omniture

GAZOO Racing GR GT Cup Asia 2024: Taj Izrin Aiman dari Malaysia raih kemenangan dalam pertarungan mendebarkan

Toyota Motor Asia
2024-10-15 21:05 3

Dengan Andika Rama warga Indonesia di tempat kedua dalam Kejohanan Individu dan Pasukan Indonesia berada di tempat pertama dalam Kejohanan Negara

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- TOYOTA GAZOO Racing (GR) GT Cup Asia 2024 mencapai kemuncaknya dalam perlawanan akhir yang mendebarkan apabila 15 pelumba e-Motorsports terkemuka rantau ini berentap di Pusat Persidangan dan Acara Connexion di Kuala Lumpur, Malaysia. Pelumba dari Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand bersaing dalam tiga perlumbaan yang mengujakan di litar bertaraf dunia, semuanya bersaing untuk merebut gelaran Juara Asia dan peluang untuk mewakili rantau ini dalam Pusingan Akhir Global GR GT di Amsterdam pada bulan Disember.


Taj Izrin Aiman dari Malaysia muncul sebagai Juara Individu GR GT Cup Asia 2024 dengan jumlah 65 mata, memastikan kemenangan yang layak diterima susulan beberapa perlumbaan yang dramatik. Di tempat kedua, Andika Rama dari Indonesia, Juara Individu 2023 kembali, memperlihatkan keazaman tanpa henti, menamatkan dengan 57 mata. Rakan Indonesia, Moreno Pratama, yang kali pertama layak dalam peringkat akhir Asia, menduduki tempat ketiga di podium dengan 48. Prestasi yang konsisten daripada Rama dan rakan sepasukannya turut melayakkan Indonesia menerima gelaran Kejohanan Negara yang diidamkan.

Pertandingan ini, diadakan di Gran Turismo 7 untuk PlayStation®5 (PS5®) dan PlayStation®4 (PS4®), menyaksikan gabungan antara kehandalan yang strategik, pemanduan tepat dan langkah berani dalam tiga perlumbaan. Peminat disajikan dengan pertarungan yang tidak dapat dilupakan di trek ikonik seperti Sardegna Windmills, Nürburgring Grand Prix (GP) dan Fuji International Speedway.

"Nadi Toyota dan GAZOO Racing GT Cup Asia sentiasa berkenaan dengan memupuk komuniti kecemerlangan yang berakar umbi dalam amalan Jepun kami iaitu Kaizen atau Penambahbaikan Berterusan. Dalam edisi kelima ini, ia menjadi suatu yang menginspirasikan apabila dapat menyaksikan bukan sahaja keghairahan yang berterusan daripada pemandu kami dan penyokong tetapi juga kemajuan teknologi yang dipacu oleh e-Motorsports. Kami teruja untuk menyumbang kepada pertumbuhan ini di rantau ini tatkala pelumba mempamerkan bakat luar biasa dan membantu membentuk masa depan e-sukan permotoran," kata Jaja Ishibashi, Pengurus Besar Toyota Motor Asia. "Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua pelumba atas prestasi luar biasa mereka hari ini dan selamat maju jaya buat Aiman dan Rama ketika mereka mara ke Perlawanan Akhir Global!"

Panat Leelavansuk, Pengurus Besar di Toyota Motor Asia, Bahagian Kejuruteraan Reka Bentuk Kenderaan Toyota Motor Asia, berkongsi, "Bermula dengan menguasai trek ikonik yang mencerminkan keadaan dunia sebenar kepada menyepadukan pandangan daripada sukan permotoran yang sebenar, tahap kemahiran yang dipamerkan daripada semua peserta adalah sangat mengagumkan. Dengan sokongan set kepala Razer pada tahun ini, pelumba juga dapat berkomunikasi dengan pasukan mereka, bertukar-tukar petua dan strategi. Saya berasa teruja dapat menyaksikan keghairahan dan dedikasi belia hari ini, yang membentuk masa depan e-sukan, seperti yang dipamerkan dalam GAZOO Racing GT Cup Asia tahun ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pemenang—bakat anda menetapkan penanda aras baharu untuk permainan yang kompetitif.

Tiga Perlumbaan Mendebarkan Tentukan Peringkat Akhir Serantau 2024

Dengan lima reka bentuk livery yang menakjubkan yang mewakili setiap negara, pertandingan bermula dengan cuaca cerah di trek rali GR GT Asia Cup pertama seumpamanya, litar Sardegna Windmills, di mana pemandu memandu GR Yaris. Rama mendahului terlebih dahulu, hanya menghadapi sedikit saingan pada pusingan awal sebelum menamatkan saingan sebagai pemenang perlumbaan pertama. Sepanjang kebanyakan perlumbaan, aksi paling sengit berlaku pada pertengahan perlumbaan, di mana pemandu dari Malaysia, Filipina dan Indonesia bertarung antara satu sama lain. Pertarungan sengit untuk semua, perlumbaan berakhir dengan masa pusingan untuk semua pemandu dipisahkan kurang daripada setengah minit.

