omniture

Julung Kali di Dunia di Institut Jantung Montreal - Penemuan terapi diperibadikan untuk penyakit kardiovaskular

Fondation de l'Institut de Cardiologie de Montreal
2015-01-14 13:16 95

-- Pengurangan penting dalam kejadian termasuk serangan jantung dan kematian pesakit dengan latar belakang genetik bersesuaian untuk bertindak balas kepada ubat baharu

MONTREAL, 14 Januari 2015 /PRNewswire/ --Para penyelidik di Institut Jantung Montreal mengumumkan pada hari ini keputusan yang menunjukkan pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular dan latar belakang genetik bersesuaian memperoleh banyak manfaat daripada ubat baharu dalcetrapib, dengan pengurangan sebanyak 39% dalam hasil klinikal tergabung termasuk serangan jantung, strok, angina tidak stabil, vaskularisasi semula koronari dan kematian disebabkan oleh kardiovaskular. Pesakit ini turut menerima manfaat daripada pengurangan aterosklerosis (dinding menebal) dalam salur darah mereka. Keputusan terperinci diterbitkan dalam Journal Circulation Cardiovascular Genetics yang berprestij. Penemuan ini juga mungkin membuka jalan bagi era baharu dalam perubatan kardiovaskular, dengan ubat diperibadikan atau berketepatan tinggi.

Pasukan diketuai oleh Drs Jean-Claude Tardif dan Marie-Pierre Dube menjalankan analisis terhadap 5749 pesakit yang diberikan dalcetrapib dan plasebo serta memberikan DNA dalam kajian klinikal. Perkaitan kuat telah ditemui antara kesan dalcetrapib dan gen khusus dipanggil ADCY9 (adenylate cyclase 9) pada kromosom 16, khususnya untuk varian genetic spesifik (rs1967309). Bagi pesakit dengan profil genetik AA pada rs1967309, terdapat pengurangan sebanyak 39% dalam titik akhir kardiovaskular komposit dengan dalcetrapib berbanding plasebo. Bukti yang menyokong penemuan ini turut diperoleh dalam kajian kedua, yang menunjukkan pesakit dengan profil genetik sesuai juga mendapat manfaat daripada pengurangan ketebalan dinding arteri karotid mereka dengan dalcetrapib.

"Keputusan ini akan membawa kepada kajian klinikal berpandu-genetik dalam kalangan pesakit dengan latar belakang genetik sesuai untuk membolehkan semakan dilakukan oleh agensi kawal seliaan kesihatan dan untuk menyediakan terapi diperibadikan dengan dalcetrapib. Ia turut menawarkan harapan besar bagi rawatan tepat untuk pesakit yang menghidap penyakit kardiovaskular dan untuk mencegah aterosklerosis, punca kematian utama di dunia,"  kata ketua penyelidik Jean-Claude Tardif MD, pengarah Pusat Penyelidikan di Institut Jantung Montreal dan profesor perubatan di Universiti Montreal.

Para penyelidik menguji beberapa penanda genetik merentasi seluruh genom dalam satu prosedur yang dikenali sebagai kajian perkaitan seluruh genom. "Kami menggunakan teknik genetik dan statistik terkini untuk menunjukkan yang kesan profil genetik pesakit hanya didapati dalam kalangan pesakit yang dirawat dengan dalcetrapib dan bukannya plasebo. Kami mahu memberikan pesakit dengan terapi kardiovaskular diperibadikan tambahan pada tahun-tahun mendatang, untuk ubat-ubatan yang lebih berkesan dan selamat," ulas Marie-Pierre Dube PhD, pengarah Pusat Farmakogenomik Beaulieu-Saucier di Institut Jantung Montreal dan profesor perubatan di Universiti Montreal.

Dr. Jean-Claude Tardif bersedia untuk wawancara.
Untuk membaca artikel: http://bit.ly/1tZSSG9
Untuk melihat laman sesawang Journal of the American heart Association: http://circgenetics.ahajournals.org

Jemputan Media :

Rabu 14 Januari 2015 pada 10:30 PAGI


Auditorium Jean Parisien di Institut Jantung Montreal


5000, Belanger street, Montreal, Quebec H1T 1C8


RSVP : Lise Plante +1-514-376-3330 samb 3898

Dr Jean-Claude Tardif akan menyampaikan sorotan kajian.

Dr Jean-Claude Tardif
https://www.icm-mhi.org/en/research/researchers/493-jean-claude-tardif

Dre Marie-Pierre Dube
https://www.icm-mhi.org/fr/recherche/chercheurs/501-marie-pierre-dube

Latar Belakang Institut Jantung Montreal : www.icm-mhi.org

Latar Belakang Yayasan Institut Jantung Montreal
www.icm-mhi.org

Lise Plante MBA, Pengarah Komunikasi dan Pemasaran, Yayasan Institut Jantung Montreal, Telefon: +1-514-376-3330, samb. 3898, lise.plante@icm-mhi.org, facebook.com/institutcardiologiemontreal, @ICMtl

Source: Fondation de l'Institut de Cardiologie de Montreal
Related Links:
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals