omniture

ULED & OLED - TV China dan Korea Bersaing dalam Teknologi Paparan di CES

Hisense
2015-01-13 10:21 139

QINGDAO, China, 13 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Di CES 2015, satu "pertembungan" berlaku antara TV ULED, diwakili oleh China Hisense, dan OLED, jenama-jenama Korea seperti Samsung serta LG, yang menandakan persaingan dalam paparan sedang hangat berlaku.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150108/167731

Hisense melancarkan generasi baharu teknologi ULED sebagai ayam tambatannya, sementara penawaran utama jenama Korea seperti Samsung dan LG adalah 4K dan OLED melengkung, dengan kedua-dua pihak mempunyai serangan dan pertahanan sendiri. Ketiga-tiga syarikat ini juga mungkin menjadi tiga pemain utama dalam pasaran global 2015.

Sejak TV mengalu-alukan era panel rata, teknologi telah menjalani kemajuan yang perlahan, dan inovasi dalam teknologi paparan serta persaingan pasaran telah menjadi semakin sengit. Bagi satu pihak, produk OLED dengan kelebihannya daripada segi ketipisan, keringanan, iluminasi kendiri dan gamut warna asli, diwakili oleh Samsung dan LG, pernah menjadi tumpuan persaingan bagi pengeluar TV, tetapi penyelidikan teknologi selama beberapa tahun lalu belum mampu mengatasi kekurangan daripada segi jangka hayat pendek, kos tinggi dan kesukaran dalam pengeluaran secara besar-besaran. Berbeza dengan dua syarikat ini, teknologi ULED Hisense lebih mendalam dalam genrenya. Produk ini telah dilancarkan tahun lalu, disokong oleh teknologi peningkatan imej TV LCD dengan pencahayaan belakang LED yang dibangunkan sendiri oleh Hisense, yang dapat bersaing dengan OLED daripada segi kontras, penjanaan warna, tindak balas pantas namun lebih mampu milik. Produk G2 ULED yang dipamerkan di pameran ini diberikan ciri-ciri baharu seperti permukaan melengkung, titik kuantum berasaskan yang asal, menjadikan kualiti imej dan kesan prestasi setanding dua jenama lain tersebut.

Pengguna di seluruh dunia akan menerima manfaat daripada persaingan yang semakin sengit antara perusahaan ini.

Source: Hisense
Keywords: Computer Hardware Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Trade show news