omniture

CGTN: China tunjukkan komitmen keterbukaan melalui pameran perdagangan besar-besaran

CGTN
2024-11-07 02:49 5

BEIJING, 7 November 2024 /PRNewswire/ -- Syarikat-syarikat antarabangsa yang ingin memasuki pasaran Cina berpusu-pusu ke Shanghai untuk mengambil peluang daripada Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh, pameran perdagangan import terbesar negara ini yang dijadualkan berlangsung mulai 5 hingga 10 November tahun ini.

Sebuah acara ekonomi dan perdagangan global, ekspo ini menghasilkan urus niaga bernilai secara kumulatif $78.4 bilion pada tahun lalu, peningkatan sebanyak 6.7 peratus tahun ke tahun, mencecah paras paling tinggi. CIIE pada tahun ini akan menjadi tuan rumah kepada 3,496 peserta pameran dari 129 negara dan wilayah di ruang pusat pameran yang meliputi keluasan lebih 360,000 meter persegi – bersamaan dengan 50 padang bola sepak standard.

Menurut pegawai Cina, jumlah negara dan peserta pameran yang mengambil bahagian telah mengatasi rekod terdahulu. Hal yang paling ketara ialah 297 peserta pameran terdiri daripada syarikat Fortune Global 500, menandakan suatu pencapaian yang bersejarah. Antara kesemua peserta, 186 perusahaan dan institusi telah menyertai ekspo ini selama tujuh tahun berturut-turut.

Penganjuran CIIE merupakan aspek penting dalam keterbukaan dan kerjasama China, menonjolkan komitmen bersungguh-sungguh China kepada dunia, menurut Perdana Menteri China Li Qiang semasa ucaptamanya di majlis perasmian CIIE tahun ini pada Isnin.

Piraeus Port Authority, pengendali pelabuhan terbesar Greece, menyertai ekspo ini buat tahun ketujuh berturut-turut. Susulan penampilan sulungnya di CIIE yang julung kali diadakan pada tahun 2018, Piraeus Port menyaksikan jumlah lepas kontenanya mencapai paras tertinggi mencatat rekod pada tahun 2019, dengan 40 peratus daripada volum keseluruhan datangnya dari China.

"Piraeus Port mengambil bahagian dalam CIIE setiap tahun untuk meninjau peluang kerjasama baharu, menyasarkan perkongsian yang saling menguntungkan dengan China," menurut peserta pameran Evdoxia Kastrinelli kepada CMG, menambah bahawa pengendali pelabuhan ini akan terus mengambil bahagian dalam acara ini pada masa akan datang.

Apitv, pembekal teknologi automotif yang beribu pejabat di Dublin, menyertai ekspo ini buat kali pertama. Sebagai sebahagian daripada pengeluar jentera perindustrian global dengan sejarah selama lebih 100 tahun, syarikat ini mempamerkan lebih daripada 45 inovasi teknologi termaju, termasuk penyelesaian tenaga hidrogen, pam penggalak hidrogen cecair dan produk termaju yang lain, kesemuanya membuat penampilan sulung di China.

"Kami menyaksikan impak CIIE terhadap perdagangan global selama bertahun-tahun dan dengan industri automotif China yang berkembang pesat, ini merupakan peluang yang sangat baik untuk kami memanfaatkan platform ini untuk menjalin kerjasama yang lebih mendalam dengan perusahaan baik di China mahupun serata dunia," kata Jiang Weihao, wakil peserta pameran.

Selain daripada produk teknologi dan barangan pengguna dari negara-negara maju, ekspo tahun ini turut mengalu-alukan sejumlah besar negara sedang membangun, termasuk 37 negara paling kurang maju di dunia. Lebih 120 reruai pameran disediakan secara percuma kepada negara-negara ini. Beberapa reruai menonjolkan kepakaran pertanian Afrika seperti kacang tanah, kopi, madu dan bir.

Semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika 2024, China mengumumkan rancangan untuk memberikan layanan tarif sifar ke atas semua item tarif kepada negara-negara kurang maju yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China, termasuk 33 negara Afrika. Berikutan hal berkenaan, 22 tan avokado yang diimport dari Afrika Selatan telah mendapat pelepasan kastam dan tiba di Pelabuhan Yangshan Shanghai pada awal Oktober.

Berucap di majlis perasmian, Li menekankan keperluan untuk mengukuhkan konsensus mengenai keterbukaan, menambah bahawa semua pihak harus bersama-sama mematuhi perintah dan peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa serta memenuhi perjanjian ekonomi dan perdagangan pelbagai hala dan dua hala secara bersungguh-sungguh.

Tahun ini, China melancarkan satu siri langkah untuk menggariskan komitmennya terhadap reformasi yang lebih mendalam dan keterbukaan yang lebih besar.

Bermula pada 8 November, China akan memberikan kemasukan tanpa visa kepada rakyat dari sembilan negara lagi, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah hampir 30. Pada 1 November, China melaksanakan senarai negatif yang dikemas kini untuk pelaburan asing, menghapuskan semua sekatan dalam sektor pembuatan.

Negara ini turut menyemak dasar untuk pelaburan asing dalam syarikat-syarikat yang disenaraikan dan kini akan membenarkan hospital yang mendapat pelaburan pihak asing di sembilan bandar. Senarai negatif seluruh negara untuk perdagangan perkhidmatan rentas sempadan akan turut diperkenalkan.

Tatkala China terus membuka ekonominya dan merangsang pertumbuhan, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah menaikkan unjuran pertumbuhannya untuk China kepada lima peratus, menyamai sasaran pertumbuhan asal negara ini.

Berdasarkan unjuran IMF, Bloomberg melaporkan bahawa China dijangka kekal sebagai penyumbang terbesar kepada pertumbuhan ekonomi global dalam tempoh lima tahun akan datang, mengatasi sumbangan tergabung antara semua negara G7.

China akan meluaskan lagi keterbukaan institusi dan mematuhi dengan aktif peraturan ekonomi dan perdagangan antarabangsa standard tinggi, kata Li, mengikrarkan usaha untuk melaksanakan strategi bagi menaik taraf zon perdagangan bebas rintis.

https://news.cgtn.com/news/2024-11-05/China-showcases-commitment-of-opening-up-via-massive-trade-fair-1yhuKBzAgZa/p.html 

 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news