omniture

Megaport Tawar Perkhidmatan Saling Hubung kepada Platform Awan Google sebagai Rakan Kongsi Teknologi Sah untuk Platform Awan Google

Megaport
2015-01-20 09:23 130

BRISBANE, Australia, 20 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Megaport, penyedia komunikasi berasaskan perisian terkemuka, hari ini mengumumkan yang ia telah menjadi Rakan Kongsi Teknologi Sah Platform Awan Google bagi menawarkan perkhidmatan saling hubung kepada Platform Awan Google. Dengan dibolehkan CGI, pengguna dan rakan sekutu Megaport boleh mencapai platform Awan Google melalui hubungan gred Perusahaan ke pinggir rangkaian Google, dari mana-mana pun tempat data atau pengguna mereka berada. Pengguna juga boleh menyambungkan pusat data persendirian mereka secara terus kepada Platform Awan Google dengan rangkaian persendirian maya, atau "terowong VPN".

Platform Awan Google membolehkan perusahaan membina, menguji, dan menggunakan aplikasi pada prasarana Google yang sangat boleh skala dan andal. Platform Awan Google menawarkan perkhidmatan pengkomputeran, penyimpanan, dan aplikasi untuk penyelesaian web, mudah alih, dan penyelesaian bahagian belakang. Saling Hubung Awan Google membolehkan perniagaan menghubungkan prasarana mereka ke Google, melalui hubungan gred perusahaan kepada pinggir rangkaian Google.

Megaport membolehkan jangkauan yang dibezakan ke Platform Awan Google melalui platform sebut harga, pengaktifan, dan pengurusan khidmat rangkaian yang terautomasi sepenuhnya daripada pengguna ke Enjin Kiraan Google, Simpanan Awan Google, Google BigQuery, Enjin App Google, atau pelbagai perkhidmatan Platform Awan Google lain. Pengguna Megaport boleh melakukan semua ini dalam masa beberapa minit sahaja daripada Megaportal; atau pembangun boleh menggunakan set API yang canggih untuk menulis aplikasi yang membuat pengaturan terperinci antara aset Platform Awan Google mereka dengan Platform Megaport.

Megaport menawarkan hubungan serta-merta antara penggunanya dengan fabrik Megaport, perangkai padan, dan sumber lain daripada pusat data bebas. Dengan membina hubungan persendirian terus ke dalam fabrik Megaport dan bukan dengan Internet, pengguna boleh mendapat keselamatan rangkaian yang lebih baik dan daya pemprosesan yang lebih tekal. Tambahan lagi, pengguna Megaport boleh mengambil peluang daripada perkhidmatan pengebilan, penggunaan, penskalaan, dan perkhidmatan teraktif dalam cara yang sama mereka menggunakan aset awan mereka: bayar hanya untuk apa yang mereka gunakan dalam sela masa yang mereka ingini.

"Kami sangat teruja untuk menawarkan Platform Awan Google, salah satu penyedia awan yang paling pesat berkembang dan paling mendapat sambutan hari ini, kepada komuniti pengguna kami," kata Brooke Mouland, Ketua Pegawai Pemasaran Megaport. "Menawarkan Perusahaan dengan kemampuan untuk membina, menggunakan, dan mengawal aset rangkaian mereka seperti yang mereka lakukan dengan aset awan mereka adalah sangat penting buat kami.

"Keringkasan itu bagus, dan pilihan juga bagus. Platform Awan Google menawarkan kedua-duanya, dan komuniti pengguna kami boleh memperolehi kedua-duanya dalam masa yang singkat. Penggunaan penyelesaian terancang rapi antara awan, rangkaian, dan Perusahaan merupakan cara terbaik untuk merealisasikan sepenuhnya potensi yang ditawarkan teknologi baharu ini."

Hostworks merupakan ahli komuniti pengguna Megaport. Sebagai "kakitangan sokongan digital" bagi beberapa jenama media digital terbesar di Australia, Hostworks teruja dapat bekerjasama dengan Megaport sebagai sebahagian daripada penyelesaian Saling Hubung Awan Google mereka. Hostworks mempunyai pasukan Pembangunan Berkelayakan Google yang besar dan mendapati penggabungan ketangkasan Platform Awan Google dengan pendekatan rangkaian terancang rapi Megaport menawarkan kelajuan ke pasaran yang lebih tinggi untuk para pelanggan mereka.

"Sebagai pelanggan Platform Awan Google di Australia, kami melihat nilai yang hebat untuk para pelanggan kami daripada Platform Awan Google. Kami melihat kelebihan untuk ramai pelanggan daripada kuasa serta kelenturan platform itu dan kami ingin melihat lebih ramai pelanggan mengambil peluang daripada perkhidmatan Google. Kehadiran kemampuan rangkaian yang tangkas benar-benar dapat membantu pelanggan beralih kepada awan dengan lebih berkesan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Hostworks, Will Berryman.

Latar Belakang Megaport

Megaport ditubuhkan pada tahun 2013 bagi mewujudkan paradigma baharu untuk rangkaian dan perkhidmatan awan bagi saling hubung – Platform Megaport. Megaport kini menyediakan keterhubungan lentur mengikut permintaan kepada lebih 100 penyedia rangkaian dan perkhidmatan awan merentasi negara dan benua. Dengan rancangan untuk memperluaskan lagi jangkauan di Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat pada tahun 2015, Platform Megaport akan menyediakan perkhidmatan kepada banyak pasaran utama seluruh dunia.

Source: Megaport
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Contracts Licensing/marketing agreements