omniture

Pejabat Baharu Finesse di Shanghai

Finesse Solutions, Inc.
2015-01-15 19:08 100

SANTA CLARA, California, 15 Januari 2015 /PRNewswire/ --Finesse Solutions mengumumkan pembukaan pejabat baharu di Shanghai, China.

Finesse Solutions telah membuka pejabat anak syarikat di Shanghai agar dapat berkhidmat dalam pasaran aktif China. Berpusat di Daerah Huangpu, pejabat itu menghadap Taman Taipingquiao yang indah.

Direka khusus bagi memenuhi keperluan pelanggan semasa dan berpotensi, kemudahan itu akan menyediakan pejabat untuk kakitangan jualan dan perkhidmatan, kemampuan untuk menyimpan stok inventori bahan penting, dan sebuah pusat latihan.

Dr. Barbara Paldus, Ketua Pegawai Eksekutif Finesse Solutions, teruja dengan pejabat baharu itu. "Sepanjang tahun lepas, Finesse telah meluaskan perniagaannya dengan ketara di China. Kami dengan gembiranya mengumumkan yang pusat jualan dan perkhidmatan baharu kami di Shanghai akan membolehkan kami memberikan sokongan dan latihan tempatan kepada para pelanggan kami."

Shanghai dianggap sebagai hab strategik dalam pasaran Asia, memandangkan ia terletak berdekatan kawasan perkembangan bioteknologi utama seperti Seoul, Tokyo dan Singapura. Kemudahan baharu itu akan membolehkan kakitangan Finesse membantu pelanggan dalam rantau ini dan dapat membantu mereka mencari penyelesaian dengan lebih pantas bagi mengatasi cabaran pemprosesan.

Portfolio Finesse untuk kawalan, automasi, dan penyelesaian sekali guna terus berkembang melalui produk-produk baharu yang terdiri daripada 3L SmartVessels sekali guna bagi penyelidikan & pembangunan (R&D) sehinggalah penyelesaian perusahaan SmartFactory baharu mereka. Pasukan Finesse di Shanghai tidak sabar-sabar lagi untuk meembantu pelanggan mempertingkat pembangunan penyelesaian penjagaan kesihatan baharu secara signifikan.

Latar Belakang Finesse Solutions, Inc

Finesse Solutions menyediakan automasi perkakasan dan perisian fleksibel yang membenarkan pemprosesan biologi boleh suai khusus yang tiada tandingan. Kami adalah syarikat Lembah Silikon berasaskan penyelidikan yang percaya dalam memperkasakan pelanggan kami dengan sensor kegunaan tunggal, bioreaktor, pengawal, dan perisian inovatif. SmartParts kami adalah asas penyelesaian Finesse yang menggunakan teknologi daripada dalam dan luar industri farmaseutikal. Selain produk-produk kami, kami juga merupakan satu-satunya pembekal dengan kepakaran penyepaduan yang menawarkan pelanggan dengan kebebasan untuk memilih mana-mana pembekal yang diingini untuk pengendalian unit penting daripada proses huluan hingga hiliran. Sama ada ia merupakan bioreaktor berdiri sendiri, sekali guna untuk penyelidikan dan pembangunan mahu pun SmartFactory yang tersepadu sepenuhnya dalam pengeluaran cGMP, kami mempunyai penyelesaian pemprosesan biologi untuk semua pelanggan kami.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati kami di www.finesse.com.

Source: Finesse Solutions, Inc.
Related Links:
Keywords: Biotechnology Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital New products/services