omniture

Jejak Coklat @Harbour City 2015 - "Mengembara dalam Dunia Coklat"

Ikuti Lawatan Berpandu Coklat yang mengasyikkan dan jadilah sebahagian daripada kembara coklat "Dari Biji Ke Bar" di destinasi membeli-belah Hong Kong yang terbesar dan paling pelbagai.
Harbour City
2015-01-26 09:39 518

HONG KONG, 26 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Mulai 23 Januari hingga 1 Mac, Harbour City akan menganjurkan "Jejak Coklat" tahunan mereka yang keenam. Acara mega selama lima minggu ini bakal menyaksikan destinasi membeli-belah Hong Kong yang terbesar dan paling pelbagai bertukar menjadi "Dunia Coklat", menawarkan pengunjung kembara "Dari Biji ke Bar" yang unik bagi mendalamkan lagi penghargaan mereka terhadap cara penghasilan coklat premium dan bagaimana mahu memperoleh kenikmatan merasa coklat yang maksimum. "Jejak Coklat" Harbour City akan mempunyai sorotan istimewa termasuklah pameran "Kilang Coklat" yang mengasyikkan dan memberi pengetahuan, bengkel dan seminar coklat, demonstrasi secara langsung oleh chef pakar coklat jemputan dan tempatan, serta pameran seni interaktif – semuanya berlatarbelakangkan hampir 30 jenama coklat Asia dan Eropah yang mengambil bahagian.

From January 23 to March 1, 2015, Harbour City hosts its annual “Chocolate Trail” Mega Event. Harbour City transforms into a “ChocoLand” with the “Chocolate Factory” as the main decoration
From January 23 to March 1, 2015, Harbour City hosts its annual “Chocolate Trail” Mega Event. Harbour City transforms into a “ChocoLand” with the “Chocolate Factory” as the main decoration

 

Harbour City hosts a schedule of chocolate workshops to provide comprehensive insights of chocolate
Harbour City hosts a schedule of chocolate workshops to provide comprehensive insights of chocolate

 

Harbour City“Chocolate Factory” takes visitors of all ages on an interactive step-by-step “Bean-to-Bar” journey
Harbour City“Chocolate Factory” takes visitors of all ages on an interactive step-by-step “Bean-to-Bar” journey

 

 

Selain daripada menunjukkan pilihan terbesar Hong Kong bagi coklat premium dalam 17 kedai coklat berjenama sedia ada, "Jejak Coklat" akan turut memperlihatkan 10 kedai sementara daripada jenama coklat yang berasal dari Perancis, Belgium, Jepun, Singapura, dan Hong Kong. "Jejak Coklat" akan turut meraikan pelancaran Hong Kong untuk The Royal Touch by Carolyn Robb (England) dan zChocolat (Perancis), serta menunjukkan jenama yang eksklusif hanya di Harbour City seperti BVLGARI IL CIOCCOLATO (Itali), DALLOYAU (Perancis), The Library Cafe -- Prestat Chocolates (England), Chapon (Perancis) dan Frederic Blondeel (Belgium).

Lawatan Berpandu Coklat

Dengan fokus ke arah pengembaraan "Dari Biji ke Bar". Pengunjung "Jejak Coklat" Harbour City akan mendapat peluang mengalami pilihan mengujakan "Lawatan Berpandu Coklat". Antara sorotan menarik termasuklah:

"Kilang Coklat"

Pameran yang dikenali sebagai "Jejak Coklat", "Kilang Coklat" Harbour City bakal membawa pengunjung daripada semua peringkat umur untuk mengalami pengembaraan interaktif "Dari Biji ke Bar" selangkah demi selangkah yang mana mereka boleh mengalami proses penghasilan coklat yang lengkap – daripada penanaman pokok koko, penapaian dan pengeringan, kepada proses pemanggangan, pemecahan, pembentukan, dan pembungkusan. "Kilang Coklat" akan diadakan di dalam pusat membeli-belah itu dan bakal mempunyai Galeri Pengalaman Coklat interaktif selain Van Kafe Coklat agar pelawat boleh mencuba pelbagai coklat berkualiti tinggi.

Bengkel Coklat

Harbour City juga turut menjadualkan beberapa bengkel coklat yang dipimpin pakar seperti penggemar coklat tempatan dan pengajar Cik Katie Chan, dan Ketua Pakar teh untuk jenama teh Cina Fook Ming Tong, Cik Ji Yu Qin. Bengkel itu bakal memberi maklumat menyeluruh tentang topik seperti budaya coklat, sesi merasa coklat yang mendapat anugerah daripada "Anugerah Coklat Antarabangsa" serta saranan padanan coklat dan teh Cina.

