omniture

Fragrance Du Bois Meraikan Wanita Paling Berinspirasi Di Timur Tengah

Asia Plantation Capital
2015-01-19 08:33 322

SINGAPURA, 19 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Fragrance Du Bois amat berbesar hati dapat mengiktiraf wanita yang telah memberi kesan positif terhadap masyarakat di Timur Tengah.

Fragrance Du Bois menyampaikan set wangian istimewa kepada Dr Shaikha Al Maskari bagi mengiktiraf sumbangan hebat beliau kepada masyarakat serta penerimaan anugerah Ahli Perniagaan Wanita Terbaik Tahun Ini
Fragrance Du Bois menyampaikan set wangian istimewa kepada Dr Shaikha Al Maskari bagi mengiktiraf sumbangan hebat beliau kepada masyarakat serta penerimaan anugerah Ahli Perniagaan Wanita Terbaik Tahun Ini

 

Yang Mulia Ameera Bin Karam dan Emma Henry (Fragrance Du Bois) menyampaikan anugerah untuk Sukan kepada Khadijah Mohammed (pesaing angkat berat Olimpik)
Yang Mulia Ameera Bin Karam dan Emma Henry (Fragrance Du Bois) menyampaikan anugerah untuk Sukan kepada Khadijah Mohammed (pesaing angkat berat Olimpik)

Dengan menganjurkan Anugerah Wanita Arab 2014 di UAE – di bawah naungan Tuan Yang Terutama Sheikh Nahyan Bin Mubarak Al Nahyan - FDB kagum dengan usaha dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap wanita kompeten ini dalam bidang perniagaan, seni, sukan, fesyen, media, kerajaan, dan badan amal. Fragrance Du Bois dengan sukacitanya menganugerahkan wangian berasaskan Oud yang mewah kepada beberapa wanita di majlis anugerah itu, seraya menguatkan lagi kedudukan jenama itu sebagai wangian utama untuk individu berpengaruh yang membantu membentuk dunia hari ini.

"Fragrance Du Bois sangat bertuah kerana dapat menjadi sebahagian daripada majlis terkemuka ini yang mengiktiraf wanita Arab terunggul di dunia yang bukan sahaja telah memberi inspirasi kepada wanita, tetapi juga kepada individu lain untuk berjaya dan memenuhi impian mereka, di samping turut memainkan peranan positif dalam menyumbang kepada dunia melalui bidang masing-masing," kata Emma Henry - Pengarah Fragrance Du Bois Timur Tengah.

"Sebagai jenama global, kami berusaha untuk menyediakan wangian berasaskan Oud yang paling harum yang hanya menggunakan ramuan terbaik. Minyak Oud kami disumberkan secara eksklusif daripada Asia Plantation Capital, memastikan yang kami hanya menggunakan minyak Oud gred tertinggi dan 100% semula jadi yang memenuhi standard antarabangsa untuk kemampanan. Ini adalah salah satu komitmen kami sebagai jenama; untuk memastikan kami memberi sumbangan positif yang berterusan kepada masyarakat. "Kerjasama kami dengan Anugerah Wanita Arab adalah satu langkah yang bijak untuk kami," ulas Emma.

Gary Crates – Ketua Pegawai Eksekutif, Asia Plantation Capital Eropah menambah, "Kami menyokong sepenuhnya Anugerah Wanita Arab, dan kami turut meraikan pencapaian semua penerima anugerah yang terhormat ini bersama mereka. Di Asia Plantation Capital, kami berbangga kerana dapat membuat perubahan, dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kemampanan serta keperluan untuk menjaga alam sekitar." Sambung beliau, "Wangian yang kami cipta kini sedang mengharumi wanita yang membantu membentuk masa hadapan Timur Tengah dan ini menjadikan kami sangat berbangga."

Fragrance Du Bois menyampaikan set wangian istimewa kepada Dr Shaikha Al Maskari bagi anugerah Ahli Perniagaan Wanita Terbaik Tahun 2014, sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan hebat beliau kepada masyarakat. Pengiktirafan ini juga diberikan bagi kejayaan beliau dalam bidang perniagaan, dan peranan beliau dalam menjadi ilham dan pemimpin kepada wanita yang bercita-cita untuk berjaya dalam dunia korporat di Timur Tengah. Beliau telah menunjukkan kecekapan beliau sebagai pemimpin yang penyayang, gaya asuhan Dr Shaikha ini bercirikan kesetiaan, komitmen dan ketaatan daripada daripada semua kakitangannya yang jarang sekali dapat dilihat dalam organisasi lain.

Bagi kategori Sukan pula, anugerah telah disampaikan oleh Emma Henry (Pengarah,  Fragrance Du Bois) kepada Khadija Mohammed (pesaing angkat berat Olimpik), yang bukan sahaja telah melakar sejarah sebagai ahli angkat berat wanita pertama yang mewakili Rantau Teluk Arab semasa Sukan Olimpik London 2012, tetapi juga atlet wanita pertama dari Emiriah Arab Bersatu yang dapat melayakkan diri ke sukan antarabangsa itu. Dengan memecahkan belenggu yang menjadi kekangan selama ini, Khadijah kini menjadi penggerak dalam menggalakkan lebih ramai wanita menyertai sukan dan memberi impak di pentas dunia.

