DUBAI, UAE, 14 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Moden, kosmopolitan, pintar dan berkebudayaan, adalah teras identiti Dubai yang dijelmakan dalam jenama hotel gaya hidup pasaran pertengahan, Rove Hotels yang dibangunkan oleh Emaar Hospitality Group.
Kerjasama pembangun hartanah global Emaar Properties dan Meraas Holding, sebuah syarikat pembangunan utama berpangkalan di Dubai, Rove Hotels meraikan nadi bandaraya tersebut dengan pendekatan unik dalam menyampaikan pengalaman hospitaliti yang bernilai untuk pengembara global yang muda dan berjiwa muda.
Bermaksud "merentasi", Rove menggabungkan inovasi abad ke-21 dengan kecanggihan dan pengayaan bersejarah. Mengambil inspirasi daripada warisan Dubai dan pencapaiannya yang hebat, hartanah Rove berfungsi sebagai hab pintar teknologi, sosial dan kebudayaan untuk para pengembara antarabangsa.
Direka penuh bergaya dengan menyertakan ciri kontemporari dan Arabes, dikonfigurasi dengan bijak dan dihubungkan dengan mudah, Rove Hotels adalah untuk generasi moden yang mementingkan nilai dan berangkaian sosial selain keluarga yang menghargai pengalaman penginapan yang mesra dan mudah.
Philippe Zuber, Ketua Pegawai Operasi Emaar Hospitality Group, berkata Rove menyempurnakan Wawasan Pelancongan Dubai untuk mengalu-alukan lebih 20 juta pengunjung tahunan menjelang 2020. "Terletak di destinasi utama dan ia membawakan pengalaman hospitaliti nilai berilhamkan gaya hidup baharu. Rove akan menyokong persediaan dan penganjuran Eskpo Dunia 2020. Kami telah mencapai kemajuan yang nyata dengan projek pertama kami – Rove Za'abeel – dan akan membangunkan 10 buah hotel di lokasi utama pada tahun-tahun mendatang."
Bilik-biliknya luas dengan ruang 26 meter persegi dan menampilkan skrin TV 42 inci, hab media, tilam pereka dan bilik mandi moden. Hampir separuh bilik bersambung menjadikan Rove sebagai destinasi yang mesra keluarga.
Perkhidmatan inovatif termasuk aplikasi e-Concierge yang disediakan pada telefon pintar dan daftar masuk sendiri menghapuskan masa menunggu selain kemudahan daftar keluar lewat pada jam 2 petang. Gimnasium, kolam dan dek matahari 24 jam menggalakkan suasana menenangkan. Semua hotel akan mempunyai Laundromat layan diri selama 24 jam. Hotel-hotel menghidangkan ciptaan kulinari hasil tempatan dan mempunyai destinasi makan yang tersendiri. Rove juga mempunyai kedai serbaneka yang memberikan khidmat sepanjang masa.
Hanya 20 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan bertentangan dengan The Dubai Mall, Rove Za'abeel akan menyediakan 420 buah bilik dalam 14 tingkat. Kerja-kerja asas telah disempurnakan dengan pembukaan pada 2015.
Rove Hotels menyempurnakan spektrum pengalaman hospitaliti yang ditawarkan oleh Emaar melalui jenama lainnya, iaitu Address Hotels + Resorts serta Vida Hotels and Resorts.
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150113/724440-a
Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150113/724440-b