MONTREAL, 11 Mac 2015 /PRNewswire/ -- Apabila memikirkan kualiti dan keselamatan, jurukater dalam penerbangan manakah yang terbaik di dunia? Anugerah 2014 bagi jurukater dalam penerbangan terbaik dunia telah diumumkan semasa sambutan gala sepanjang hari di pusat pengeluaran wain Cousiño Macul di Santiago, Chile pada 26 Februari 2015. Tahun ini Anugerah Platinum bagi Kecemerlangan Sedunia – penghormatan tertinggi majlis tersebut – dimenangi oleh LSG Sky Chefs di Lapangan Terbang Munich (MUC). Ia merupakan kali pertama dalam tempoh 2 tahun anugerah Platinum dimenangi oleh jurukater di luar Asia.
Anugerah tersebut disampaikan oleh barisan global syarikat penerbangan utama dan pengendali kereta api yang mengambil bahagian dalam Persekutuan Kualiti dan Keselamatan Perkhidmatan dalam Penerbangan (QSAI), satu program yang dibangunkan dan diuruskan oleh Medina Quality. Anugerah diberikan merentasi tiga rantau geografi, Asia, benua Amerika, serta Eropah/Afrika/Timur Tengah. Anugerah Emas, Perak dan Gangsa diberikan untuk setiap rantau geografi, menjadikan sembilan penerima keseluruhan tidak termasuk pemenang Platinum Sedunia. Terdapat lebih 200 kemudahan penyediaan makanan yang berada di lebih 80 buah negara bersaing untuk meraih anugerah tersebut.
Tetamu bagi gala tahun ini telah dijemput melawat sekitar Santiago menaiki pedati bermotor diikuti lawatan ladang anggur dan merasai wain di Cousiño Macul. Mereka kemudian menghadiri majlis anugerah yang diadakan di perkarangan ladang anggur tersebut yang termasuk koktel, makan malam, dan pasangan wain.
Pemenang Anugerah Kecemerlangan QSAI 2014 adalah
Platinum Sedunia: LSG Sky Chefs – Lapangan Terbang Munich, Munich, Jerman
Emas Asia: Kansai In-Flight Catering Co., Ltd. – Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Osaka, Jepun
Emas Benua Amerika: LSG Sky Chefs, Lapangan Terbang Antarabangsa Ministro Pistarini, Buenos Aires, Argentina
Emas Eropah/Timur Tengah/Afrika: LSG Sky Chefs - Lapangan Terbang Munich, Munich, Jerman
Perak Asia: Oberoi Flight Services - Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi, New Delhi, India
Perak Benua Amerika: Goddard Catering Group - Lapangan Terbang Antarabangsa Flamingo, Bonaire, Caribbean Netherlands
Perak Eropah/Timur Tengah/Afrika: Saudi Airlines Catering Company - Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Fahd, Dammam, Arab Saudi
Gangsa Asia: ANA Catering Service Co. Ltd. - Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda Tokyo, Osaka, Jepun
Gangsa Benua Amerika: Gate Gourmet - Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Miami, Florida
Gangsa Eropah/Timur Tengah/Afrika: Servair Nigeria –- Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed, Lagos, Nigeria
Medina Quality merupakan pemimpin bagi audit jurukater dalam penerbangan sejak 1983. Syarikat itu membangunkan program QSAI dalam kolaborasi bersama para pelanggannya. QSAI merupakan program pengauditan pertama dunia yang membenarkan pelanggannya mengawasi dan menambah baik pematuhan pembekal makanan dalam penerbangan dengan standard antarabangsa yang diiktiraf sambil berkongsi kos program. QSAI direka untuk memastikan jurukater dalam penerbangan diberi ganjaran kerana mengekalkan standard keselamatan dan kualiti makanan tertinggi. Medina Quality menawarkan pelanggan dengan pelbagai program selain QSAI, termasuk siasatan dakwaan keracunan makanan, penyiasatan keputusan analisis mikrob makanan dan air, serta penyiasatan dakwaan benda asing. Syarikat itu juga membangunkan alat pelaporan pengurusan bersama para pelanggan, termasuk papan pemuka operasi, papan pemuka pembekal dan gambaran prestasi.
Peserta dalam QSAI termasuklah Air Canada, Air Canada Rouge, Air France, Air Tahiti Nui, Aeroflot Russian Airlines, All Nippon Airways, KLM Royal Dutch Airlines, Korean Air, Singapore Airlines, Virgin Atlantic Airways, dan Via Rail Canada.
Hubungi: Kate Richardson, Tel: +1-514-485-9552 samb. 201 krichardson@medinaquality.com