  1. Bengkel pemadanan coklat-teh
  2. Bengkel Merasa Coklat Mewah
  3. Bengkel Kolej Coklat Kanak-kanak
  4. Kelas Memasak Kudapan Coklat MUJI

Demonstrasi Langsung daripada Ketua Pakar Coklat
Ketua Pakar Coklat daripada jenama seperti agnes b. DELICES, DALLOYAU dan GODIVA bakal mengadakan demonstrasi secara langsung pembuatan coklat dan menawarkan para pengunjung petua daripada pakar serta peluang untuk menyaksikan sendiri persediaan dan juga penghasilan beberapa ciptaan terkenal mereka.

"Daripada Koko kepada Coklat - membawa anda menyusuri Perjalanan Cinta"

Pameran Seni Interaktif oleh Pengkarya Belgium Ben Heine @ Gallery by the Harbour

Dengan karya seni asli beliau "Pencil vs Camera" dan "Flesh and Acrylic", pengkarya digital berbilang disiplin Belgium yang terkenal, Ben Heine bakal menunjukkan satu siri baharu hasil karya yang dihasilkan secara eksklusif, hanya untuk "Jejak Coklat" Harbour City.

"Pencil vs Camera" membawa pengunjung menyusuri satu perjalanan memukau berkisarkan pembuatan coklat, melalui pameran seni 3D yang menggabungkan lakaran pensel dengan fotografi, ilusi dengan bahan coklat sebenar. Pengunjung juga akan dijemput untuk melibatkan diri dan menjadi sebahagian daripada ciptaan beliau. "Pencil vs Camera" akan dipamerkan di Gallery by the Harbour di Harbour City.

Ben Heine akan turut hadir semasa "Jejak Coklat" mulai 21 hingga 25 Januari bagi memimpin persembahan spontan bertajuk "Flesh dan Acrylic", yang menyepadukan individu hidup dengan cecair coklat bergerak dalam lukisan akrilik abstrak. Menggabungkan pelbagai medium termasuk coklat oleh Galler Chocolatier, pembekal coklat rasmi kepada keluarga diraja Belgium, Ben akan menghasilkan pameran seni yang liar, berwarna-warni dan menarik pandangan yang bukan sahaja boleh diamati oleh para pengunjung, malah dapat dirasai.

Temu bual media dan rakaman berfoto bersama Ben boleh dirancang dengan permintaan.

Pameran Seni & Lawatan Berpandu "Daripada Koko kepada Coklat - Membawa Anda Menyusuri Perjalanan Cinta"

Bagi membantu mempertingkat kefahaman tentang konsep hasil seni "Pencil vs. Camera" oleh Ben Heine., Harbour City telah merancang lawatan berpandu untuk Pameran Seni "Daripada Koko kepada Coklat -- Membawa Anda Menyusuri Perjalanan Cinta". Dengan dipimpin pengajar profesional, peserta boleh mengalami kesan visual yang dikendalikan antara alam maya dengan dunia nyata yang menjadikan karya Heine begitu terkenal seluruh dunia.

Jenama yang menyertai semasa "Jejak Coklat" Harbour City termasuklah:

Kedai Coklat di Harbour City

  1. agnes b. DELICES (Perancis)
  2. Amedei (Itali)
  3. BVLGARI IL CIOCCOLATO (Itali) -- [Boleh didapati di Hong Kong secara eksklusif di Harbour City]
  4. COVA Pasticceria & Confetteria (Itali)
  5. DALLOYAU (Perancis) -- [Boleh didapati di Hong Kong secara eksklusif di Harbour City]
  6. Fauchon (Perancis)
  7. GODIVA (Belgium)
  8. Jean-Paul Hevin (Perancis)
  9. LE CAFE de Joel Robuchon (Perancis)
  10. Forestry - Bright Chocolate (Australia)
  11. Laduree (Perancis)
  12. Leonidas Pralines (Belgium)
  13. Paul Lafayet (Hong Kong)
  14. Pierre Herme Paris (Perancis)
  15. ROYCE' (Jepun)
  16. The Library Cafe - Prestat Chocolates (England) - [Boleh didapati di Hong Kong secara eksklusif di Harbour City]
  17. Venchi (Itali)

Kedai Sementara yang Dibuka Sempena "Jejak Coklat" Harbour City

  1. Chapon (Perancis) -- [Boleh didapati di Hong Kong secara eksklusif di Harbour City]
  2. De Neuville (Perancis)
  3. Frederic Blondeel (Belgium) -- [Boleh didapati di Hong Kong secara eksklusif di Harbour City]
  4. MiO MiKO (Belgium)
  5. Peninsula (Hong Kong)
  6. The Royal Touch (England) -- [Dilancarkan di Hong Kong di "Jejak Coklat" Harbour City]
  7. twelve cupcakes (Singapura)
  8. Vero Chocolate (Hong Kong)
  9. YOKU MOKU (Jepun)
  10. zChocolat (Perancis) -- [Dilancarkan di Hong Kong di "Jejak Coklat" Harbour City]

Talian Penting Pelanggan Harbour City: +852-2118-8666

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150123/8521500336-a 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150123/8521500336-b 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150123/8521500336-c 
Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20140721/8521404095LOGO

Source: Harbour City
Keywords: Entertainment Fashion Retail New products/services