Perlumbaan kedua di Nürburgring GP menampilkan pemandu dalam GR Corolla Morizo Edition '22, dengan grid undur untuk lapan penamat teratas daripada perlumbaan satu, meletakkan pemenang perlumbaan pertama di kedudukan kelapan, dan seterusnya. Pratama mengambil peluang ini sebagai kelebihannya – berada di kedudukan kelapan dalam perlumbaan pertama, Pratama kekal dalam tiga kedudukan teratas sepanjang litar, akhirnya muncul di tempat teratas sebagai pemenang perlumbaan kedua. Strategi pasukan Malaysia juga memihak kepada mereka, dengan dua pemandu mereka menduduki tempat kedua dan ketiga. Hujan juga memainkan peranan untuk perlumbaan ini, mencipta trek mencabar yang membawa kepada banyak perubahan kedudukan untuk beberapa pemandu.

Pertarungan terakhir menguji strategi pelumba ke tahap tertinggi dengan Fuji International Speedway yang mencabar dari segi teknikal, yang terkenal dengan sektor terakhirnya yang sukar untuk keluar ke laluan lurus. Memandu dengan GR010 Hybrid '21, Pratama berhempas-pulas untuk merebut kedudukan keempat daripada Iqbal Suji dari Malaysia, dengan kedua-dua pemandu menggunakan taktik menyerang dan bertahan yang strategik. Pemandu Indonesia itu akhirnya membuat langkah, memotong di pusingan akhir perlumbaan. Perlumbaan ketiga ini turut menyaksikan jumlah sentuhan yang banyak, dengan lebih daripada seorang pelumba berpusing dan mengakibatkan penalti dilayangkan. Memilih tayar lembut pada permulaan, meskipun ramai pesaingnya memilih medium, Aiman mengekalkan kedudukan di depan dan meraih kemenangan melalui strategi ruang perhentian yang tepat pada masanya.

"Saya benar-benar kehilangan kata-kata. Walaupun saya menghadapi kesukaran teknikal dan tidak dapat menamatkan perlumbaan tahun lalu, saya benar-benar berasa bangga kerana dedikasi dan latihan saya telah membuahkan hasil, membawa kepada kemenangan di GR GT Cup Asia 2024," kata Aiman yang beremosi. "Saya teruja untuk meneruskan latihan bersama Andika Rama tatkala kami bersedia untuk Global Cup di Amsterdam. Terima kasih yang tulus ikhlas diucapkan kepada Toyota Motor Asia atas peluang yang luar biasa ini!"

"Saya berbesar hati untuk mewakili Asia sekali lagi tahun ini! Bersaing menentang Taj Aiman merupakan suatu cabaran yang luar biasa—beliau merupakan pesaing yang luar biasa. Saya memaksa diri saya sehabis daya, tetapi kekonsistenan dan strateginya merentas ketiga-tiga perlumbaan tidak dapat ditandingi. Saya teruja dengan adanya beliau sebagai rakan sepasukan ketika kami membuat persiapan untuk Pusingan Akhir Global dan saya tidak sabar untuk membanggakan Asia," kata Rama, yang mewakili Asia buat kali kedua tahun ini.

Anugerah khas turut diberikan sebagai pengiktirafan kepada prestasi luar biasa pemandu, dengan Aiman memperoleh anugerah Pemandu Hari Ini, Russel Reyes dari Filipina membawa pulang anugerah Pemandu Racecraft Terbaik dan Rama memenangi anugerah Kadar Perlumbaan Terpantas.

GR GT Cup Asia Finals 2024 turut mengalu-alukan Razer Inc. sebagai rakan kongsi set kepala rasminya, melengkapkan pelumba dengan set kepala e-sukan Razer BlackShark V2 X berwayar, memastikan komunikasi yang lancar, jelas dan selesa dengan pasukan mereka.

Kejohanan ditentukan daripada mata terkumpul yang diperoleh melalui kedudukan penamat merentas ketiga-tiga perlumbaan, lima kedudukan pertama dalam pusingan kelayakan dan mata bonus untuk pusingan terpantas dalam setiap tiga perlumbaan. Tiga individu dan pasukan teratas masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak USD 8,000, USD 4,500 dan USD 3,000. Dengan kemenangan mereka dijamin, Aiman dan Andika akan mewakili Asia di GR GT Global Finals pada 6 Disember di Amsterdam, berdepan dengan pelumba e-Motorsports terbaik dunia.

