Memperkukuh keupayaan pengedaran siaran akhbar, memudahkan perkongsian yang produktif dan berwawasan antara ahli profesional PR dan media
HONG KONG, 17 Januari 2025 /PRNewswire/ -- PR Newswire mengembangkan rangkaian APACnya yang luas pada tahun 2024, menerima 280 rakan kongsi kandungan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan rangkaian mencecah 2,300. Usaha ini mengukuhkan lagi kedudukan PR Newswire sebagai rangkaian pengedaran siaran akhbar yang paling luas dan andal di APAC, seterusnya membolehkan perniagaan berkomunikasi secara berkesan merentas pelbagai pasaran.
"Kami komited untuk menyampaikan liputan media yang berkualiti tinggi dan amat relevan dalam pasaran sasaran," kata Lynn Liu, Naib Presiden, Pembangunan Audiens dan Perkhidmatan Pengedaran, APAC, di PR Newswire. "Rangkaian kami yang diperluas memastikan pengedaran meluas merentas saluran utama dan dalam masa yang sama memupuk hubungan yang produktif antara pasukan komunikasi dan media."
Sorotan Pasaran Utama:
Merapatkan Perniagaan & Media
Bagi memupuk pemahaman yang lebih mendalam tentang landskap media, lawatan media telahpun dijalankan di Hong Kong, Malaysia dan tanah besar China. Pengalaman sedemikian adalah unik dan amat berharga dalam kalangan pelanggan dan kakitangan PR Newswire kerana ia membolehkan para hadirin memperoleh pandangan dan proses secara langsung dalam outlet media utama.
Selain daripada lawatan, perhimpunan media, seminar dan perbincangan panel turut diadakan di tanah besar China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Singapura, Taiwan dan Vietnam. Acara ini memudahkan perkongsian yang produktif dan berwawasan antara ahli profesional PR dan media.
Memperluas Hubungan dengan Wartawan dan Pempengaruh
Pada tahun 2024, PR Newswire mengalu-alukan lebih 7,000 wartawan dan bilik berita media baharu di APAC ke ekosistem mereka.
"Pada masa ini, lebih 82,000 wartawan, penulis blog dan pempengaruh di rantau APAC bergantung pada siaran akhbar PR Newswire sebagai sumber berita yang utama. Pada tahun 2025, kami menyasarkan untuk mempererat perkongsian kami dengan outlet media arus perdana dan yang terkemuka dalam industri. Sambil memacu kandungan berkualiti dan trafik ke laman web media, kami juga akan meneroka lebih banyak kolaborasi yang saling memberi manfaat untuk menyampaikan nilai yang unggul," kata Lynn Liu.
Dengan 16 pejabat merentas 9 pasaran di APAC dan pasukan berdedikasi yang terdiri daripada lebih 250 ahli profesional berpengalaman, PR Newswire memupuk rangkaian pengedaran media yang kukuh dan tiada tandingan. Dengan memanfaatkan perkongsian unik bersama agensi berita nasional rasmi dan rangkaian mereka, termasuk Xinhua News Agency, Yonhap News Agency di Korea, Kyodo News di Jepun, Australian Associated Press, Press Trust of India, Antara News di Indonesia, Bernama News di Malaysia dan Vietnam News Agency, memastikan rangkaian pengedaran PR Newswire terus mendahului dalam menyampaikan hasil yang memberi impak kepada pelanggan mereka.
Latar Belakang PR Newswire
PR Newswire ialah rakan kongsi pengedaran siaran akhbar yang terkemuka dalam industri dengan jangkauan global tiada tandingan yang mencapai lebih daripada 440,000 bilik berita, laman web, suapan langsung, wartawan dan pempengaruh serta tersedia di lebih 170 negara dan 40 bahasa. Bermula daripada tawaran Perkhidmatan Kandungan kami yang memenangi anugerah, bilik berita media bersepadu dan produk tapak mikro, rangkaian perkhidmatan Perhubungan Pelabur, alat peletakan berbayar dan perkongsian sosial, PR Newswire memiliki katalog penyelesaian yang komprehensif untuk mengatasi cabaran zaman moden yang dihadapi oleh pasukan PR dan komunikasi. Selama 70 tahun, PR Newswire menjadi destinasi pilihan untuk jenama-jenama berkongsi cerita berita mereka yang paling penting di seluruh dunia.