omniture

Program Perintis Net5.5G Dilancarkan di Istanbul Percepat Penggunaan Komersial Global Net5.5G dalam Era Pintar

Huawei
2024-11-06 00:27 24

ISTANBUL, 6 November 2024  /PRNewswire/ -- Di Forum Ultra-Jalur Lebar ke-10 (UBBF 2024), World Broadband Association (WBBA), IPv6 Forum, Arab Information and Communication Technology Organization (AICTO), agensi kerajaan, vendor peranti dan lebih 10 pembawa global melancarkan Program Perintis Net5.5G. Inisiatif ini menyeru penggiat industri untuk mempercepat penggunaan komersial Net5.5G dan memupuk kemakmuran dalam industri komunikasi data.

Guests from industry organizations, government agencies, carriers, and device vendors participating in the launch ceremony of the Net5.5G Pioneer Program
Guests from industry organizations, government agencies, carriers, and device vendors participating in the launch ceremony of the Net5.5G Pioneer Program

Net5.5G, rangkaian IP generasi seterusnya, merupakan penaiktarafan infrastruktur Internet yang amat penting untuk era pintar. Ia memacu peralihan antara generasi, memudahkan perancangan dan penggalakan evolusi industri komunikasi data yang lebih tersusun, seterusnya meningkatkan keupayaan rangkaian asas dengan ketara.

Pelancaran Program Perintis Net5.5G akan mempercepat penggunaan komersial global Net5.5G. Martin Creaner, Ketua Pengarah WBBA, menghuraikan mengenai tiga kategori program ini: perintis pemikiran, perintis bandar dan perintis komersial. Perintis pemikiran membimbing pembangunan industri dan menambah baik sistem piawaian. Perintis bandar memacu pelaksanaan dasar dan memudahkan perancangan peringkat atasan serta pembinaan infrastruktur rangkaian serantau. Perintis komersial berkongsi amalan terbaik global dalam penggunaan komersial Net5.5G. Martin membayangkan Program Perintis Net5.5G bertindak sebagai pemangkin, menyatukan pihak berkepentingan untuk memacu penggunaan teknologi Net5.5G yang meluas, memupuk pembangunan industri, mempercepat penggunaan komersial global dan merangsang pertumbuhan baharu untuk pembawa.

Di samping itu, bagi mengiktiraf pembawa yang melakar pencapaian yang luar biasa dalam penggunaan Net5.5G, Majlis Penyampaian Anugerah Perintis Net5.5G telahpun diadakan, bagi memberi penghormatan kepada lebih daripada 10 pembawa global.

Wakil daripada pembawa terkemuka, termasuk Turkcell Türkiye dan sebagainya, berkongsi amalan terbaik mereka dalam mengkomersialkan Net5.5G. Turkcell Türkiye menyatakan ia akan terus membina infrastruktur rangkaian yang berkualiti tinggi, membina rangkaian yang berorientasikan Net5.5G dan menggunakan teknologi utama secara komersial seperti 400GE/SRv6/Peta Digital Rangkaian pada rangkaian sasaran untuk menyediakan perkhidmatan digital yang premium kepada pelanggan. Di samping itu, AICTO berkongsi usahanya dalam memajukan pengkomersialan Net5.5G di wilayah Arab dan Afrika bagi merealisasikan Arab Horizon 2030 serta membina infrastruktur rangkaian masa depan yang berkelajuan tinggi dan berkualiti tinggi yang berasaskan Net5.5G.

Program Perintis Net5.5G dijangka menyatukan semua pihak berkepentingan industri dan mempercepat penggunaan komersial global Net5.5G. Tatkala Internet generasi seterusnya berkembang ke arah Net5.5G, organisasi industri, agensi kerajaan, pembawa dan vendor peranti bekerjasama untuk memacu inovasi dalam piawaian teknikal, dasar serta penggunaan komersial, lalu memupuk pembangunan industri komunikasi data dan menyerlahkan produktiviti untuk dunia pintar.

Forum Ultra-Jalur Lebar ke-10, yang diadakan secara bersama oleh Broadband Commission, WBBA dan Huawei, ialah sidang kemuncak global ulung dalam industri UBB.

Source: Huawei
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Wireless Communications New products/services