omniture

Ramco definisikan Semula 'Pengkomputeran Inklusif' dengan Khidmat Layan Diri Kakitangan Berasaskan SMS

Ramco Systems
2015-01-12 21:30 256

CHENNAI, India, 12 Januari 2015 /PRNewswire/ --

Membawakan kuasa Perisian Perusahaan kepada khalayak

Setelah merevolusikan pasaran perisian Pengurusan Modal Insan dengan Sistem Pengurusan Kehadiran berasaskan NFC dan GPS, Ramco Systems mengumumkan pelancaran Khidmat Layan Diri Kakitangan (ESS) berasaskan SMS. Direka dan dibangunkan sebagai sebahagian penawaran Mobility Ramco, ciri baharu ini akan membantu pengguna ESS HCM Ramco memohon cuti, mengajukan pertanyaan dan melaksanakan urus niaga, semuanya melalui mesej teks.  Organisasi pula dapat menggunakan ciri ini untuk menghantar komunikasi ke seluruh syarikat melalui SMS.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/English/7414551-ramco-inclusive-computing-sms/

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150112/724017)

Ciri ini telah dilancarkan di sebuah syarikat Fortune 10 AS bagi operasinya di India yang mempunyai lebih 16000 kakitangan. Pengguna ESS Ramco kini akan dapat melakukan urus niaga dan mengajukan pertanyaan standard tanpa perlu memuat turun APP atau membuat sambungan Internet.

Dengan ciri ESS berasaskan SMS, Ramco menyasarkan untuk menangani keperluan organisasi dengan tenaga kerja yang tersebar luas atau tempat kerja berkeselamatan tinggi (seperti BPO, Kilang, unit Penyelidikan dan Pembangunan) yang menyekat penggunaan telefon pintar dalam premis pejabat.

Bercakap tentang penawaran yang baru dilancarkan itu, En. Virender Aggarwal, Ketua Pegawai Eksekutif, Ramco Systems, berkata, "Dengan penyelesaian Mobility Ramco, para pelanggan kami memanfaatkan faedah mengakses HCM Ramco pada telefon pintar mereka. Kami mendapati seksyen besar pengguna ESS yang tidak memanfaatkan aplikasi mudah alih kerana ia memerlukan akses internet pada telefon. Bagi meringkaskan pengalaman pengguna dan benar-benar memberikan pengalaman mudah alih kepada setiap pengguna, kami telah melancarkan ciri ESS berdasarkan kod singkat. Dengan mudah alih mendefinisikan semula cara kita berinteraksi, kami yakin ciri baharu ini akan mendapat penerimaan yang baik daripada kedua-dua pelanggan baharu dan sedia ada. Ini, secara ringkasnya, merupakan langkah pertama terhadap membina perisian perusahaan 'inklusif'."

HCM Ramco merupakan penyelesain Pengurusan Bakat & Sumber Manusia yang komprehensif dengan Senarai Gaji berbilang negara yang disediakan dalam awan selain di premis. Sejak pelancaran global perisian pengurusan sumber manusia berasaskan awannya, Ramco telah menambah secara purata satu pelanggan seminggu, menjadikan jumlah keseluruhan kepada lebih 350 termasuk syarikat ulung Fortune 100 dan jenama multinasional di seluruh dunia.

Latar Belakang Ramco Systems

Ramco Systems merupakan sebahagian daripada konglomerat pelbagai USD 1 Bilion, antara syarikat Ramco Group. Ramco Systems merupakan sebuah syarikat perisian perusahaan awan yang membangun yang menumpukan untuk menyediakan perisian perusahaan berbilang pengguna kepada korporat dalam bidang HCM, ERP dan M&E MRO dengan falsafah Mudah Alih didahulukan dan enjin Perancangan dan Pengoptimuman berasaskan In-memory. Di Ramco, kami memahami fungsi sahaja tidak membantu produk untuk berjaya dalam pasaran hari ini yang sesak. Dengan memberi kepentingan utama terhadap kebolehgunaan, Ramco telah merangka falsafah produk MUSIC – akronim bagi Mobility, User Interface, Social, In-Memory and Context-aware applications (Mobiliti, Antara Muka Pengguna, Sosial, Dalam-Memori, dan aplikasi Konteks-sedar). Secara global, Ramco mempunyai lebih 150,000 pengguna daripada lebih 1000 organisasi pelanggan. Beribu pejabat di Chennai (India), syarikat itu mempunyai 20 pejabat di seluruh India, Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Australia, Timur Tengah, Afrika Selatan dan APAC.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.ramco.com

Ikuti Ramco di Twitter @ramcosystems/ baca berita terkini di http://www.ramco.com/blog

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Vinitha Ramani
+91-9840368048
vinitharamani@ramco.com

SUMBER  Ramco

Source: Ramco Systems
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources New products/services