omniture

Huawei Menang Anugerah "Kes Penggunaan Pengangkut Optik Paling Inovatif" di Network X NGON 2024

HUAWEI TECHNOLOGIES CO., LTD
2024-10-11 15:47 26

PARIS, 11 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Huawei memenangi anugerah "Kes Penggunaan Pengangkut Optik Paling Inovatif" di Network X 2024, yang turut dikenali sebagai Rangkaian Optik Generasi-Seterusnya (NGON) 2024, yang diadakan di Paris, Perancis. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf vendor peranti yang menyediakan penyelesaian yang paling inovatif dan mencipta nilai kewangan baharu untuk pembawa. Huawei membantu pembawa global membina rangkaian tulang belakang kos/bit optimum berorientasikan-DC dengan penyelesaian 400G/800G yang inovatif, termasuk tulang belakang 400G yang terbesar di dunia. Ia merupakan bukti pengiktirafan dalam industri terhadap inovasi Huawei dalam bidang pengangkut optik, seperti kelajuan ultra-tinggi, spektrum ultra-luas, OXC pensuisan semua-optik dan keupayaan algoritma.

"Most Innovative Optical Transport Use Case" Award
"Most Innovative Optical Transport Use Case" Award

Huawei komited kepada bidang optik selama bertahun-tahun dan memenangi bahagian pasaran terbesar dalam pasaran komunikasi optik selama 16 tahun berturut-turut. Semasa NGON 2024, Huawei mencadangkan seni bina rangkaian sasaran penghantaran premium semua-optik untuk era pintar dan mendemonstrasikan satu siri penyelesaian inovatif untuk membantu pembawa membina keupayaan rangkaian seperti akses premium merata, kependaman 1 ms dan keandalan 99.9999%. Penyelesaian ini menyediakan pengalaman premium dengan pelbagai aplikasi pintar dan membolehkan pembawa merebut peluang baharu untuk ketersambungan berketentuan dalam era pintar.

Dari segi kelajuan ultra-tinggi, Huawei mempamerkan modul koheren 1.6T, yang dapat memenuhi keperluan komersial saling sambungan DC berkapasiti besar dalam rangkaian metro. Dari segi spektrum ultra-luas, Huawei memperluas keupayaan integrasi kepada papan OTU berdasarkan WSS bersepadu jalur-C+L yang digunakan secara komersial pada tahun lalu. Ini meningkatkan lagi integrasi sistem jalur-C+L dan mengurangkan penggunaan kuasa serta jejak peranti. Dari segi pensuisan semua-optik, Huawei melancarkan papan pensuisan optik berbilang darjah yang berorientasikan kepada senario akses metro bagi mencapai penggunaan rangkaian akses metro dalam semua senario. Dari segi keupayaan lunak sistem, penyelesaian Hybrid ASON yang inovatif daripada Huawei melaksanakan sinergi optik-elektrik untuk pelbagai penghalaan semula, menyediakan perlindungan berkesan kos terhadap pelbagai pemotongan gentian dan memastikan keandalan rangkaian sebanyak 99.9999%. Bagi pengurusan dan kawalan rangkaian optik, Huawei mempromosikan secara aktif perumusan standard untuk rangkaian optik autonomi dan melancarkan ciri-ciri inovatif seperti jaminan kesihatan rangkaian optik, pengesanan kabel-bersama pintar dan mampatan penggera pintar. Kesemua ini membolehkan O&M yang proaktif dan meningkatkan kecekapan secara mendadak.

Tambahan pula, penyelesaian talian persendirian premium OTN Huawei digunakan secara komersial oleh berpuluh-puluh pembawa di serata dunia bagi meningkatkan hasil. Tahun ini, Huawei melancarkan penyelesaian OTN P2MP berdasarkan rangkaian peranti-OTN-tunggal, bagi membantu pembawa membina talian persendirian OTN yang lebih inklusif dan menyediakan akses premium merata untuk penaiktarafan industri pintar.

Era pintar membawa peluang baharu kepada pembawa. Huawei akan terus membantu pembawa membina rangkaian premium semua-optik untuk kecerdasan berdasarkan teknologi dan juga perniagaan, menyediakan jaminan rangkaian yang lebih stabil dan cekap untuk aplikasi pintar serta menggalakkan aplikasi teknologi AI yang luas, seterusnya merebut peluang dalam era pintar bersama-sama.

Source: HUAWEI TECHNOLOGIES CO., LTD
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Awards