omniture

Signature Group Holdings Memuktamadkan Tawaran Nota Kanan Bercagar Bernilai $305 Juta

Signature Group Holdings, Inc.
2015-01-13 18:45 83

SHERMAN OAKS, California, 13 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Signature Group Holdings, Inc. ("Signature") (OTCQX: SGGH) mengumumkan anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, SGH Escrow Corporation, telah memuktamadkan tawaran persendirian yang telah diumumkan sebelum ini bagi 10% Nota Kanan Bercagar dibayar pada 2019 ("Nota").

Nota itu terdiri daripada jumlah agregat prinsipal sebanyak $305 juta, dan dikeluarkan pada harga 97.206%, memberikan hasil kasar sebanyak kira-kira $296.5 juta. Hasil bersih daripada Nota itu akan dipegang dalam eskrow sehingga penyempurnaan pengambilalihan tertangguh oleh anak syarikat milik penuh tidak langsung, Signature Real Alloy Holding, Inc., untuk kepentingan ekuiti bagi entiti tertentu, yang mana bersama anak syarikatnya, membentuk perniagaan aloi kitar semula dan tentuan global Aleris Corporation ("GRSA"). Nota itu telah diberi penarafan B3 dan B masing-masing oleh Moody's dan S&P, dan pengeluar korporat B2 dan B, masing-masing. Perolehan kepada pengeluar untuk Nota itu ialah 10 7/8%.

Siaran berita ini dikeluarkan menurut Peraturan 135c dalam Akta Sekuriti, dan tidak boleh dianggap sebagai tawaran untuk menjual atau tarikan tawaran untuk membeli sebarang sekuriti, dan sebarang jualan sekuriti tidak dibenarkan dalam mana-mana negeri atau bidang kuasa yang mana tawaran, tarikan tawaran, atau jualan seperti itu adalah salah di sisi undang-undang sebelum didaftarkan atau dilayakkan di bawah undang-undang sekuriti bagi negeri atau bidang kuasa tersebut.

Latar Belakang Signature Group Holdings, Inc. 

Signature merupakan syarikat pegangan yang berpusat di Amerika Utara yang ingin melabur modalnya dalam perniagaan besar, terurus, dan berkeuntungan tekal yang tertumpu khususnya dalam pasaran perindustrian dan komersial Amerika Syarikat. Signature mempunyai sumber modal yang signifikan, dan kerugian cukai yang dibawa ke hadapan operasi bersih persekutuan sebanyak lebih $900 juta. Untuk maklumat lanjut tentang Signature, lawati laman sesawang korporatnya di www.signaturegroupholdings.com.

Kenyataan Peringatan Berkenaan Kenyataan Pandang ke Hadapan 

Siaran ini mengandungi kenyataan pandang ke hadapan, yang dibuat berdasarkan jangkaan, anggaran, dan unjuran semasa kami, tentang perniagaan dan prospek perniagaan Signature serta GRSA, dan juga kepercayaan pihak pengurusan, dan sesetengah andaian yang dibuat oleh pihak pengurusan. Perkataan seperti "menjangka", "mengharap", "berniat", "merancang", "percaya", "ingin", "menganggar", "mungkin", "patut", "akan" dan perkataan lain yang mirip maksud ini adalah untuk mengenal pasti kenyataan pandang ke hadapan. Kenyataan seperti itu hanya benar pada tarikh tersebut dan tertakluk kepada perubahan. Signature tidak bertanggungjawab untuk menyemak semula atau mengemas kini secara umum sebarang kenyataan pandang ke hadapan untuk sebarang sebab. Kenyataan ini termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, kenyataan tentang strategi perluasan dan perniagaan Signature serta GRSA; kebolehan Signature untuk memenuhi syarat pengambilalihan GRSA dan pembiayaan berkaitan, dan akhirnya untuk memuktamadkan pengambilalihan GRSA; peluang pertumbuhan dijangka; usaha pengumpulan modal yang diperlukan bagi mencapai strategi berikut, serta prestasi, pertumbuhan, hasil pengendalian, keadaan kewangan, dan prospek masa hadapan. Kenyataan berikut tidak menjamin prestasi masa hadapan dan tertakluk kepada sesetengah risiko, ketidakpastian, dan andaian yang sukar diramal. Oleh itu, keputusan sebenar mungkin akan berbeza banyak dan berlawanan daripada yang dinyatakan dalam kenyataan pandang ke hadapan tersebut akibat pelbagai faktor. Faktor penting yang mungkin menyebabkan perbezaan berikut termasuklah, tetapi tidak terhad kepada kemampuan Signature untuk mengenal pasti, memuktamadkan, dan menyepadukan pengambilalihan GRSA dan/atau perniagaan lain dengan jayanya; perubahan dalam perniagaan atau keadaan pasaran lain; kesukaran mengekalkan pertumbuhan perbelanjaan pada peringkat sederhana sambil meningkatkan hasil; kemampuan Signature untuk berjaya bertahan daripada hal litigasi semasa dan baharu; serta permintaan bank pelaburan terhadap tuntutan pertahanan, perlindungan, dan sumbangan; mendapatkan faedah yang dijangka daripada pemerbadanan semula; kemampuan Signature untuk mengakses dan merealisasikan nilai daripada kerugian cukai yang dibawa ke hadapan operasi bersih persekutuan; serta risiko lain yang akan diperincikan dari masa ke masa dalam pemfailan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Signature, termasuk tetapi tidak terhad kepada Laporan Tahunan yang baru sahaja difailkan pada Borang 10-K serta laporan susulan yang difailkan pada Borang 10-Q dan 8-K.

Maklumat Perhubungan Akhbar:
Dan Wilson, Ogilvy Public Relations
+1(212)880-5346
dan.wilson@ogilvy.com

Source: Signature Group Holdings, Inc.
Related Stocks:
OTC:SGGH
Keywords: Banking/Financial Service Acquisitions, mergers, takeovers Offerings