omniture

27-30 Mei 2015: Forum Perundangan Antarabangsa St. Petersburg Menjemput Peguam Seluruh Dunia

Conference Centre "Saint-Petersburg international legal forum"
2015-01-20 14:47 116

ST PETERSBURG, Rusia, 20 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Forum Perundangan Antarabangsa St. Petersburg Kelima bakal berlangsung pada 27-30 Mei 2015. Agenda Forum tahunan itu terdiri daripada hal penting berkenaan kepentingan komuniti dan perniagaan perundangan, serta isu sosial genting. Pendaftaran boleh dibuat di http://www.spblegalforum.com

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150120/724541 )

Topik-topik Forum Perundangan Antarabangsa St. Petersburg Kelima meneruskan perbincangan pada tahun sebelumnya sambil turut mempertimbangkan butiran situasi semasa. Jawatankuasa Program menerima beberapa ratus usul daripada pengamal undang-undang, cendekiawan dan wakil pihak berkuasa negeri. Isu-isu yang paling semasa diambil sebagai asas bagi program untuk Forum tahun 2015.

Program perniagaan tahun 2015 termasuklah lebih 50 sesi perbincangan berkisarkan 7 tema pemikiran

  • Undang-undang Antarabangsa/ Peraturan Undang-undang
  • Undang-undang Swasta
  • Amalan Korporat/Perdagangan Antarabangsa/Perlindungan daripada Persaingan
  • Amalan Litigasi dan Arbitrari
  • Masyarakat Pintar
  • Warisan Budaya/Kepentingan Awam/Alam Sekitar/Standard Kerjaya Perundangan
  • Pelaburan/Kewangan

Setiap tahun Forum itu menghimpunkan Menteri Kehakiman, Pengerusi Mahkamah Agung, Setiausaha Agung organisasi antarabangsa, peguam khas dalam syarikat terkemuka. Sejak 2011, bilangan peserta telah meningkat tiga kali ganda: daripada 757 menjadi 3280. Liputan geografi Forum itu juga semakin luas: dalam tahun 2014 wakil daripada 79 buah negara dari Amerika Syarikat, Eropah, BRICS, CIS, Amerika Latin, Afrika dan Timur Tengah telah mengambil bahagian dalam Forum itu.

Forum itu dianjurkan bagi pihak Kementerian Kehakiman Persekutuan Rusia di bawah naungan Presiden Persekutuan Rusia.

Forum Perundangan Antarabangsa St. Petersburg Kelima akan berlangsung di Sayap Timur Bangunan Kakitangan Awam di State Hermitage Museum.

Pusat Akhbar
Forum Perundangan Antarabangsa St. Petersburg
Telefon: +7-812-4493621
E-mel: press@spblegalforum.com
http://www.spblegalforum.com

 

Source: Conference Centre "Saint-Petersburg international legal forum"
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news