omniture

Chris Hemsworth Menyampaikan Critics's Choice LOUIS XIII(R) Genius Award yang Berprestij kepada Ikon Filem Ron Howard pada Majlis Anugerah Filem Pilihan Pengkritik Tahunan Kali ke-20

LOUIS XIII de Remy Martin
2015-01-19 10:37 105

LOS ANGELES, 19 Januari 2015 /PRNewswire/--

LOUIS XIII & Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran Beri Penghormatan kepada Pengarah 'A Beautiful Mind', 'Apollo 13' dan 'In the Heart of the Sea' atas Kecemerlangan Menakjubkan yang Ditonjolkan dalam Seni Sinematik

LOUIS XIII Cognac dan Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran (Broadcast Film Critics Association) dengan bangganya menganugerahkan "Critics' Choice LOUIS XIII Genius Award" tahunan kali ketiga kepada pembikin filem lagenda Ron Howard pada malam ini yang disampaikan oleh pelakon Chris Hemsworth semasa Majlis Anugerah Filem Pilihan Pengkritik tahunan kali ke-20. LOUIS XIII Cognac diraikan di seluruh dunia sebagai hasil gabungan genius dan komited untuk memberi pengiktirafan kepada bakat hebat dalam bidang kreatif lain.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150116/724693 )

Sepanjang tiga dekad dengan 24 buah filem yang tersendiri, pendekatan Ron Howard dalam membuat filem adalah benar-benar genius. Howard menghasilkan filem yang diilhamkan daripada watak dan peristiwa sebenar, yang kemudiannya mengubah kisah mereka ke dalam bentuk pengalaman perfileman yang hebat untuk para penonton di seluruh dunia. Pada 2013, "Rush," dibintangi oleh Hemsworth, memperoleh cara visual baharu untuk menggambarkan perkaitan antara pemandu dan kereta lumba. Dalam filem "A Beautiful Mind," yang berjaya meraih Anugerah Academy oleh Howard bagi pengarahan, beliau membawa penonton mengalami keterujaan membingungkan yang dialami John Nash ketika beliau menyelesaikan masalah matematik. Berikutan kejayaan "A Beautiful Mind," Howard menghasilkan "The Missing," sebuah filem Barat bercorak ganas dan beberapa tahun kemudian diikuti dengan sebuah filem seram konspirasi blockbuster yang agak kontroversi, iaitu "The Da Vinci Code," serta sentuhan kisah sejarah yang hebat, "Frost/Nixon."

Kerjaya pengarahan Howard menunjukkan kepelbagaian genre yang diterokainya. Filem-filem arahannya mempunyai cirri-ciri Amerika yang unik kerana memfokuskan watak pejuang yang cekal dan enggan menerima kekalahan, seperti yang dilihat dalam "Apollo 13" dan "Cinderella Man". Howard mengejutkan para penonton dengan setiap filem dan menerusi projek baharunya "In the Heart of the Sea", beliau menerokai ciri-ciri kebiasaan ini. Sebagai filem keenamnya yang berasaskan kisah sebenar, ia diilhamkan daripada kejadian yang mendorong Herman Melville untuk menulis Moby Dick, dan menampilkan Chris Hemsworth sebagai Ketua Pegawai Kapal yang berani. Kemudian dalam tahun ini, Howard akan membawa penonton ke era 60an untuk dokumentari akan datang tentang the Beatles.

"Ron Howard merupakan seorang genius dalam bidang perfileman dan seorang yang merintis laluan untuk kebanyakan pembikin filem masa kini," kata Joey Berlin, presiden Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran, yang menyampaikan Anugerah Filem Pilihan Pengkritik. "Filem-filem yang dihasilkan oleh Ron benar-benar memperlihatkan etika kerjanya dan ketelitiannya terhadap butiran. Kami berharap projek akan datang berkenaan kisah kehidupan sebenar Moby-Dick yang memberi inspirasi akan menjadi kesinambungan penting bagi legasi beliau."

"Kami amat berbesar hati untuk memberi pengiktirafan kepada Ron Howard dengan "Critics' Choice LOUIS XIII Genius Award"," kata Ludovic du Plessis, Pengarah Eksekutif Global, LOUIS XIII. "Kesenian En. Howard, dedikasinya terhadap kualiti dan kemampuannya untuk terus mengilhamkan dengan penceritaan abadi benar-benar terpahat dalam sanubari pelbagai generasi penonton di seluruh dunia."

Untuk maklumat lanjut tentang LOUIS XIII sila lawati http://www.LOUISXIII-COGNAC.com/.

Latar Belakang LOUIS XIII de Remy Martin 

LOUIS XIII Cognac telah dicipta pada tahun 1874. Ia merupakan alkimia rumit yang dicampurkan daripada 1,200 eaux-de-vie, dihasilkan daripada anggur yang ditanam di tanah berkapur Grande Champagne, iaitu kawasan penanaman terbaik di wilayah Cognac, Perancis. Cognac ini berusia sehingga 100 tahun dalam tong yang dibuat khas yang dipanggil tiercons. Empat generasi pakar penyimpanan arak telah berusaha untuk menyelia adunan unik ini, yang memancarkan not rasa serta bauan mirh, madu, immortelle, plum, bebuas, kulit kayu, kulit dan buah markisa.

Latar Belakang Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran

Persatuan Pengkritik Filem Penyiaran (BCFA) merupakan pertubuhan pengkritik filem terbesar di Amerika Syarikat dan Kanada, mewakili lebih 270 pengkritik televisyen, radio dan dalam talian. Anggota BCFA merupakan sumber utama maklumat bagi orang awam yang menonton filem. Pendapat terawal yang didengar oleh penonton filem tentang tayangan baharu di panggung atau rumah seni biasanya diperoleh daripada salah seorang ahlinya.

Sumber: LOUIS XIII de Remy Martin

Source: LOUIS XIII de Remy Martin
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Awards