Untuk menonton semula Perlawanan Akhir Serantau untuk GR GT Cup Asia 2024, sila klik di sini.
Tangkapan kepala beresolusi tinggi pemenang Toyota Gazoo Racing Asia boleh dimuat turun di sini.
Imej resolusi tinggi acara dan rekaan livery boleh dimuat turun di sini.
Logo Toyota Gazoo Racing Asia boleh dimuat turun di sini.

Latar Belakang GR GT Cup Asia

GR GT Cup Asia ialah perlumbaan dalam talian serantau, yang akan menghimpunkan pemain terbaik dari setiap negara yang mengambil bahagian di Asia untuk mempertandingkan kemahiran mereka antara satu sama lain.

Pemain akan berlumba dalam "Gran Turismo 7" melalui PlayStation®4*1 (PS4®) atau PlayStation®5*1 (PS5®) mereka dalam barisan Toyota GR terpilih.

Di bawah visi global TOYOTA GAZOO Racing, e-Motorsports berkembang menjadi salah satu tonggak utama bagi aktiviti sukan permotoran TGR dan merupakan platform eksklusif untuk melibatkan diri dengan peminat sukan permotoran yang semakin meningkat di seluruh dunia.

Latar Belakang TOYOTA GAZOO Racing (TGR) 

TOYOTA GAZOO Racing (TGR) ialah syarikat perlumbaan TOYOTA di mana aktiviti sukan permotoran merupakan usaha utama dalam pembangunan produk. Etosnya dibangunkan berasaskan warisan kecemerlangan selama lebih daripada 60 tahun dalam "membuat kereta yang lebih baik". Dengan matlamat ini, syarikat mengambil kira maklum balas dan pembelajaran yang diperoleh di jalan perlumbaan yang sukar di bawah persekitaran yang mencabar untuk mencetuskan keterujaan dan kegembiraan berlumba kereta Toyota GR untuk semua orang.

Latar Belakang Toyota Motor Asia (SG) 

Toyota Gazoo Racing Asia ialah Toyota Motor Asia [TMA] yang diperbadankan di Singapura dan merupakan ibu pejabat korporat serantau dan subsidiari Toyota Motor Corporation. TMA menerajui dan menyokong rantau Asia Pasifik dalam aktiviti penjualan dan pemasaran, alat ganti perkhidmatan, aksesori dan khidmat pelanggan, seterusnya menyumbang kepada pembangunan keseluruhan industri auto dan pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Toyota membayangkan masyarakat mobiliti masa depan untuk membawakan kebebasan pergerakan kepada semua. Melangkah ke hadapan, Toyota akan menyediakan pelbagai perkhidmatan mobiliti dan penyelesaian pengangkutan kepada orang ramai di seluruh dunia tatkala kami mentransformasikan Toyota menjadi sebuah syarikat mobiliti.

Lampiran

Pemenang & Hadiah 

Kejohanan Individu

Pemenang 

Hadiah 

Nama

Mata 

 Tempat Pertama

USD 8,000

Taj Izrin Aiman

65

Tempat Kedua

USD 4,500

Andika Rama

57

Tempat Ketiga

USD 3,000

Moreno Pratama

48

Kejohanan Negara

Tempat Pertama

USD 8,000

Indonesia

139

Tempat Kedua

USD 4,500

Malaysia

121

Tempat Ketiga

USD 3,000

Thailand

72

Anugerah Khas

 Pelumba Hari Ini

Taj Izrin Aiman

Pemandu Racecraft Terbaik

Russell Reyes

Perlumbaan Terpantas

Andika Rama

Pelumba

Negara 

Pemandu 

Indonesia 

Moreno Pratama 

Andika Rama 

Benaya Theo 

Malaysia 

Taj Izrin Aiman 

Chong Kai Chang 

Iqbal Suji 

Singapura 

Muhammad Fadtris Isa 

Zaim Rasyad 

Jayden Liaw 

Thailand 

Marcin Krzysztof Swiderek 

Thanaphat Pungphat 

Chaiyapat Lipikornkosol 

Filipina 

Luis Moreno 

Enzo Ison 

Russel Reyes 

 Sistem Mata GR GT Cup Asia  

Anugerah 

Individu 

Mata terkumpul bagi setiap perlumbaan yang disertai 

Negara 

Jumlah mata daripada ketiga-tiga (3) peserta individu yang mewakili negara 

 

 

Source: Toyota Motor Asia
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment