FREIBURG, Jerman, 28 Januari 2015 /PRNewswire/ -- Jedox mengumumkan hari ini pelantikan En Kay-Ingo Greve sebagai Ketua Pegawai Eksekutif. Seorang mantan eksekutif di Microsoft, Kay-Ingo akan memacu pengantarabangsaan dan pertumbuhan Jedox.
"Jedox diberi kadaran tertinggi oleh pelanggan, rakan niaga, dan penganalisis bagi inovasi dan kemudahan penggunaan," kata Kay-Ingo. "Pendekatan bersepadu Jedox terhadap perancangan, pelaporan dan analitik menjadikannya mudah kerana anda hanya memerlukan satu platform untuk seluruh perusahaan anda. Teknologinya mengagumkan dan mempunyai potensi hebat, jadi ini merupakan masa yang hebat untuk menyertai pasukan Jedox.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150128/727392 )
"Bersama Kay-Ingo, seorang pemimpin jualan yang berpengalaman dan diperakui mengambil teraju sebagai Ketua Pegawai Eksekutif," ujar Bernhard Wöbker, Pengerusi Lembaga Penasihat Jedox. "Berdasarkan pengalaman antarabangsanya, beliau akan memimpin peluasan masa hadapan syarikat ini dan mempercepat kejayaannya, terutamanya di Amerika Utara.
Sebagai Pengarah Sedunia, Jualan Perusahaan di Microsoft, Kay-Ingo bertanggungjawab menubuhkan dan mengembangkan jualan kepakaran global dari Redmond, Amerika Syarikat. Jawatan eksekutif lain termasuk Pengarah Kanan Strategi di Microsoft dan Pengurus Besar OEM, semasa di Eropah, Kay-Ingo mengetuai kemasukan pasaran bagi Openshop. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Jedox, pengalaman eksekutif Microsoft milik Kay melengkapi mantan eksekutif Oracle dan Infor Matthias Krämer serta Bernd Eisenblätter.
Kay-Ingo mengulas, "Jedox mempunyai pelanggan yang amat setia, dan kini kami mempunyai peluang untuk mencapai kecemerlangan – Kecerdasan Perniagaan (BI) lama terlalu berat, sementara alatan penerokaan data ringkas dapat memberi data permukaan, tetapi tidak dapat membantu pengguna perniagaan bagi perancangan. Pelanggan memerlukan ketangkasan dan ia dapat dicapai dengan platform bersepadu yang mudah dilaksanakan serta digunakan."
Latar Belakang Jedox
Jedox menyatukan perancangan, pelaporan & analitik supaya pengguna perniagaan dapat mengurus prestasi korporat. Jedox sentiasa dikadarkan sebagai paling mudah digunakan dan menyediakan kemampuan data besar unik bagi perancangan GPU. Lebih 100,000 pengguna di 125 buah negara menggunakan Jedox, dengan saranan pelanggan setinggi 98.7%. Untuk maklumat lanjut tentang 'Gartner Cool Vendor' lawati: http://www.jedox.com
Hubungi
Jedox AG
Diana Kuch
presse@jedox.com
+49(0)76115147 0
Sumber: Jedox AG