omniture

CGTN: Bagaimana China majukan pembangunan masa depan Selatan Global

CGTN
2024-10-26 03:11 18

BEIJING, 26 Oktober 2024 /PRNewswire/ -- Kerjasama praktikal sentiasa menjadi asas kepada mekanisme BRICS dan satu contoh yang baik ialah pelancaran New Development Bank (NDB).

Beribu pejabat di Shanghai, NDB ditubuhkan bersama-sama oleh Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan pada tahun 2014 untuk menggembleng sumber bagi projek infrastruktur dan pembangunan mampan di negara-negara anggota BRICS serta ekonomi pasaran baru muncul yang lain dan juga negara-negara sedang membangun.

Meluluskan lebih 100 projek di kesemua negara anggota pada nilai kira-kira $35 bilion menjelang akhir 2023, NDB melindungi pembangunan ekonomi negara-negara anggota BRICS dan menyumbang kepada penambahbaikan dan pembangunan sistem tadbir urus ekonomi global.

"Kebangkitan kolektif Selatan Global merupakan ciri tersendiri bagi transformasi yang besar di seluruh dunia," kata Presiden China Xi Jinping semasa dialog pemimpin BRICS Plus di Kazan, Rusia pada Khamis.

Beliau menyeru negara-negara di Selatan Global untuk memanfaatkan kebijaksanaan dan kekuatan kolektif mereka dan menggalas tanggungjawab mereka untuk membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia.

Berusaha demi keselamatan bersama, pertukaran antara tamadun

Negara-negara BRICS Plus harus menjadi kuasa penstabil untuk keamanan, mengukuhkan tadbir urus keselamatan global dan meninjau cara untuk menangani simptom dan juga punca utama isu-isu tumpuan, kata Xi.

Berhubung krisis Ukraine, China telah berulang kali menghantar utusan khas untuk terlibat dalam diplomasi ulang alik, meletakkan asas untuk rundingan gencatan senjata. Sebagai contoh, sejak akhir Julai, Li Hui, seorang wakil khas daripada kerajaan China bagi hal ehwal Eurasia, telah melawat Brazil, Afrika Selatan dan Indonesia – anggota-anggota utama Selatan Global.

China dan Brazil juga bersama-sama memperkenalkan kata sepakat enam perkara dan melancarkan kumpulan Friends for Peace bagi menangani krisis bersama-sama dengan negara-negara Selatan Global yang lain.

Sementara itu, puak Palestin, yang diperantarai oleh China, berdamai di Beijing pada Julai, menandakan satu langkah penting ke arah mencapai keamanan di Timur Tengah.

Xi menggesa peredaan awal untuk membuka jalan bagi mencapai penyelesaian politik untuk krisis Ukraine dan menyeru gencatan senjata yang menyeluruh di Semenanjung Gaza serta mengembalikan semula penyelesaian dua negara.

Pertukaran sesama rakyat dan budaya antara negara-negara BRICS dijalankan dengan rancak dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menerusi acara-acara seperti festival filem, permainan sukan dan dokumentari bagi membina jambatan untuk orang ramai menjalin hubungan.

Pada lewat September, Dialog Tamadun BRICS telahpun diadakan di Kazan, yang menyeru untuk mengamalkan Inisiatif Tamadun Global secara aktif dan menjadikan kerjasama BRICS Plus sebagai platform untuk memperdalam pertukaran budaya secara berterusan.

Mengambil maklum bahawa kepelbagaian tamadun merupakan kualiti semula jadi dunia, Xi menggesa usaha untuk menyokong pertukaran antara tamadun dan meningkatkan komunikasi serta dialog bagi menggalakkan pembangunan semua tamadun dan berusaha untuk mencapai keharmonian sesama tamadun.

Kemakmuran melalui pembangunan

Lantaran keperluan pembangunan BRICS yang semakin berkembang, Xi mengemukakan program BRICS Plus di sidang kemuncak 2017 di bandar pantai Xiamen, China, yang menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada pasaran baru muncul yang lain dan negara-negara sedang membangun.

"Di bawah keadaan baharu, menjadi lebih penting bagi negara-negara BRICS untuk meneruskan pembangunan dengan pintu terbuka dan meningkatkan kerjasama dengan tangan terbuka," kata Xi di sidang kemuncak BRICS ke-14 pada tahun 2022.

Sebagai ekonomi yang penting di dunia, China membantu negara-negara membangun yang lain dalam pembangunan ekonomi dan sosial mereka, memainkan peranan penting dalam mekanisme kerjasama BRICS.

Sejak pengenalannya tiga tahun lalu, Inisiatif Pembangunan Global telah membantu menyediakan hampir $20 bilion dana pembangunan dan melancarkan lebih daripada 1,100 projek.

China telah mengumumkan penaiktarafan Tabung Bantuan Kerjasama Selatan-Selatan kepada Tabung Pembangunan Global dan Kerjasama Selatan-Selatan serta pertambahan jumlah pembiayaannya kepada $4 bilion, yang telah menyokong lebih daripada 150 projek. Perikatan Global bagi Pusat Kecemerlangan Kecerdasan Buatan untuk Industri dan Pembuatan turut ditubuhkan di Shanghai.

Selatan Global muncul demi pembangunan dan makmur melalui pembangunan, kata Xi, yang menggesa negara-negara BRICS Plus untuk menjadikan mereka sebagai tenaga penggerak utama untuk pembangunan bersama.

Beliau menambah bahawa China juga akan membina Portal Komuniti Kastam Pintar Dunia dan Pusat Kecemerlangan Kastam BRICS bagi mengalu-alukan penyertaan yang aktif oleh semua negara.

https://news.cgtn.com/news/2024-10-24/How-China-advances-future-development-of-the-Global-South-1xXPxSroqNa/p.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service