omniture

Hubert Burda Media Alu-alukan Ketua Uber ke Persidangan Digital DLD di Munich

Hubert Burda Media
2015-01-16 21:10 87

MUNICH, 16 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Hubert Burda Media telah mendapatkan Travis Kalanick, Ketua Pegawai Eksekutif perkhidmatan perjalanan Uber, untuk berucap pada persidangan inovasi digital dan DLD (Digital, Kehidupan, Rekaan) ke-11 bermula pada 18-20 Januari 2015 di Forum HVB Munich. Kalanick akan menaiki pentas DLD pada hari pertama persidangan tersebut. Jurutera aeroangkasa dan pengarah operasi penerbangan "Rosetta" Andrea Accamozza, Stewart Butterfield (pengasas Flickr), Arianna Huffington (Huffington Post) dan Troy Carter, yang menemui Lady Gaga, semuanya telah mengesahkan kehadiran mereka bersama penyampai antarabangsa lain.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150115/724701 )

Sekali lagi, persidangan digital DLD 2015 akan disokong oleh syarikat-syarikat utama: Sekitar 30 rakan kongsi antarabangsa menjadikan DLD sebagai rangkaian global dan akan diwakili di pentas DLD oleh penginovasi penting dalam bidang komunikasi dan mobiliti serta perundingan dan perbankan. Dalam ucapan utamanya, Ian Robertson (BMW Group) akan membincangkan pendekatan baharu kepada mobiliti dalam dunia digital manakala Michael Mendenhall (Flextronics) akan berucap tentang "Menghubungkan titik tentang IoT: Intelligence of Things (Kebijaksanaan Benda)". Markus Brown (Wirecard) menunjukkan peningkatan trend dalam pembayaran, bukan sahaja mudah alih tetapi juga alat gaya hidup, dan akan memperkenalkan inovasi serta perkhidmatan pembayaran tanpa sentuh. Bagaimana untuk menggabungkan pembayaran dan gaya hidup akan didemonstrasikan di WireCard-Bar DLD15. Thomas von Koch (EQT) akan muncul dalam panel "Memacu perubahan – tanggungjawab seorang pemilik" untuk membincangkan tanggungjawab pengusaha untuk menyokong dan mendorong perubahan digital dalam perdagangan. Selain itu, Christof Mascher, Ketua Pegawai Operasi Allianz Group, akan menerangkan bagaimana tingkah laku pengguna dan keperluan mereka berubah dalam era digital dan cabaran serta peluang yang timbul ekoran ini bagi penyedia perkhidmatan kewangan antarabangsa. DLD15 juga akan mengalu-alukan pasukan daripada Hab Inovasi Lufthansa yang baharu ditubuhkan, yang akan mengenal pasti rakan kongsi dan juga teknologi yang akan ditemui pengembara seluruh dunia dalam jangka panjang.

Acara penting di persidangan tahun ini termasuk makan malam pengerusi & penyampai di  the Residenz (18 Januari) dan parti DLD di Haus der Kunst (19 Januari). Dua acara sampingan dianjurkan pemasar pengiklanan Burda BCN dan dihoskan oleh Profesor Scott Galloway (L2) akan menawarkan amalan serta pandangan terbaik untuk membantu jenama mewah dan juga kecantikan mengukuhkan kehadiran digital dan e-dagang (Isnin, 19 Januari, 12:00 di Literaturhaus dan 15:30 di Bayerischer Hof).

Majalah berita Focus  akan menyampaikan Anugerah Bintang Digital Focus bagi mengiktiraf inovasi digital dari Jerman. Anugerah tersebut yang hadir dengan volum media bernilai EUR 50,000, akan disampaikan pada 19 Januari 2015 semasa persidangan DLD.

Kampus DLD akan muncul kembali di DLD15 dalam kolaborasi bersama Internet Business Cluster (IBC): Werner Vogels, Ketua Pegawai Teknologi Amazon, akan mengadakan ceramah umum pada 19 Januari di LMU Munich yang dipengerusikan oleh Stefan Winners (Ahli Lembaga Eksekutif – Digital di Burda). Persidangan DLD 2015 akan melabuhkan tirai dengan DLD FOCUS Nightcap semasa Forum Ekonomi Dunia di Davos (21 Januari).

Untuk maklumat lanjut tentang DLD15, lawati laman sesawang DLD di http://dld-conference.com/DLD15.

Latar Belakang DLD:

DLD merupakan platform persidangan dan inovasi antarabangsa daripada Hubert Burda Media. DLD Media menganjurkan persidangan digital utama Eropah DLD, persidangan wanita DLDWomen, dan acara rangkaian antarabangsa di bandar-bandar seperti Palo Alto, New York, London, Tel Aviv, Istanbul, Rio de Janeiro dan Beijing. DLD Media menghasilkan penerbitan, format dalam talian dan video, serta kajian tentang tema persidangan dan juga memberikan nasihat kepada syarikat rakan kongsi DLD, syarikat baharu, pelabur dan institusi awam. Ketua Pegawai Eksekutifnya ialah Stephanie Czerny, yang mengasaskan secara bersama Persidangan DLD pada 2005.

Rakan-rakan Kongsi DLD15

DLD15 disokong oleh syarikat rakan kerjasama berikut: Allianz, ARD Alpha, Bloomberg Media, Burda Digital, BMW, Deloitte, Deutsche Telekom, EQT, Flextronics, Focus, Hublot, HypoVereinsbank, Lithium, Lufthansa, Pictet, picture alliance, PR Newswire, Strategy&, Ströer, Telefonica, Insight Guides Media, Unitymedia Kabel BW, Wirecard dan Xing. Acara sampingan disokong oleh rakan-rakan kongsi berikut: Accel, Atomico, Index, Facebook, Pub Matic dan PCH.

Hubungan berita:
Dorothee Stommel
Burda Media
Komunikasi Korporat
Arabellastrasse 23
81925 Munich
Jerman
Telefon: +49-89-9250-2065
E-mel: dldpress@burda.com

Source: Hubert Burda Media
Keywords: