omniture

Air China Bakal Memulakan Khidmat Laluan Chengdu-Colombo Pada Februari

Terbang ke Dunia Penuh Keajaiban
Air China
2015-01-14 12:27 99

BEIJING, 14 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Air China bakal memulakan laluan tanpa henti dari Chengdu ke Colombo, ibu negara Sri Lanka, pada 10 Februari 2015, bagi memberikan pelancong akses mudah ke dunia tropika romantik penuh keajaiban.

Air China bakal mengendalikan laluan Chengdu-Colombo CA425/6 dengan kapal terbang Airbus 330. Empat penerbangan seminggu akan ditawarkan pada hari Selasa, Khamis, Sabtu, dan Ahad. Penerbangan keluar akan berlepas dari Chengdu pada pukul 18:30 waktu Beijing dan akan tiba di Colombo pada pukul 21:50 waktu tempatan. Penerbangan masuk pula berlepas dari Colombo pada pukul 23:10 waktu tempatan dan tiba di Chengdu pada pukul 06:40 hari kedua. Laluan tanpa henti baharu ini akan menjadi laluan keempat Air China ke Asia Tenggara selepas pelancaran laluan ke Kathmandu, Mumbai dan Bangalore oleh syarikat penerbangan itu. Ia bakal menyingkirkan kesukaran para pelancong dari barat daya China dan Sri Lanka untuk mengambil penerbangan sambungan di bandar Beijing, Shanghai, Hong Kong, Bangkok dan Singapura, sekali gus mengurangkan tempoh perjalanan daripada 10 jam menjadi 5.5. jam sahaja.

Air China bakal memperkenalkan pelbagai perkhidmatan dalam perjalanan itu. Penumpang Kelas Pertama/Kelas Perniagaan yang terbang ke Colombo dari Chengdu layak menerima penghantaran dengan pemandu dari lapangan terbang ke pusat bandar di Chengdu; penumpang yang membuat penerbangan sambungan di Chengdu dalam masa 24 jam layak menikmati penginapan hotel percuma dan penghantaran percuma antara hotel dan lapangan terbang; penumpang Kelas Pertama/Kelas Perniagaan dalam segmen penerbangan antarabangsa dengan penerbangan sambungan di Chengdu layak menikmati penginapan percuma dalam hotel lima bintang.

Sudah berkurun lamanya China dan Sri Lanka mempunyai hubungan yang baik. Sejak kebelakangan ini, hubungan antara kedua-dua negara itu dilihat berkembang dengan sangat pantas. Kini, China adalah rakan kongsi perdagangan ketiga terbesar bagi Sri Lanka, dan semakin ramai pelancong China melawat Sri Lanka. Statistik tahun 2013 mendapati China telah menjadi sumber pelancong terbesar negara itu di Asia Timur. Pertukaran mesra dan kerjasama antara daerah Sichuan dan Sri Lanka telah berkembang dengan pesat. Kini, Sri Lanka telah membuka konsulatnya di Chengdu, dan kerjasama antara Sichuan serta Sri Lanka dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelaburan, pendidikan, dan pelancongan sudah menjadi semakin rapat. Laluan baharu ini akan memudahkan lagi pertukaran antara dua rantau ini.

Sri Lanka berbangga dengan sejarahnya yang lama serta sumber pelancongan bertaraf dunia. Tujuh daripada tapak bersejarahnya telah dinamakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Empat taman negaranya yang berusia 2,300 tahun sangat dikenali di seluruh dunia. Zoo dan taman botani boleh didapati di mana-mana. Sri Lanka layak mendapat reputasi sebagai "Pulau Permata" kerana ia adalah lombong batu permata berharga terbesar di dunia. Pantai timurnya, yang digelar sebagai "Pantai Emas", membangkitkan kekaguman dengan air biru jernihnya dan spesies ikan laut dalam, amat sesuai sekali bagi penggemar peluncuran, renang, selam, dan pemancingan laut dalam.

Laluan Chengdu-Colombo adalah yang pertama seumpamanya yang menghubungkan kedua-dua bandar itu dan mewakili salah satu daripada langkah penting Air China untuk menjadikan Chengdu sebagai hab pengendaliannya. Ia akan mengukuhkan lagi kedudukan Chengdu sebagai pusat lalu lintas Asia Selatan, dan merupakan sebahagian daripada usaha Air China untuk menjadikan Chengdu sebagai hab antarabangsa untuk penerbangan komersial.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20141017/0861407509LOGO

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel New products/services