anak syarikat |
||||
Penyata Pendapatan Lengkap Terkumpul Ringkas Sementara yang Tidak Diaudit |
||||
(Dalam juta dolar kecuali saham dan data saham per ekuiti) |
||||
Tiga bulan |
Tiga bulan |
Sembilan bulan |
Sembilan bulan |
|
berakhir |
berakhir |
berakhir |
berakhir |
|
31 Disember |
31 Disember |
31 Disember |
31 Disember |
|
2014 |
2013 |
2014 |
2013 |
|
Hasil |
2,218 |
2,100 |
6,552 |
6,157 |
Kos jualan |
1,360 |
1,341 |
4,057 |
3,974 |
Untung kasar |
858 |
759 |
2,495 |
2,183 |
Perbelanjaan pengendalian: |
||||
Perbelanjaan jualan dan pemasaran |
124 |
104 |
362 |
327 |
Perbelanjaan pentadbiran |
142 |
129 |
430 |
411 |
Jumlah perbelanjaan pengendalian |
266 |
233 |
792 |
738 |
Untung pengendalian |
592 |
526 |
1,703 |
1,445 |
Pendapatan lain, bersih |
136 |
117 |
419 |
301 |
Untung sebelum cukai pendapatan |
728 |
643 |
2,122 |
1,746 |
Perbelanjaan cukai pendapatan |
206 |
180 |
607 |
482 |
Untung bersih |
522 |
463 |
1,515 |
1,264 |
Pendapatan menyeluruh lain |
||||
Item yang tidak akan diklasifikasikan semula sebagai keuntungan atau kerugian: |
||||
Pengukuran semula liabiliti faedah/(aset) yang ditakrif bersih net |
(2) |
4 |
(6) |
10 |
Item yang kemudiannya akan diklasifikasikan semula sebagai keuntungan atau kerugian: |
||||
Perubahan nilai adil untuk aset kewangan sedia untuk dijual |
8 |
(10) |
16 |
(14) |
Perbezaan pertukaran untuk terjemahan pengendalian asing |
(169) |
91 |
(428) |
(844) |
Jumlah pendapatan menyeluruh lain, bersih daripada cukai pendapatan |
(163) |
85 |
(418) |
(848) |
Jumlah pendapatan menyeluruh |
359 |
548 |
1,097 |
416 |
Keuntungan daripada usaha: |
||||
Pemilik syarikat |
522 |
463 |
1,515 |
1,264 |
Kepentingan bukan mengawal |
- |
- |
- |
- |
522 |
463 |
1,515 |
1,264 |
|
Jumlah pendapatan menyeluruh usaha: |
||||
Pemilik syarikat |
359 |
548 |
1,097 |
416 |
Kepentingan bukan mengawal |
- |
- |
- |
- |
359 |
548 |
1,097 |
416 |
|
Perolehan per saham ekuiti |
||||
Asas ($) |
0.46 |
0.41 |
1.33 |
1.11 |
Dicairkan ($) |
0.46 |
0.41 |
1.33 |
1.11 |
Saham ekuiti purata wajaran yang digunakan dalam menghitung pendapatan per saham ekuiti |
||||
Asas |
1,142,805,132 |
1,142,805,132 |
1,142,805,132 |
1,142,805,132 |
Dicairkan |
1,142,827,396 |
1,142,805,132 |
1,142,815,423 |
1,142,805,132 |
NOTA:
Siaran Akhbar IFRS-INR: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/PIV724094InfosysIFRSINRPressRelease.pdf
Lembar Fakta: http://multivu.prnewswire.com/prnehost/PIV724094InfosysFactSheet.pdf
Individu untuk Dihubungi
Hubungan Pelabur
Sandeep Mahindroo
+91-80-3980-1018
Sandeep_Mahindroo@infosys.com
Maklumat Perhubungan Media
Sarah Vanita Gideon, India
+91-80-4156-3373
Sarah_Gideon@Infosys.com
John Gallagher
Brunswick Group untuk Infosys, Amerika Syarikat
+1-415-316-8060
jgallagher@brunswickgroup.com