Semasa awal tahun 2014, Fragrance Du Bois juga telah menaja Anugerah Wanita Arab di Kuwait dan Arab Saudi. Farah K Behbehani merupakan penerima anugerah pada masa itu, dan sebagai pereka grafik bebas yang pakar dalam rekaan bercetak dan editorial (serta seni kaligrafi Arab), Fragrance Du Bois gembira kerana dapat memberi penghormatan kepada individu yang menumpukan usaha dalam tradisi dan budaya dapat hidup bersama-sama dengan dunia moden.

"Fragrance Du Bois berbangga dapat bekerjasama dengan wanita yang memberi inspirasi kepada dunia untuk mencapai standard lebih tinggi. Kami adalah jenama untuk individu yang mempunyai aspirasi untuk kebaikan masyarakat," kata Emma Henry, "dan kami ingin terus menggalakkan kemajuan yang sedang dibuat oleh mereka. Dr. A Maskari, Khadija Mohammed dan Farah K Behbehani semuanya merupakan individu  yang menonjol dan mempunyai kualiti kepimpinan bagi mempertingkatkan taraf dunia. Sama ada dengan membuat sumbangan kepada badan amal, mengubah cara pemikiran, atau membuka peluang, ini adalah individu yang membuat perubahan positif dalam masyarakat yang kita diami," simpul beliau, "dan mereka adalah individu yang sentiasa dialu-alukan untuk bekerjasama dengan Fragrance Du Bois, pada tahun 2015 dan seterusnya."

Nota kepada Penyunting:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Emma Henry
E-mel: emma.henry@fragrancedubois.com
Telefon: +65-653-657-71


Latar Belakang Fragrance Du Bois

Fragrance Du Bois merupakan syarikat wangian mewah nic yang bekerjasama rapat dengan ladang mampan seluruh Asia, membawakan wangian berasaskan minyak Oud 100% organik yang baharu dan mengujakan untuk pasaran eksklusif seluruh dunia. Dengan bersumberkan bahan mentah berkualiti tinggi secara mampan dari seluruh dunia, bekerjasama dengan penghasil wangian Perancis bagi mencipta rangkaian produk penuh, dan juga menyediakan perkhidmatan wangian yang ditempah khusus, Fragrance Du Bois merupakan kemewahan peribadi penuh kesedaran. Dengan butik wangian eksklusif seluruh dunia, di Dubai, Hong Kong, Thailand, Malaysia dan Singapura, Fragrance Du Bois mencipta hanya pengalaman yang terbaik dalam penghasilan wangian tempahan khusus.

Fragrance Du Bois dikenali sebagai Parfums Du Bois di Perancis dan sebagai Fragrance Du Bois dalam pasaran bukan berbahasa Perancis.

Latar Belakang Asia Plantation Capital

Fakta ringkas:

  • US$ 600 juta – nilai aset tergabung yang dimiliki dan aset bawah pengurusan
  • US$ 53.5 juta – pusing ganti dalam tahun kewangan terakhir
  • US$ 100 juta – ramalan pusing ganti dalam tahun kewangan semasa
  • 2,000,000 – pokok Aquilaria hari ini, di ladang Gaharu

Asia Plantation Capital (APC) merupakan pemilik dan pengendali rangkaian luas perniagaan perladangan dan perkebunan komersial merentasi rantau Asia Pasifik serta di seluruh dunia, dan juga merupakan sebahagian daripada syarikat bersekutu Asia Plantation Capital Group. Fokusnya adalah terhadap projek perladangan berbilang budaya dan pelbagai yang memenuhi permintaan domestik serta komersial bagi negara tempat ia beroperasi. Bekerjasama rapat dengan, dan menyokong komuniti tempatan, merupakan prinsip teras dasar perniagaan APC, menyediakan sokongan sosial dan budaya, serta pelaburan bagi membawa komuniti ini menjauhi aktiviti pembasmian hutan serta pembalakan haram, yang dahulunya menjadi sumber pendapatan utama dalam sesetengah rantau Asia. Ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2008 (walaupun beroperasi secara swasta sejak 2002) kumpulan itu kini mempunyai ladang dan projek pertanian di empat benua, dengan projek yang beroperasi pada pelbagai peringkat di Thailand, Malaysia, China, Laos, India, Kemboja, Sri Lanka, Myanmar, Vietnam, Amerika Utara dan Eropah.

Dengan menggalakkan penggunaan kayu mampan dan diperakui adalah cara terbaik bagi mencegah pembasmian hutan, melindungi kepelbagaian bio, dan memerangi kemiskinan dalam rantau hutan hujan tropika. Bagi sektor pelayaran (pengguna utama kayu jati) yang sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan dan sudah pun terlibat dalam usaha pemuliharaan alam sekitar, ini juga merupakan cara untuk memastikan tiada kayu daripada pembalakan haram digunakan.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150108/8521500122-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150108/8521500122-b

Source: Asia Plantation Capital
Keywords: Agriculture Cosmetics & Personal Care Fashion Household/Consumer/Cosmetics Paper/Forest Products/Containers Corporate Social Responsibility Women-related news